Pemandangan mata bila terasa kabur memang tidak puas melihat rasanya. Sudahlah begitu, mata juga terasa letih apabila dipaksa untuk fokus pada sesuatu objek.
Mencari ikhtiar untuk mengurangkan rabun selain perlu mengenakan cermin mata, tiada salahnya untuk amalkan sebagai mana yang dilakukan oleh wanita ini.
Ikuti perkongsian daripadanya.
Ads
Dulu, saya ni rabun jauh dan rabun silau. Arwah mak ajarkan doa ni untuk saya baca. Malah setiap kali sakit mata (mata merah berair, gatal), mak suruh baca doa ni.
Caranya, bacakan pada air dalam bekas. Kemudian cuci mata dengan air tersebut. Kami dulu ada bekas cuci mata jenama Optrex.
Sekarang dah jarang bacakan kat air. Saya baca ke tapak tangan dan sapu ke mata saja. Baca ayat ni dan doalah minta Allah sembuhkan sakit mata.
Ads
Di samping amalkan doa sakit mata ni, saya juga amalkan pengambilan tomato dan lobak merah. Sayur ni baik untuk kesihatan mata. Buah prun pun bagus juga. Elok amalkan selalu.
Bagi yang sedang sakit mata atau ada masalah rabun bolehlah cuba amalkan. Kita berusaha, yang beri kesembuhan adalah Allah. Untuk saya, alhamdulillah rabun jauh dah tak ada. Cuma silau saja.
Ads
*Doa sakit mata ni dipetik dari Surah Al-Qaf, ayat 22.
Rasanya semua mengenali alatan perubatan terutamanya stetoskop yang sering digunakan setiap kali menjalani rawatan. Selalunya alatan ini diletakkan di aliran dada untuk mendengar bunyi seperti nafas.
Bukan itu sahaja, kegunaan lain alatan ini termasuk memeriksa aliran usus dan aliran darah yang memerlukan seorang doktor memeriksa pesakit menggunakan stetoskop di bahagian selain badan. Namun perkara itu dipercayai jarang dilihat orang, malah ada segelintirnya menganggap perbuatan itu adalah satu jenaka.
Bagi yang ingin mengetahui apakah sebenarnya kegunaan lain stetoskop, mari ikuti perkongsian panjang oleh seorang pengamal perubatan, Dr. Mohd Syamirulah Rahim menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya baru-baru ini. Semoga bermanfaat.
Kelakar kan tengok gambar ini? Seakan-akannya kelihatan seperti doktor tersebut b***h, menggunakan stetoskop yang “sepatutnya” digunakan di dada, tapi diletakkan di mata pula.
Gambar ini di-post oleh sebuah page jenaka. Di ruangan komen penuh gelak ketawa netizen yang pastinya merasakan perkara ini sebuah lelucon.
Percaya atau tidak, saya pernah berhadapan dengan situasi ini. Saya berjumpa seorang pesakit di klinik, pesakit itu baru keluar wad kerana disyaki mengalami serangan strok.
Saya pun menggunakan stetoskop, mendengar bunyi jantung dan paru-paru pesakit itu dengan teliti. Kemudian, stetoskop saya diletakkan ke tepi leher pesakit tersebut. Waris pesakit tersebut bertanya, “Doktor, check apa ye kat situ?”
Saya pun menerangkan kepada beliau dan pesakit, saya sedang cuba mendengar adanya bunyi “Carotid bruit”. Bunyi carotid bruit menandakan adanya sempitan pada salur darah carotid yang membawa darah dari jantung ke otak. Sempitan ini boleh menyebabkan terjadinya darah beku yang menjadi punca strok.
“Oooo..” panjang Ooo yang diberikan. Saya memuji waris pesakit berkenaan yang terus bertanya untuk belajar. Saya tanyakan kepada pesakit, adakah pernah dibuat ultrasound leher? Beliau menjawab ada appointment tapi masih belum sampai tarikh.
Biasanya pemeriksaan ultrasound doppler carotid adalah lebih tepat untuk mengukur adanya sempitan, berbanding pemeriksaan menggunakan stetoskop sebegini. Namun pemeriksaan carotid doppler memerlukan peralatan khas (mesin ultrasound) dan kemahiran khas atau doktor yang terlatih.
Jadi apa yang cuba dibuat oleh doktor di dalam gambar ini? Di dalam gambar ini, doktor cuba mengesan adanya “bruits” pada salur darah mata. Tanda ini dinamakan Riesman Sign. Ia dapat digunakan untuk mengesan adanya penyakit seperti masalah salur darah, Grave’s Disease (penyakit thyroid) atau penyakit-penyakit lain seperti anemia.
Di zaman sekarang, kita sudah ada banyak akses terhadap teknologi. Hampir setiap klinik, sudah ada mesin ultrasound. Hampir setiap klinik, sudah ada mesin analisis darah. Hampir setiap bandar, terdapat hospital yang kita boleh rujuk pesakit untuk buat pelbagai test oleh pelbagai mesin.
Namun di sebahagian kawasan di dunia ini, khasnya luar bandar dan pedalaman, jauh dari akses teknologi seperti yang disebutkan. Pada ketika inilah, skill dan pengalaman seorang doktor akan diuji, untuk menggunakan kaedah-kaedah yang kelihatannya tidak konvensional namun amat penting khasnya melibatkan diagnosis berbahaya.
Cumanya itulah, manusia itu, musuh kepada apa yang dia tak tahu. Dia ingat stetoskop ini gunanya hanya di dada, kerana itu apabila dia melihat gambar ini, dia rasa ia lucu, dia sangka doktor itu b***h. Ubat kepada kejahilan adalah ilmu, dan cara mendapatkan ilmu adalah dengan banyak membaca dan banyak bertanya, inshaAllah.
