Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan bermula 13 Januari yang lalu sehingga 26 Januari ini. Ini menyebabkan persekolahan ditangguhkan dan ibu bapa terpaksa berperanan menjadi ‘cikgu’ di rumah sepanjang sekolah ditutup.
Pelbagai gelagat dan akrenah anak-anak dapat dilihat ketika ini, terutama bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan situasi begini. Bagus juga kan barulah mereka tahu tahap pencapaian anak-anak. Waktu inilah ibu bapa terpaksa menunjukkan segala kemahiran yang ada untuk mengajar anak-anak dirumah.
Dalam satu perkongsian di laman facebooknya, Ketua UMNO bahagian Rembau Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat dilihat mengambil peluang mengajar cucu kesayangannya matematik. Perkongsian Tok Mat itu disertai dengan dua keping gambar nyata mencuri perhatian warganet.
Ads
Rata-rata memuji Tok Mat yang rajin meluangkan masa melayan cucunya, tak kurang yang mengatakan wajahnya yang nampak garang dengan misai tetapi sangat prihatin dan rapat dengan cucunya.
Ads
Sebelum ini Tok juga ada berkongsi gambar cucunya yang baru dilahirkan. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, namun keprihatinan dan kasih sayang seorang datuk kepada cucunya jelas terpancar pada diri Tok Mat.
Ada yang nak jimat dari membeli, maka mereka tanam sendiri. Ada yang hidup dan ada juga yang tidak.
Bagi yang tidak berjaya tanam asyik mati je, bolehlah cuba perkongsian dari Pyan Sempoy ni. Selamat mencuba!
DAUN SUP – sekadar perkongsian
Ada lagi ka yg belum berjaya tanam pokok daun sup ni??
ok nk habaq mai ada 3 kaedah utk tanam pokok daun sup ni..hangpa dah pernah cuba ka tiga2 cara ni ?? jom kongsikan pengalaman & pendapat masing2…
Kaedah pertama : semai biji benih (gambar 1)
Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang (gambar 2)
Kaedah ke 3 : tanam semula anak2 pokok yg tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2 (gambar 3:pindah ank dr pokok guna kaedah no 2)
So boleh pilih nk guna cara mana..sekali tanam ja pokok sup ni..insyaAllah leh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3..
cara saya semai/tanam ada di setiap gambar 1,2&3..selamat mencuba 😃
Kaedah pertama : semai biji benih
Cara saya semai:
1) siapkan media tanam..saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam…lps dh isi ke bekas (cup) saya siram siap2
2) tabur biji benih sikit jer..jgn byk2 🙂 cukup secubit jer tau..tak perlu timbus dgn media lg sbb biji sup ni halus..lps spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah2 media..byk yg gagal sbb ni lah..benih yg bercambah x dpt tembus tanah utk dpt cahaya
3) spray dgn air..cukup 1-2 kali tembak jer
4) letak tempat teduh..nk tutup boleh xnk tutup pon boleh..dlm kes saya, dibiar jer x tutup pon
5) spray 2x sehari pagi & petang..insyaAllah tumbuh slps 7-10 hari..klau 2 minggu x tumbuh2 jugak bererti gagal..kena cuba lagi
Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang
cara saya semai :
1) pilih pokok sup yg masih segar + ada byk akar yg masih warna putih + ada anak / tunas kecil..3 syarat WAJIB !!
2) potong semua batang kecuali tunas2 kecil
3) rendam dlm air bg tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari
4) dh boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar
5) siram sikit2 jer jgn terlebih air..yg ni pon jd penyebab ramai yg gagal sbb media terlalu becek
6) letak tempat teduh dulu 1-2 minggu
tanam semula anak2 pokok yg tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2
cara saya tanam :
1) pokok induk mesti sihat + subur + ada byk anak2 pokok yg baru kluar..pilih yg bersaiz setengah jengkal ke atas jer tau
2) korek atau cabut pelan2..syarat kena ada akar bersama ank pokok tu..klau cabut pastu xde akar baik korang campur dlm sup ja hehe..kena hati2 cabut
3) tanam & letak kat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil
4) siram sikit2 ja, sama mcm kaedah 1 atau 2..jgn terlebih air
Boleh pilih nk guna cara mana..sekali tanam ja pokok sup ni..insyaAllah leh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3..
Moga bermanfaat perkongsian ini. Selamat mencuba!
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Sambutan hari ulang tahun perkahwinan adalah satu perkara yang “wajib” bagi setiap pasangan suami isteri. Mengikut cara tradisionalnya, makan malam romantik atau “candlelight dinner” sudah cukup tetapi pasangan perubatan ini akan menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 di Makkah.
