Masak Selalu Je Tak Jadi! Resepi Coklat Cupcake Ni Garenti Jadi!
Coklat. Perkataan kegemaran kanak-kanak dan sesetengah dewasa. Resepi kek cawan coklat atau “chocolate cupcake” ini dikongsikan di sebuah laman Facebook yang penuh dengan resepi-resepi lain yang mudah dan lazat!
Jangan risau jika anda tidak mahir dalam “baking” kerana resepi ini “guarantee” akan berhasil!
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bahan-Bahan
2 biji telur gred B
2 cawan gula kastor
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
½ sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 cawan air panas
Cara membuat Coklat Cupcake Guarantee Jadi!
Resepi Coklat Cupcake
Langkah 1: Putar semua bahan mengikut urutan dari atas sehingga sebati.
Langkah 2: Masukkan bancuhan ke dalam acuan cupcake. Panaskan ketuhar 170°c selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam ketuhar dan masak selama 40 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah.
Ads
Resepi Topping Cupcake (Coklat Ganache)
300g coklat compound/ coklat coin
200g whipping cream
1 sudu besar butter
Langkah 1: Dengan cara double boil, panaskan whipping cream sehingga agak-agak panas tetapi jangan sampai mendidih. Api perlahan sahaja.
Langkah 2: Kemudian masukkan coklat dan gaul sebati. Kalau guna coklat compound, potong dahulu supaya cepat dan mudah cair.
Langkah 3: Bila sudah sebati dan tiada ketulan, tutup api dah alihkan mangkuk coklat dari periuk berisi air tadi. Masukkan butter pada campuran coklat tadi dan gaul sebati.
*Kesan menggunakan butter dalam ganache ini adalah ia akan memberi kesan berkilat!
Langkah 4: Biarkan sejuk dan coklat agak kental, barulah hias di atas cupcake anda mengikut citarasa.
Ads
Semoga resepi ini dapat menghilangkan ketakutan anda terhadap “baking”. Semestinya coklat cupcake ini akan menjadi popular di rumah tangga anda!
Nak sediakan minum petang apa hari ini ye? Apa kata cuba buat Puding Karamel versi Pandan. Cara yang simple tapi pasti membuatkan anda sekeluarga sukakannya.
Cerita petang ni..cuti sekolah kan..so, projek ibu pun berjalan laaa..nk p bercoti dok leh..jadi..ibu pn godek2 kt dapur buat puding kegemaran husband dan anok2😊
Sis olah resepi puding caramel biasa aje. Buat rase pandan plok. Sis bagi resepi kt bawah
Bahan-Bahan:
Telur 5 biji
Susu pekat manis (separuh tin)
Susu cair (separuh tin)
Air (1 tin..sis guna tin susu tu jer😁)
Perasa pandan
Pewarna hijau(nak blend daun pndan pun boleh)
Tepung kastard (2 sudu makan mambung)
2 sudu besar gula(untuk karamel)
Cara membuat:
Cairkan gula dalam loyang..kacau2 sampai perang. Letak tepi dulu(jangan bagi hangit,nanti rase pahit🥴)
Pecahkan telur semua..kacau sebati..
Masukkan susu pekat, susu cair..sebatikan
Masukkan perasa pandan.
Lepas sebati semua..masukkan air, tepung kastard..kacau lagi..sis guna garfu jer kepuk2 manje😅
Last step baru masukkan pewarna hijau.
Lepas tu tapis. Baru nanti rasa dia lembut.
Dah habis semua step ni..masukkan dalam loyang gula yang kita cairkan tadi..gula memang akan keras bila sejuk..tapi boleh dah siap kukus..dia akan rata macam biasa..so,boleh la kukus sampai masak..
Selamat makan2 dan selamat mencoba😉
Ps:
Alamak..lupe..whipping cream just tuk buh atas puding tu aje..nk suh rse lagi best😅
nak lg sedap..buh dalam peti..nyaman aje lalu iku tekak😁
Tentu ada suka makan menu ni kan. Sudah pasti semua dah tahu Laksam, yang berasal dari negeri cik siti Wan Kembang dan memang sangat sedap.
Selain beli di kedai, apa kata kita buat sendiri di rumah. Jom ikuti resipi oleh puan Nor Khomariah Norrohman yang mendapat share sehingga lebih 4K. Wow!