Ramai beranggapan apabila nak keluar rumah sama ada ke supermarket mahupun mengisi minyak dan sebagainya kena memakai bersama sarung tangan atau glove bagi memastikan virus COVID-19 tidak melekat pada anda.
Tetapi sebenarnya kaedah ini salah sama sekali, bahkan ia boleh mengundang bahaya bukan sahaja kepada diri kita bahkan orang lain. Nak tahu sebabnya, jom baca info dari doktor say_shazril yang memuat naik perkongsian ini di laman instagramnya.
To Glove Or Not To Glove?
Pemakaian gloves pun cukup popular bila sy keluar membeli barang keperluan rumah. Persoalannya, adakah memakai gloves efektif dalam mengelakkan terkena jangkitan COVID-19? Jawapannya TIDAK, MALAH IA LEBIH BERBAHAYA. “Sebab ape pulak doc? Bile pakai gloves takdelah kulit jari kita sentuh virus tu”. Secara teorinya betul apa yg anda fikirkan tapi secara praktikalnya tidak.
Ada dua sebab. Sebab pertama, gloves ni boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus. Contohnya anda beli groceries sambil pakai gloves then dengan gloves yg sama anda bukak pintu kereta, pegang stering, singgah pam minyak kejap & akhirnya buka tombol pintu rumah sebelum anda buang gloves tu. Kalau lah ada virus pada awal2 anda beli groceries tu tak ke dari supermarket, sekarang virus tu dah ada dalam kereta anda, di pam minyak & akhirnya di rumah anda?
Sebab kedua, bila anda pakai gloves somehow anda tak akan basuh tangan dengan lebih kerap yelah sebab mesti anda fikir “selamat dah tangan aku dalam perlindungan gloves ni takyah dah aku basuh tangan” & jika membasuh tangan ini tak dapat dijadikan “habit” bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan gloves?
Sentuh sana sini & tak basuh tangan sebab yelah tiada “habit” itu. Sedangkan jika anda tak pakai glove, anda akan kerap mencuci tangan/ hand sanitize. Lepas beli groceries hand sanitize, lepas isi minyak hand sanitize, sebelum bukak pintu rumah hand sanitize bukankah lebih selamat? Leceh kena hand sanitize sokmo? Sebab tu lah kerajaan suruh duduk rumah!
In a nutshell amalkan nasihat WHO (World Health Organization) yg ternyata efektif, mudah & murah ni: 1) KERAP BASUH TANGAN ANDA DENGAN AIR & SABUN/ HAND SANITIZER 2) ELAKKAN DARIPADA MENYENTUH MUKA ANDA 3) JAGA JARAK ANDA DARIPADA ORANG LAIN SEKURANG-KURANGNYA 1 METER Tambah satu lagi nasihat daripada kerajaan kita 4) DUDUK RUMAH IKUT PERINTAH
Kementerian Kesihatan mengesan kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak, yang berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali, yang setakat ini meragut nyawa lima mangsa.
Kluster berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.
Ini adalah petikan akhbar yang dilaporkan oleh Berita Harian dan salah seorang keluarga mangsa tersebut adalah Sharifah Huzaimah War Al-Edruce.
Lantaran itu dirinya juga turut berkongsi keadaan keluarganya kini dan memohon didoakan kesejahteraan daripada seluruh warganet.
6 April 2020 5.28pm
Update Abah Wan Abdul Rahman bin Wan Zen dari ICU, SGH (ICU Covid-19)
Assalamualaikum wbt
Mak dapat call daripada doktor ICU.
Mak terus inform saya (Anak sulung).
Alhamdulillah kita dapat update yang baik untuk Abah.
Oleh itu saya dengan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
KELUARGA MAK,
KELUARGA ABAH,
KAWAN-KAWAN ABAH,
KAWAN-KAWAN KELUARGA,
JIRAN-JIRAN,
GENG SARAWAK,
DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG MENDOAKAN ABAH,
DAN KAWAN KELUARGA DI LUAR NEGARA..
TERIMA KASIH ATAS DOA ANDA SEMUA.
DAN RAWATAN HEBAT TEAM ICU COVID-19 SARAWAK GENERAL HOSPITAL,
Syukur Alhamdulilah progress kesihatan Abah meningkat amazingly (berkat doa semua YaAllah Alhamdulillah) ,
dan mencapai level oksigen minima yang membolehkan intubasi tidak jadi dilakukan buat masa ini.
Abah masih di ICU dan team hebat Doktor dan Nurse frontliner SGH sekarang sedang monitor dan merawat Abah.
Terima kasih atas jagaan anda semua,
peluang Abah untuk sembuh masih ada.
Syukur Alhamdulillah
ABAH, YOU ARE A FIGHTER ABAH!
YOU CAN FIGHT THIS VIRUS, ABAH!
Untuk pengetahuan semua, di ICU SGH ada 2 keluarga kami
1. Abah (Wan Abdul Rahman bin Wan Zen)
2. Haji Mohammad Ghazali Bin Abd. Rahman (sepupu Abah, anak Allahyarhamah Hajah Rokayah)
Sepupu Abah, Ghazali ATAU WA Mat saya, sekarang berada dalam keadaan kritikal dan sudah di intubasi (bantuan pernafasan).
Kami masih memerlukan doa anda semua untuk mereka.
Jadi, saya merayu agar jangan berhenti berdoa, untuk semua mangsa Covid19. Semoga semuanya dapat sembuh dan dilindungi Allah swt.
Allah Allah Allah Maha Besar Maha Berkuasa
#SUJUDSYUKUR
#JANGANBERHENTIBERDOA
Yang Benar
Sharifah Huzaimah binti Wan Abdul Rahman
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.