Pastinya nak jadi ibu bapa ni kena ada ilmu keibubapaan. Mana taknya, jika salah didik anak, tentu kian menjadi ‘perangainya’.
Perkongsian apa ni ,ada benarnya dalam mendidik anak. Jom semak cara ayah Mohd Fhais.
Ni la akibatnya kalau tak dengar cakap orang tua !!
Tak kira anak kecil atau besar, kalau kita dah cakap dia tak nak dengar biarkan je. Biarkan dia rasa akibat dari perbuatan sendiri baru tahu serik.
Masa anak masih kecil la kita nak didik dia jadi orang, bila dah besar nanti payah!
Ini bukan kejam tapi ini tanggungjawab.
Annur rania padan muka! Dah suruh tidur awal semalam. Duk lagi main lari – lari dengan sepupu yang tak sekolah. Sampai kul 12 lebih masih lagi tak tidur.
Kejut bangun pagi tadi liat sangat. Mengelat elat tak nak pergi sekolah. Bagi pula alasan penat dengan mengantuk.
Sorry, dengan papa sekolah wajib kena pergi. Mengantuk ke, penat ke tetap kena pergi.
Ads
Terlentuk lentuk dalam kereta masa dalam perjalanan ke sekolah. Sempat dia lelap 5 minit tadi.
Nak sambung tidur dalam kelas pun papa tak kisah, asalkan pergi sekolah. Daripada biar terus lena kat rumah nanti menjadi jadi malasnye.
Bukan tak kasihan dia penat, tapi saya lebih kasihan bila dah besar nanti dia jadi “pemalas” pergi sekolah.
Walaupun orang cakap sekolah taska untuk budak 5 tahun ni sekolah main-main, tak pergi pun tak rugi apa.
Salah tu!
Masa sekolah taska ni la kita nak bentuk anak supaya rajin untuk ke sekolah.
Ads
Bukan sahaja ilmu akademik tu penting, tapi lebih penting ialah displin, tanggungjawab dan amanah.
Kalau masa sekolah main – main ni pun anak dah pandai mengelat dan bagi alasan ponteng bayangkan bila dah masuk sekolah rendah nanti.
Masa tu lagi berat tanggungjawabnya. Beg sekolah berat, duduk dalam kelas tak boleh main, sepanjang masa belajar sahaja.
Paling berat bila kena bangun awal setiap hari sebab 7.30 dah kena terpacak dalam kelas.
Ini baru sekolah rendah. Belum lagi sekolah menengah. Sekolah menengah 2 kali ganda susahnya.
Lagi la anak tergoda nak ponteng !!
Ads
Silap haribulan sekolah sekerat jalan je. Ini bahaya! Kalau anak dah tak ada minat memang buang masa pergi sekolah.
Jadi penting! Tegas dari awal, masa anak masih kecil didik sebetulnya.
Ada masa kita boleh bertolak ansur dengan anak. Kita ikut kemahuan dia selagi tak memudaratkan.
Kalau bab sekolah tak boleh. Tak boleh berunding dengan anak. Muktamad! Sekolah kena ikut cakap orang tua.
Anak yang berjaya dunia akhirat mulanya dari rumah, dan akhirnya adalah di sekolah.
Sekolah rumah ke-2 anak – anak
Mohd Fhais, Masa anak kecil ni boleh la kita nak angkat bawa bilik air mandi, dah besar nanti boleh patah pinggang dibuatnya kalau tiap pagi susah bangun.
p/s : Dipersilakan share post ni dengan mak ayah lain supaya mereka pun dapat pengajarannya.
p/s : Selain di fb saya juga selalu berkongsi ilmu parenting, kekeluargaan dan hubungan suami isteri di telegram. Join di sini ? t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam meraikan hari istimewa buat anak-anak. demikian juga dilakukan oleh selebriti cantik, Anzalna Nasir apabila meraikan hari ulang tahun anaknya Mohamad Eidrees yang kedua bersama anak-anak yatim.
Disebabkan PKP dan kini seluruh negara sedang lockdown, Anzalna dan keluarga hanya berkesempatan meraikan bersama anak-anak yatim melalui panggilan video sahaja.
Dengan berkongsi rezeki dan membuat panggilan video di rumah anak-anak yatim tersebut, cara tersebut berjalan lancar dan anak-anak yatim diraikan juga gembira.
Alangkah bertuahnya wanita itu apabila mempunyai suami yang mencintainya sepenuh hati. Biarpun onak duri yang melanda, isterinya tetap dihatinya. Jika ciri-ciri seperti ini ada dalam diri seorang lelaki, pasti rumahtangga bahagia ke akhir hayat. Setiap insan yang bergelar suami isteri mengimpikan satu rumahtangga yang aman dan bahagia dalam suasana yang penuh dengan keharmonian.
1. Dia menyelesaikan masalah anda
Seorang suami yang sejati tidak akan meninggalkan istrinya saat ada masalah. Ia juga tidak akan membiarkan istrinya menghadapi masalah sendirian. Dia akan memahami isteri , menjaga isteri dengan baik, dan selalu berusaha membantu.
Bahkan suami akan melakukan hal-hal yang biasanya dia hindari demi isteri. Jika tanda suami sayang isteri yang satu ini ada pada suami anda, jangan lupa bersyukur dan berterima kasih padanya ya.
2. Dia memerhatikan hal kecil
Jika seorang pria mencintai istrinya, dia akan selalu berusaha menyenangkan sang isteri dengan melakukan hal-hal kecil yang membuat isterinya terharu. Contohnya, dia membuatkan makanan kesukaan isteri, bangun pagi untuk menyiapkan sarapan, atau menyisihkan waktu mengantarnya belanja.
3. Dia memberitahu rahsianya
Suami yang mencintai pasangannya akan memberitahu rahsiannya kepada isteri. Dia percaya pada isterinya sepenuhnya. Sebab itu, berhati-hatilah agar jangan sampai mengkhianati kepercayaannya.
4. Hubungan intim bukanlah hal terpenting baginya
Bercinta dengan anda tentu membuat suami senang. Akan tetapi, hal tersebut bukanlah yang terpenting baginya. Salah satu tanda suami sayang isteri selain dia menikmati hubungan intim, dia juga menyukai kedekatan emosional dengan pasangan. Dia senang menghabiskan waktu bersama-sama demi mengeratkan ikatan diantara anda.
5. Tertawa pada kesalahan kecil yang isteri lakukan
Kesalahan kecil yang diperbuat oleh isterinya, meskipun itu menyakiti perasaannya, atau merugikannya. Dia tidak akan mengungkitnya dan segera melupakannya. Bahkan, suami anda akan tertawa dan meminta anda untuk tidak membicarakannya lagi.
6. Dia adalah pendengar yang baik
Anda bisa bicara apa saja kepada suami anda dan dia akan selalu mendengarkan dengan penuh perhatian. Dia tidak menghakimi anda atas keputusan atau peristiwa yang terjadi di masa lalu atau mengkritik yang isteri lakukan di masa sekarang. Dia suka mendengarkan ketika bersama anda, itulah tanda suami sayang isteri dan penuh cinta pada pasangannya.
7. Dia menganggap isteri adalah yang paling istimewa
Saat suami melihat anda, semua yang terlihat di matanya adalah cinta yang besar untuk anda. Dia memperlakukan anda dengan istimewa. Saat itulah suami tahu bahawa dia adalah milik isteri yang paling berharga dalam hidupnya.
Adik beradik susah kita bantu, jangan pula pulau, hina, jauhkan diri. Dalam kehidupan, tidak semua orang dilahirkan dengan nasib yang sama. Ada kalanya, adik-beradik kita sendiri menghadapi kesulitan dalam hidup. Mereka mungkin berdepan dengan masalah kewangan, kesihatan, atau cabaran lain yang membuatkan hidup mereka menjadi sukar.
Adik Beradik Susah Kita Bantu, Jangan Pula Kita Pulau, Hina, Jauhkan Diri
Dalam situasi sebegini, adalah penting bagi kita untuk menghulurkan bantuan dan bukannya meminggirkan atau menjauhkan diri daripada mereka. Bantuan yang kita hulurkan kepada adik-beradik yang susah boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Apabila seseorang merasa disokong oleh keluarganya, ia boleh mengurangkan tekanan emosi dan memberikan mereka kekuatan untuk menghadapi cabaran. Adik-beradik yang susah adalah tanggungjawab kita untuk bantu, bukannya untuk dipinggirkan.
Adik Beradik Tak Sama
Kata orang, walau dari rahim yang sama, namun tiap anak tak sama sikap dan juga kebolehan. Ada anak yang dikurniakan akal yang cergas dan bijak, ada anak yang sederhana saja.
Begitu juga dalam kehidupan mereka setelah dewasa. Ada yang lebih cemerlang, bergaji besar dan mampu hidup mewah. Ada juga yang mungkin hidupnya ala kadar saja. Yang hidup seadanya, nak bermewah jauh sekali!
Pandang Rendah
Yang sedihnya, ada di kalangan adik-beradik sendiri yang pandang rendah dengan adik-beradik yang lebih susah hidup mereka. Nak bantu, memang jauh sekali! Kalau sama-sama balik kampung, bersembang pun ala kadar je. Belum lagi bab layan anak-anak saudara yang susah tu. Buat tak tahu je dan tak mesra langsung.
Belum lagi bab mengumpat dan mengata yang susah tu! Ada je yang tak kena di mata si kaya. Alahai! Kenapalah ada yang berperangai macam tu. Takkan dengan darah daging pun nak pilih kasta?
Bantu Adik-beradik Dulu Sebelum Bantu Orang Lain
Ada yang hidupnya senang, suka menderma sana sini. Tapi, dengan saudara kandung sendiri berkira. Kalau tengok ada yang susah, memang takkan ditolongnya. Lagi afdal tolong orang-orang terdekat dengan kita dulu. Nak kejar pahala, tapi peluang rebut pahala di depan mata diendahkan. Nak bagi sedekah, bagilah pada adik-beradik dan saudara mara yang susah dulu. Ini tak, sibuk dengan bantu orang luar.
Adik Beradik Ada Yang Rasa Rendah Diri
Biasanya adik-beradik yang susah akan ‘sedar diri’. Dia tahu kalau dirinya orang tak berapa suka. Mesti dia akan pinggirkan dirinya. Tak sedih ke tengok keadaan tu? Sepatutnya, yang kayalah kena sentiasa tanya khabar dan dekati yang lebih susah. Hulurkan bantuan sewajarnya.
Besar pahala bila tolong saudara kandung sendiri yang susah. Dapat pula kukuhkan ikatan silaturahim kita. Kata orang, cubit paha kiri, paha kanan pun rasa sakit. Sepatutnya, kalau tengok ada saudara kandung yang susah, kita kena jadi orang pertama yang hulur bantuan.
Apa gunanya kita berbuat baik dengan orang lain sedangkan dengan saudara kandung sendiri kita pandang sebelah mata je? Kita juga kena ingat, mak ayah kita juga pasti gembira melihatkan anak-anaknya mampu hidup dalam keadaan rukun dan harmoni.