Saye adalah hantu laksam bukan hantu laksa Xkira masa, pagi ke, ptg ke, mlm ke onnnzz je kalau dgn laksam xmkn nasi pom tkpe, masak laksam hr nie, saje buat lebih sebab jiran sy mmg suka laksam, suka sngt lah dia kalau sy bagi laksam..☺️☺️☺️..hari tu dh share rasepi.. Saya share sekali lg ye 🙂
RESEPI LAKSAM
Bahan-bahan 1. 1/2 cawan tepung gandum 2. 3 cawan tepung beras ( sy guna cap teratai) 3. 5 cawan air suam 4. 1/2 sudu kecil garam 5. Minyak masak 6. Tudung periuk atau bekas leper Cara-cara: 1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul.. 2. panaskan pengukus dgn api yg kuat, pastikan air banyak dan air mendidih ye sebelum mengukus. 3. Sapukan minyak pada tudung periuk, masukkan adunan dengan menggunakan senduk. 4. Kukus dalam 5 minit dan jika laksam gelembung tu maksudnyaya ah masak.
Tips: – Nak pastikan kulit laksam licin, nampak gebu pastikan tudung periuk licin dan bersih. Gunakan minyak yang cukup untuk sapu sebelum tuang adunan, jangan banyak sLAKSAM Agak-agak lah ya..
Satu adunan dapat dlm 10-12 batang
Try lah buat rasepi nie mmg mnjdi.. Tipsnya cawan sukatan tepung kene sama dgn cawan sukatan air ye.. Tggu btl2 sejuk br gulung.. Kalau nk permukaan licin kene sapu dulang tu bersih2 ye… Saya kukus pakai dulang besi yg beli dekat kdai eco, bl 3 dulang dh cukup buat gilir2.. saiz dulang 24cm.. Sedang2 molek saiz laksamnya…
BAHAN KUAH LAKSAM
1 kg ikan selayang (direbus dengan 3 keping asam keping) 2 sudu besar lada hitam 3 keping asam keping bawang merah 7 biji 4. Halia ( tapi sy xletak xsuka rasa dia kuat) santan segera 2 kotak kecil @ sebiji kelapa ( sy pakai kelapa) air secukupnya garam dan perasa
CARA MASAK KUAH LAKSAM
1. rebus ikan dengan asam keping dan garam kemudian ambik isinya. 2. blander isi ikan dan air rebusan dengan bawang dan lada hitam hingga betul2 lumat boleh tambah sedikit air. 3. didihkan santan, masukkan bahan belender td.masukkan asam keping garam dan perasa. 4. sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul2. boleh tambah air jika terlalu pekat. 5. potong laksam, letak ulam, timun bunga kantan, taugeh atau apa je laa kemudian curahkan kuah. letak sedikit belacan bakar lg best.
Untuk sambal cili 1. Cili padi dan cili besar merah 2. Sedikit gula dan garam 3. Air limau nipis @ cuka
Caranya tumbuk cili letak Garam dan gula dan perah limau nipis.. Siap!
Tentu ramai yang mengenali daun kaduk. Ia antara ulam-ulaman yang mempunyak banyak khasiat. Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dengan selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).
Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot. Akar daun kaduk adalah ubat berkesan untuk batuk, asma, keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari kaki (fungoid dermatitis).
Daun kaduk juga boleh dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk beta karotena dan vitamin C.
Malah menjadi sebagai ulam-ulaman dan penyedap rasa masakan untuk seisi keluarga. Selain bayam brazil dibuat kerepek, daun kaduk pun boleh.
BOLEH BUAT KEREPEK
Daun kaduk ini enak dibuat kerepek. Rasanya pun sedap. Nak tahu cara nak buatnya, ikuti resipi ni. Apa kata buat untuk minum petang ni.
Untuk daun 20 helai 3 sudu tepung gandum 1 sudu tepung jagung 1 bj telur Secubit garam Sedikit serbuk kunyit 1 cwn air (adunan jgn cair, jgn pekat) Masukkan semua bhn2 kecuali daun kaduk..jadikan adunan mcm nak buat pisang goreng.
Memang rangup! Rasa pun sedap. Sesuai buat kudapan. Boleh cuba buat di rumah. Memang seisi keluarga suka kerepek ni.