Biasanya bila kita lihat makanan yang terhidang nampak menyelerakan rupa bentuknya, dengan sendirinya kita dapat membayangkan betapa enaknya makanan tersebut. Bahkan membuatkan kita tidak sabar pula untuk merasanya.
Atas sebab ini juga, kalau kita masak pulut kuning kita mahukan ianya nampak berseri dengan warna kuning yang menawan dan pastinya juga rasa yang berlemak.
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, anda boleh ikut cara Puan Masmira lakukan di mana menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
Untuk itu, apa kata kita cuba sediakan resipi pulut kuning dengan resipi yang disediakan olehnya.
Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang).
Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe
Bahan-bahan dan steps:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang skit, elakkan yang jenis montok-montok hehe
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
Ads
2) Halia 1/2 inchi (wangi dan buang angin)
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
*orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
3) Daun Pandan 5 helai (wangi)
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi.. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5) santan fresh dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam.. Then masuk kan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.. Keluarkan daun pandan.. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.. Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (Orang Kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jadi lembut.. Make sure kacau pulut sampai rata hilang ketul..
Then tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dlm 10 – 15 min baru cedok untuk packing atau makan..
Ads
Ekstra Tip
1.Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk..
2.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut..
Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
Ads
Yang ni resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.. Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
Ayam goreng adalah antara hidangan yang sentiasa menjadi kegemaran ramai termasuk kanak-kanak. Tidak sah, jika tak ada lauk ayam goreng untuk hidangan seisi keluarga.
Namun, jika tahu rahsia masakan ayam goreng rangup lagi sedap rasanya! Bagi yang ingin mencuba resipi ayam goreng rangup yang biasa dijual di kedai, boleh ikuti resipi peniaga ini. Beliau berkongsi kali kedua resipi ayam gorengnya setelah mendapat permintaan ramai di group Masak Apa Hari Ini.
Merupakan peniaga makanan, beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu masakannya. Sikap sebegini dalam diri, tidak mustahil jualannya sering mendapat perhatian ramai. Memang murah rezekipeniaga ini. Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Ayam goreng rangup kegemaran ramai!
Seperti yg dijanjikan.. saya tunaikan untuk bagi resipi ayam goreng.. adunan tepung nie bnyak dan boleh disimpan. Ini kali kedua saya share sbb korg malas nk scroll posting sy yg lama kan..
Sesiapa yg pernah guna resipi ini boleh lampirkan gambr kalian dibawah. Ayam goreng tepung nie menu utama. Saya gunakan tepung segera yg jenama PUAS. Tp kalau nk mkn sendiri blh jer beli yg mahal sikit.
Biasalah kami yg meniaga akan cri paling murah..Bagi menampung kos tepung.. ada tepung campuran yg saya proses sendiri.. meh sy ajar bancuhan tepung ayam yg sy buat.
Bahan 700g tepung gandum 1kg tepung beras 300g tepung ubi kayu 3sudu serbuk lada putih(sudu teh) 7sudu stok ayam serbuk(sudu makan) 7sudu Ajinomoto (sudu makan) 7sudu garam(sudu makan) (Ajinomoto dan garam campur dan blander gunakan blander kering kasi halus)
Cara penyediaan:
Campur semua bahan dan kacau sehingga merata… Ok siap tepung ayam buatan sndri.. Saya akan campur tepung segera yg beli dan buatan sendiri… Jom kita goreng ayam… Ayam setelah dicuci bersih.. dalam keadaan basah2 tu pecahkan telor sebiji atau 2..tgk banyak mana ayam… Taburkan sedikit tepung dlm ayam td BG memekatkan keadaan ayam.. Dalam bekas yg lain sediakan tepung ayam yg banyak untuk sadur ayam.. Ambil ayam td dan gaul dlm tepung td.. jgn nipis sngt..jgn tebal sngt… Terus masukkan kedalam minyak yg banyak api sederhana. Siap….
Tambah telur
Tips… Tepung ayam tu MMG dia tulis tanpa telor tp nk sedap dan cantik letaklah telor…. Doakan sy dimurahkn rezeki yer.
