Homework bagi kanak-kanak tadika, relevan atau tidak? Hakikatnya kanak-kanak suka bermain dan meneroka persekitarannya. Oleh itu, pembelajaran yang melibatkan aktiviti bermain memberikan minat kepada kanak-kanak. Namun pada masa yang sama mereka perlu melengkapkan diri untuk memasuki alam persekolah secara formal dan dibiasakan dengan homework. Namun persoalannya adalah ia relevan untuk anak-anak prasekolah ini.

Menurut  Dr Surayah Zaidon , pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Of Malaya Centre Of Continuing Education (UMCCED) dan juga jurulatih di Kanakkanak House, Bangi, homework merupakan satu isu yang telah lama berada di tadika tetapi kurang dibincangkan secara terbuka. Isu ini merupakan satu isu global sebenarnya. Bagi maksud perbincangan di sini, saya skopkan homework atau kerja sekolah sepertimana kefahaman umum khalayak di Malaysia iaitu sebagai tugasan yang diberikan guru untuk disiapkan di rumah.

Homework Bagi Kanak-Kanak Tadika, Relevan Atau Tidak? Perjelasan Ini Mengejutkan!

Tugasan ini berbentuk latihan-latihan dalam lembaran kerja atau buku-buku aktiviti bertujuan mengukuhkan apa yang dipelajari di tadika. Umumnya terdapat tiga perspektif kepada isu ini iaitu relevan kepada ibu bapa, relevan kepada pihak tadika dan tidak relevan kepada  kedua-dua pihak tadika dan ibu bapa.

Perspektif relevan kepada ibu bapa, merujuk kepada kumpulan ibu bapa yang amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka. Kumpulan ini beranggapan homework akan menjadikan anak mereka ‘pandai’. Istilah pandai dihadkan kepada kebolehan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Maka, bagi memenuhi citarasa pelanggan, pihak tadika akur dan menyediakan homework.

Berlainan pula dengan perspektif yang ditunjangi oleh pihak pengurusan tadika yang berkeyakinan homework akan meningkatkan kualiti tadika mereka. Dengan adanya homework, anak-anak didikan mereka akan menjadi lebih terpelajar. Sudah tentu ini akan membolehkan tadika mereka menjadi tadika pilihan kepada ibu bapa.

Manakala bagi perspektif  ketiga pula adalah dari kumpulan ibu bapa dan tadika yang mempunyai takrifan ‘pandai’ yang berlainan. Semestinya semua ibu bapa dan guru tadika inginkan anak-anaknya ‘pandai’, tetapi ‘pandai’ yang dimaksudkan oleh kumpulan ini merujuk kepada kemampuan atau kebolehan anak mereka dalam pelbagai aspek perkembangan.

Perspektif mana yang relevan?

Homework Bagi Kanak-Kanak Tadika, Relevan Atau Tidak? Perjelasan Ini Mengejutkan!

IKLAN

Pada tahap tadika, sewajarnya istilah ‘pandai’ tidak wujud. Apa yang harus diutamakan adalah ‘perkembangan kanak-kanak’. Istilah ‘pandai’ tidak wujud dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), yang digubal berdasarkan input dari ramai cerdik pandai dan pelaksana dalam bidang awal kanak-kanak.

KSPK bermatlamat memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. (KSPK: KPM 2016).

Matlamat tersebut yang begitu terancang dan jelas, menggariskan hala tuju tadika. Apa yang ingin dicapai  adalah perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai aspek. Maka dalam hal ini, perlu disoroti apakah homework yang diberi, memenuhi matlamat yang digariskan atau tidak.

Kanak-kanak di usia tadika berada di tahap pemikiran konkrit. Ini perlu diambil cakna oleh ibu bapa dan guru.

Apa yang diperlukan untuk berkembang dengan baik adalah aktiviti yang boleh di sentuh, dilihat dan dilakukan secara langsung. Homework  seperti membuat latihan menulis atau matematik melibatkan pemikiran abstrak yang belum sesuai pada usia ini. Mereka kurang faham keperluan kerja-kerja tersebut kerana ianya tidak bermakna kepada mereka. Akhirnya homework dibuat dengan rasa terbeban dan stres.

