Sejuk mata memandang…demikian pujian yang diberikan netizen tatkala melihat gambar anak-anak pelakon Saharul Ridzwan memakai tudung dan berserban.
Gambar yang dikongsikan sendiri pelakon tersebut meraih perhatian ramai. Sekali pandang nampak dua beradik ini seperti anak orang Arab pula.
Menurut Saharul menerusi kapsyennya, Muhamad Luth Ali dan Fateema Azzahra mengenakan jubah yang dihadiahkan oleh datuk mereka yang baru sahaja pulang dari Umrah.
Ads
Ali mengenakan jubah berwarna putih dan juga berserban manakala Fateema mengenakan jubah dan tudung berwarna hitam. Kedua-duanya cukup hensem dan lawa membuatkan ramai yang memuji.
Dalam perkongsian tersebut juga, Saharul turut menitipkan doa semoga anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi asbab mereka masuk ke syurga.
Kalau nak didik anak- biarlah dari awal. Sejak mereka masih kecil, ajarkan benda-benda yang baik supaya dapat membentuk peribadi dan akhlak mereka. Peranan ibu ayah juga sangat penting untuk terapkan rasa kasih dan sayang antara adik beradik.
Antara anak selebriti yang sering mendapat perhatian adalah Isaac Raees yang dilihat sangat baik serta cerdik. Walaupun anak sulungnya lelaki namun Zahirah MacWilson banyak mengajar tentang ‘survival skill’ pada Isaac.
Sejak kecil, Isaac telah dilatih untuk membantunya di dapur dan sebagainya. Jika dilihat, Isaac tidak kekok dan sangat seronok dapat membantu mommynya.
Terbaharu, Zahirah berkongsi sebuah video yang menunjukkan Isaac sedang menjemur pakaian adiknya. Pada usianya 3 tahun, Isaac sangat teruja dan kelihatan seperti sudah biasa melakukan kerja rumah itu.
Bukan itu saja bahkan Isaac juga membantu bersihkan tab mandi Inara serta membasuh pakaian. Selain itu juga, ada momen-momen Isaac memasang katil adiknya.
“Isaac’s always got your back Inara ❤️..”
Melihatkan sikapnya yang baik dan sangat ringan tulang, kita percaya didikan Zahirah dan Aiman telah membentuk peribadi anak mereka. Selain kecerdikannya itu, ramai yang turut memuji Isaac yang mempunyai tutur bicara yang sangat lembut serta petah berkata-kata.
Mungkin juga itulah yang ditunjukkan oleh Aiman Hakim, jadi Isaac banyak belajar dari daddynya. Sama-sama kita doakan semoga Isaac terus membesar dengan sihat serta menjadi anak dan abang yang boleh baik buat keluarganya!
Tiada angin tiada ribut, aktor Azlee Khairi dalam satu perkongsian mengesahkan dia kini sudah berkahwin buat kali kedua. Rupa-rupanya, dia sudah setahun memegang status sebagai suami dan ayah.
Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 bernikah pada Januari 2021 dengan kru penerbangan dikenali dengan nama Nurul Hidayah atau Dhiya.
Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.
Bagaimanapun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi suami orang.
“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.
“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.
“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing masing,” katanya.
Terdahulu, entri perkongsian gambar sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun dimuat naik empat hari lalu di Instagram turut mengundang pelbagai spekulasi.
“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.
“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya.
Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu.
Bagaimanapun kerana situasi semasa COVID-19, perancangan itu tergendala.
“Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.
“Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing masing,” katanya.
Ditanya mengenai kisah perkahwinannya yang terdahulu dan kedua kelihatan penuh misteri dan rahsia, Azlee percaya semua yang terjadi sesuatu yang tak terduga.
“Saya percaya soal kahwin ini paling penting keluarga tahu sudah memadai. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kita ikut rentak saja. Saya ‘just go with the flow’.
“Seperti mana manusia dan lelaki lain yang mendambakan kebahagiaan, saya tidak terkecuali. Cuma ada kalanya apa yang kita harap dan impikan tidak berakhir dengan kemanisan.
“Macam perkahwinan pertama saya yang tidak kekal. Sebelum berjumpa isteri pun saya ada kenal dan bercinta dengan orang lain. Tapi putus di tengah jalan. Ia proses kehidupan yang semua kena lalui.
“Apa pun, saya harap ikatan perkahwinan kali ini akan dirahmati dan kekal sampai bila bila,” kata pelakon drama Hari Kita Jatuh Cinta ini.
Perubahan hormon, berat badan meningkat antara yang sering dialami oleh wanita yang sedang berbadan dua. Demikian yang dialami oleh isteri kesayangan selebriti pujaan ramai, Alif Satar.
Ibu kepada dua cahaya mata baru-baru ini berkongsi cerita dengan memuat naik gambar di laman Instagram bersama suaminya.
Di dalam perkongsian tersebut, Shadila Halid mengakui berasa kurang yakin apabila pengacara itu kelihatan lebih kurus berbanding dirinya.
Bagaimanapun, kapsyen posting berkenaan telah mendapat perhatian suaminya yang meninggalkan komen dengan nada lucu. Namun tidak lupa menyelitkan pujian bahawa isterinya itu masih kelihatan cantik walaupun semakin ‘berisi’.
Perkongsian itu nyata mendapat reaksi dari pengikut pengacara dan juga pelakon ini. Ratarata memberikan pandangan yang sama apabila memuji wanita hamil itu yang kelihatan semakin berseri-seri sejak ‘berbadan dua’.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.