Resipi yang satu ini sangat mudah dan sesuai kalau ada yang teringin nak makan kari. Lupa nak beli santan? Tak ada masalah kerana kali ini admin kongsikan resipi kari daging tanpa santan.
Jom lihat resipi dari puan Zurina Zulkefli ini. Kuahnya pekat dan sedap. Nak makan bersama nasi atau roti pun menarik ni.
Selamat tengahari, buat pertama kalinya hari ini saya masak lauk kari daging. Lauk permintaan suami, makan tgahri sampai malam pun takpe katanya. Jimat. So, untuk kari ni saya tak guna santan dan saya masukkan semua bahan yg ada kt dapur jadikan satu lauk. Saya jamin sedap. Huhu Resepinya mudah sahaja, ada di setiap gambar. Saya tahu ramai orang muda yg berkurung di rumah skrg rajin nk mencuba masak pelbagai menu, sila la mencuba kari ni. Macam rasa makan kat mamak.
Kari pekat tanpa santan.
Bahan-bahan
Bahan2 nya adalah:
✓ 2 biji bawang merah
✓ 2 tangkai daun kari
✓ 1 biji tomato
✓ 2 biji kentang
✓ 1 lobak merah
✓ 3 tangkai lada kering
✓ 4 tangkai cili hijau
✓ 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
✓ 2 hirisan halia (ditumbuk)
Dua serbuk utama untuk kari
Cara membuat:
✓ Panaskan minyak masak di dalam periuk, lansung tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau, dan daun kari
✓ Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap
✓ Masukkan air asam jawa. Kalau takde asam jawa, boleh guna yogurt
✓ Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata. Sukatannya seperti:
– 1 paket rempah kari daging
– 3 sudu kecil serbuk cili
– 1 sudu kecil serbuk kunyit
– 1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yg ditumbuk
✓ Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.
✓ Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.
✓ Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit
✓Jus daging telah keluar dan masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan api masih suhu paling kecil.
✓ Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.
Sekian lama menantikan kehadiran anak lelaki, akhirnya kini doa Alif Satar dan isteri dimakbulkan. Kelahiran Muhammad ‘Ali pada 19 September melengkapi rumah tangga dan ikatan perkahwinan pasangan ini.
Bukan itu sahaja, rupa-rupanya ada kisah lain disebalik kelahiran tersebut. Selain cahaya mata yang dinanti-nantikan Alif dan isteri, Lebih manis lagi, ‘Ali merupakan bayi lelaki pertama dalam keluarga.
Kata Alif, sepanjang tiga generasi kebanyakan ahli keluarga sebelah ibunya terdiri daripada saudara-mara perempuan melainkan Alif sendiri.
“Dalam generasi ketiga dia menjadi anak lelaki pertama. Adik beradik ibu saya semuanya perempuan dan sepupu saya juga semua perempuan.
“Manakala, adik-beradik saya juga semua perempuan, sama juga anak saudara saya. Saya satu-satunya anak lelaki.
“Jadi, kelahiran Muhammad ‘Ali menjadi anak cahaya mata lelaki yang ditunggu-tunggu ramai sejak sekian lama,” kongsi Alif.
Berkongsi semula detik kelahiran anak lelaki pertamanya, cerita Alif dia hampir terlupa dengan hari jadinya yang jatuh pada tarikh sama dengan waktu kelahiran ‘Ali.
“Alhamdulillah anak lelaki saya memberikan satu kegembiraan yang berbeza dalam keluarga kami kerana dia lahir sama dengan tarikh hari jadi saya.
“Pada hari itu saya sudah tak fikir apa selain melihat isteri saya bertarung nyawa dan menantikan anak saya dilahirkan.
“Tepat pukul 11.21 malam, ‘Ali dilahirkan secara normal namun dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi selama lima hari kerana demam kuning,” ujarnya.
Alif dan isteri Sha Dila Halid mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2 tahun.
Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee dan Optimus Prime, hilang gementar pergi sekolah. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.