Dalam menyediakan menu yang menyelerakan untuk dinikmati bersama keluarga tidak semestinya perlu hidangan yang dimasak menggunakan bahan-bahan istimewa, bahkan menu ringkas sekali pun boleh membuatkan kita sekeluarga makan berselera dan terasa puas menikmatinya.
Umpamanya bila menyebut tentang menu sup telur suhun. Buat anda yang pernah mencuba rasa menu ini akan tahu betapa sedap rasanya. Ia juga merupakan lauk orang dulu-dulu, dan kini kembali popular apabila dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Iskandariah .
Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk sediakannya sendiri, ada baiknya ketahui juga tip untuk pastikan telur yang dimasukkan dalam masakan tidak pecah atau bertabur dan elok kejadiannya sepertimana tip yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen ini.
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Telur
Suhun
Mushroom seasoning
IKLAN
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Biskut ini antara kegemaran anak-anak, BNukan je wangi malah rasanya yang sedap ditambah pula dengan crunchy memang seronok melayan. Rasa manis berlemak membuatkan anak-anak jadi suka.
Selain mudah, Biskut Cornflakes Madu ini juga tak perlukan masa yang lama nak buat. Jadi, ibu-ibu yang baru nak buat biskut raya tu bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Azwa Rahim ini.
Dah tido ke tu guys? Sis tgh busy buat biskut raya favourite anak2…biskut cornflakes madu yg senang n sedap. Resipi ade pada setiap gambar.
Bahan-bahan
Cornflakes
Setengah butter
Madu setengah cawan
Gula perang setengah cawan
Colour rice utk perhiasan (optional)
Cara membuat:
1. Cairkan butter dlm kuali
2. Masukkan gula perang
3. Masukkan madu
4. Masuk cornflakes
5. Gaul sebati
6. Susun cawan kertas dlm tray
7. Bakar suhu 160 dlm 10 minit. Jgn lebih dr 10 minit. Nanti hangit.
Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur buat kita rasa senang hati. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Itu jika tanaman kita subur dan segar. Macam mana pula jika kesemuanya habis diserang serangga perosak? Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Namun siapa sangka campuran empat bahan ini iaitu bawang putih, cili padi, minyak masak dan sabun mampu menjadi racun pada serangga ini. Paling best tak hanya serangga tapi juga boleh jadikan semburan untuk kucing dan tikus yang suka meninggalkan najisnya di satu-satu kawasan. Dua haiwan ni pasti takut nak ‘membuang’ di situ lagi. Jom cuba petua ni.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’Caranya:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi.
2. Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
3. Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
4. Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
5. Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau
mengikut suka.
Menyediakan adunan untuk membuat roti, apam, donut dan beberapa memu lain, semestinya memerlukan yis untuk menjadikan adunan kembang dengan sempurna.
Namun sering juga ada yang ‘terkena’, adunan yang dibancuh tidak berganda saiznya sedangkan 1 peket yis telah digunakan.
Tentu pelik juga rasanya dan tertanya-tanya di mana silapnya?
Perkongsian daripada Nurul Zainal ini boleh dijadikan info. Siapa sangka rupanya ada perbezaan dua jenis yis daripada jenama yang sama ini. Sekali pandang memang ‘sebijik’.
Jadi jom kita sama-sama belek yis jenis mana yang kita beli sebelum ini.
Brand Yang Sama, Packaging Yang Berbeza..
Perhatikan Yg Dlm Petak Merah Tu.. Yg Tu Sy Beli 2 Paket & Dua² Tu Bila Campur Air Suam Dia Jadi Mcm Yis Mati.. Tarikh Expired Pun Tak Ada..
Yg Satu Lagi Tu Dlm Petak Biru, Nmpk Packing Lebih Kemas & Ada Expired Date.. Bila Campur Dgn Air Suam, Elok Kejadian.. Naik Berbuih Mcm Biasa..
Mungkin Ni Slh Satu Punca Yis Slalu Tak Naik Elok Yg Kita Tak Perasan.. Share Dari Pengalaman Sy Sendiri..
Maaf Kalau Sy Silap 🙏 Mana Tahu Ada Yg Lebih Arif, Boleh Bg Pencerahan Apa Perbezaan Antara Mauripan Ni..
Selama ini kita tentu selalu bercakap dan memeluk anak tetapi kita tidak tahu rupa-rupanya ada teknik yang betul melakukan hal tersebut mengikut jantina anak.