Selain itu, kajian-kajian yang dirujuk juga mendapati homework di peringkat awal kanak-kanak cenderung menyebabkan keletihan fizikal dan emosi, menghadkan masa santai anak-anak juga menyebabkan gangguan tidur ke atas anak-anak. Akhirnya minat anak-anak untuk belajar berkemungkinan terjejas. Keadaan ini amat tidak membantu perkembangan kanak-kanak.

IKLAN

Cuba fikirkan, adakah latih tubi matematik dalam operasi menambah dan menolak dalam sehelai kertas atau latihan menulis ayat dengan betul dapat mengembangkan potensi anak dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial? Adakah anak-anak (dan ibu bapa) gembira meyiapkan homework ini?

Bandingkan dengan homework yang menggunakan pendekatan home activity berikut. Tugasannya adalah untuk membanding beza pelbagai jenis daun. Untuk melengkapkan home activity ini, semestinya bantuan ibu bapa diperlukan untuk sama-sama keluar dari rumah untuk mencari pelbagai jenis dedaun. Maka, selain aspek sosial dikembangkan dari interaksi anak-ibu bapa, hubungan ibu bapa -anak juga ditingkatkan kerana berlakunya aktiviti bersama-sama.

Ini semestinya mengembirakan anak dan ibu bapa maka berlakulah perkembangan emosi dan rohani.  Dalam usaha mengumpulkan dedaun, anak-anak akan membuat perbagai perbandingan seperti bentuk, saiz dan warna, di mana secara khususnya aspek intelek anak dikembangkan. Semasa mencari daun, berlakulah gerakan-gerakan otot badan yang  dapat mengembangkan aspek jasmani anak pula. Dalam kata lain, satu tugasan home activity ini berupaya mencakupi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.

Apa itu home activity

Homework Bagi Kanak-Kanak Tadika, Relevan Atau Tidak? Perjelasan Ini Mengejutkan!

IKLAN

Lantaran itu, dicadangkan istilah homework diubah kepada home activity atau aktiviti di rumah. Aktiviti ini perlu melibatkan ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa mengalas peranan sebagai guru pertama kepada anak-anak mereka.

Dengan cara ini, ibu bapa dapat memantau, mengenali dan memahami perkembangan anak mereka secara langsung. Aktiviti di rumah tidak perlu dijalankan setiap hari. Ia boleh dijalankan dalam satu tempoh yang berseuaian. Pihak tadika boleh merancang aktiviti ini agar ia dapat menyokong atau memperkayakan pembelajaran di tadika.

Contoh home activity yang boleh dijalankan:

  1. Membaca buku cerita dan membincangkan jalan cerita/karektor – jalan cerita /karektor boleh dihasilkan dalam bentuk poster/ binaan/ anak patung/model
  2. Menyemak dan membincangkan praktikal solat anak di rumah
  3. Menjalankan projek recycledan reuse di rumah
  4. Mengumpul bahan-bahan terpakai untuk disumbangkan kepada pihak NGO atau dibuat jumble sale
  5. Membuat photo bookDIY- tentang pelbagai tema contohnya aktiviti hujung minggu/ bersama haiwan kesayangan
  6. Menyumbang makanan yang dibuat sendiri oleh anak dan ibu bapa bersempena majlis tertentu di tadika
  7. Mencari maklumat di internet bagi melengkapkan buku skrap / mini book/ poster

Namun sebelum aktiviti dijalankan, pihak tadika perlu merancang dengan teliti supaya aktiviti yang dijalankan benar-benar dapat mengembangkan potensi anak-anak dalam pelbagai aspek perkembangan. Ibu bapa pula perlu sedar bagaimana aktiviti tersebut dapat mengembangkan potensi anak mereka.

Mungkin ibu bapa boleh dibekalkan dengan check list sebagai garis panduan pelaksanaan aktiviti di rumah. Dengan cara ini kualiti aktiviti yang dijalankan dapat dikawal. Dengan perancangan dan penjelasan yang sewajarnya, semestinya ibu bapa teruja untuk beraktiviti dengan anak mereka.

Dalam keterujaaan ibu bapa memastikan anak-anak mendapat segala yang terbaik, seharusnya kita sebagai ibu bapa tidak cuba mendewasakan anak-anak kita sebelum tiba waktunya. Kembangkanlah potensi mereka. Berilah peluang untuk kanak-kanak menikmati zaman kanak-kanak mereka sepertimana kita pernah lalui dahulu. Let Children Be Children.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI