Pun begitu, andai tidak ke sana dan masih mahu menikmati hidangan yang enak seperti itu, apa kata anda cuba sajikan menu nan satu ini; Ikan Stim Limau. Menyediakannya juga tidak susah malah bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Jadi usah tunggu lagi, ayuh kita rai selera keluarga dengan menu Thai yang enak ini sepertimana yang dikongsikan di akaun fb Zafirah Zawawi ini.
Selamat menjamu selera semua HAHN Hari ni kita masak Ikan Stim Limau bahan yang simple tapi rasa sebijik kat kedai Thai memang menambah nasi la jawabnya sape suka ikan stim limau ni silakan masak.
Bahan-bahan: Ikan siakap Bawang putih cincang/potong dadu Halia hiris Serai 1batang untuk hiris & 2 batang untuk letak dalam ikan Cili padi merah dan hijau Asam Limau Daun ketumbar- akarnya jangan buang,rebus sekali dengan ikan Garam @ sos ikan untuk perasa.
Ads
Cara-cara masak
Ads
1. Bersihkan ikan siakap, kalau tak nak bau hanyir cuci dengan asam limau atau lemon. Letak 1 kiub pati ayam di seluruh ikan dan serai di celah ikan.
2.Rebus pakai kuali jer letak la akar daun ketumbar@daun ketumbar sekali. Rebus dalam 10 minit kita letak bahan-bahan yang kita sedia tadi sehingga masak. Untuk perasa saya letak sos ikan. nak letak garam pon boleh. cili padi saya letak last skali takut pedas sangat.
.
Ikan memang sedap bila digoreng. Tetapi ada satu masalah yang sering dialami oleh kaum ibu di dapur tatkala menggoreng ikan. Sama ada ia melekat di kuali atau meletup-letup semasa menggoreng.
Ikan goreng, tak kiralah ikan keli, kembung, siakap, bawal dan sebagainya, memang sedap apabila diratah. Namun, nak mendapatkan ikan goreng yang sempurna kalau tak tahu caranya. Lebih-lebih lagi ikan yang berlendir seperti ikan keli. Memang meletup-letup la jawabnya!
Itu belum bab kulit ikan yang digoreng akan melekat pada kuali. Bila diangkat, habis isinya hancur. Berikut dikongsikan petua goreng ikan tak melekat di kuali, tidak meletup dan tidak hancur isinya.
Petua Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali Dan Tak Meletup.
Cuci Ikan Sebelum Menggoreng
Antara punca utama ikan meletup-letup semasa menggoreng adalah kerana ia masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang berlendir.
Dua cara untuk membersihkan ikan yang berlendir:
Gunakan limau nipis dan sedikit garam halus.
Gunakan tepung gandum untuk mencuci ikan. Disarankan juga untuk perap ikan dengan tepung gandum lebih kurang 15 minit.
Dengan kaedah ini bau hanyir ikan juga dapat dikurangkan selain menghilangkan lendir.
Perap Ikan Sebelum Menggoreng
Setelah dicuci bersih, disarankan untuk memerap ikan dengan asam jawa supaya isi lebih enak dan tidak melekat. Asam jawa juga dapat memejalkan isi ikan. Jadi, tidaklah ia berderai dan meletup-letup semasa menggoreng.
Perapan asam jawa ini selalunya dilakukan kepada ikan yang kurang segar atau yang sudah lama berada di freezer.
Panaskan Kuali
Terlebih dahulu, panaskan kuali sebelum menuang minyak. Setelah menuang minyak, pastikan minyak cukup panas sebelum memasukkan ikan.
Uji kepanasan minyak dengan beberapa butir beras atau keropok. Sekiranya ia menembang dengan cepat, ini bermaksud minyak dah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
Jangan biar terlalu lama dan minyak terlalu panas kerana ia akan membuatkan ikan garing di bahagian luar tapi tidak cukup masak di bahagian isi dalam. Minyak yang terlalu panas juga boleh membuatkan kulit ikan melekat di kuali.
Minyak Yang Banyak
Penggunaan minyak yang banyak membuatkan ikan mengembang dengan baik dan dapat mengelakkan ikan dari menyentuh dasar kuali. Ini sedikit sebanyak mengelakkan kejadian ikan melekat di kuali ketika menggoreng. Dengan itu, ikan akan masak di semua bahagian dengan sekata.
Bahan Salutan
Kepada yang suka hasil gorengan yang rangup, bolehlah gunakan tepung beras untuk meyalut ikan. Salutan membantu mengelakkan ikan melekat di kuali. Boleh juga gunakan kunyit untuk menyalut ikan.
Salah satu lagi cara untuk mendapatkan gorengan yang rangup adalah dengan mencelupkan ikan ke dalam celupan telur. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti sebelum di goreng.
Petua Orang Lama Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali
Menurut orang-orang lama, beberapa bahan berikut boleh mengelakkan ikan dari melekat ketika menggoreng:
Asam Keping – goreng beberapa keping asam keping terlebih dahulu sebelum mesaukkan ikan.
Garam – taburkan sedikit garam ke dalam minyak panas, kemudian goreng ikan seperti biasa.
Halia – gorengkan beberapa keping halia sebelum menggoreng ikan.
Kulit bawang – Masukkan kulit bawang semasa menggoreng ikan.
Bungkus Daun Pisang
Untuk ikan yang bersaiz besar, anda boleh bungkuskan dengan daun pisang semasa menggoreng.
Caranya mudah. Terlebih dahulu bersihkan daun pisang. Balut ikan dan goreng dalam minyak panas seperti biasa. Daun pisang berfungsi untuk menyerap panas dan mengelak dari ikan meletup-letup semasa menggoreng. Bila cukup masak, daun pisang akan terlerai dengan sendirinya. Hasil masakan juga akan lebih berbau wangi.
Penutup Periuk
Sediakan penutup periuk berdekatan untuk menutup kuali jika anda bimbang minyak akan terpercik. Kecilkan api sebelum membuka penutup masa nak terbalikkan ikan.
Diingatkan supaya berwaspada ketika nak membalikkan ikan, agar ia cukup masak terlebih dahulu. Jangan terlalu awal dan terlalu lambat. Sekiranya diterbalikkan berkali-kali, ikan boleh pecah dan isinya berderai.
Selamat Menggoreng
Dengan beberapa kali percubaan, anda pastinya akan berjaya mengoreng ikan dengan baik. Semoga dengan petua ini, anda akan mahir mengoreng apa jua jenis ikan dengan baik.
Sumber: Sehinggit
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi sebahagian kaum wanita memasak itu adalah aktiviti yang menyeronokkan, ibarat terapi buat diri. Apatah lagi, jika menyediakan hidangan untuk dijamu kepada keluarga tercinta.
Pun begitu, sering juga terjadi kita berasa tertekan dengan bau yang kurang enak menjengah ke segenap ruang kediaman setelah usai memasak. Malah bau tersebut terus melekat pada sofa, langsir dan sebagainya.
Jadi untuk atasi perkara ini, cuba lakukan langkah mudah ini.
⇒Rendam beberapa keping roti ke dalam cuka dan letak di tempat yang strategik untuk menyedut bau.
⇒Letakkan mentega, gula dan kayu kulit manis dalam aluminium foil dan letak atas dulang pembakar. Masukkan ke dalam oven bersuhu 200°C selama satu jam untuk dapatkan dapur berbau seperti bakeri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
Cara buat:
Cara guna:
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Arif Aiman kahwin dengan Nurul Aliah Natasha dalam majlis tertutup di Johor Bahru. Momen sebak memeluk ibu selepas akad nikah turut mencuri perhatian ramai.