Baru-baru ini, Dr Ahmad Samhan telah memuat naik satu hantaran di Facebook berdedikasi untuk isterinya, Dr Rushaida Zabidi. Beliau berkata bahawa impian isterinya adalah untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka di Makkah serta mengucapkan terima kasih kepada agensi Umrah yang dipilih kerana membantu merealisasikan impian isterinya.
Diilhamkan oleh isterinya, Dr Ahmad mengimbas kembali kepada zaman kesusahan mereka sepanjang 10 tahun berkahwin pada hantaran yang sama.
“Kami diijabkabul di tahun 3 perubatan. Tak mudah berumah tangga ketika masih belajar. Pernah sekali aku betul-betul tak ada duit. Tapi takkanlah dah ada isteri ni aku tergamak nak minta duit belanja dari Abah. Duit aku hanya cukup-cukup beli sepapan telur” luah Dr Ahmad.
“‘Sayang, bulan ni abang mampu beli ni je. Kita makan nasi dengan kicap, telur sebiji kita kongsi ya?’.’Tak apalah, ini pun dah cukup’. Dia masuk bilik ambil marker dan tulis atas telur nombor 1 hingga 30. Tujuan supaya tak masak lebih dari sebiji setiap hari. Aku sebak” jelas beliau.
Dr Ahmad Sahman juga menceritakan kehebatan isterinya menemani dan menjaganya ketika jatuh sakit pada 7 tahun yang lepas.
“7 tahun lepas aku disahkan ada ketumbuhan rahang. Perlu jalani pembedahan besar. Pembedahan ini menjadikan aku manusia bisu. Mulut diikat dengan dawai dan tekak di tebuk. Kaki disimen, minum susu ikut hidung dan kencing melalui tiub. Siksa, Allah saja tahu. Namun, dia tetap setia disisi menemani dan menjaga. Sikit pun tak mengeluh. Dialah yang sentiasa beri kata-kata semangat waktu aku putus harapan. Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh setiap apa yang aku lakukan.”
“Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berkorban. Kerana itu aku berusaha sedaya yang mampu untuk penuhi hasratnya. Nasihat saya untuk suami, hargailah isteri ketika susah dan senang. Jangan lupa pengorbanan dia bila berada di puncak. Layanlah dia sebaik mungkin. Hargai dia. Hari ini dia ada, esok lusa mungkin dia tiada. Kerana apa yang dia buat untuk kita dan keluarga tiada bandingan” nasihat Dr Ahmad.
Hantaran Dr Ahmad Samhan telah menyentuh hati warganet yang sebanyak 23,000 di Facebook. Semoga artikel hari ini memberi manfaat dan inspirasi kepada anda semua. Sayangilah pasangan anda sebelum terlambat.
Doa seorang isteri untuk suami memang mustajab agar diberikan keselamatan buat suami tersayang. Itulah yang dilakukan oleh penyanyi Sarah Raisuddin yang merupakan isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu setelah mengetahui suami tercinta mengambil tindakan untuk melakukan cabaran dengan meletakkan 340,000 ekor di badan mereka di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka semalam. Melalui cabaran itu, melayakkan Shuib Sepahtu kejayaan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR). Tahniah Shuib!
Dalam pada itu, melalui instagramnya Siti Sarah melahirkan rasa terkilan dan bimbang apabila mendapati suaminya tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Hanya menyedari apabila melihat rakan artis memberi komen memberikan ucapan semangat di instagram. Namun, sebagai isteri, Siti Sarah akur dengan kemahuan suami tercinta dan mendoakan cabaran itu berjalan lancar.
Alhamdulillah selesai sudah …. terciptalah lagi satu sejarah Malaysia… saya sangat bersyukur…ini lah dia beeman saya tahniah @shuibsepahtu saya simpan memori tercemas ini dalam hati saya.. i love u sayang.
RISAU KESELAMATAN SHUIB
Semalam rakaman video ini yang dikongsi oleh Siti Sarah memaparkan cabaran apabila badan Suib dipenuhi lebah. Memang mendebarkan buat sesiapa sahaja yang bergelar isteri apabila melihat suami didepan mata dalam keadaan sedemikian.
“dah kene sengat dekat celah peha ???? ya Allah pemudahkan lah….”
Sementara itu menurut laporan Harian Metro, pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu melahirkan rasa bersyukur setelah berjaya menamatkan cabaran dan sekali gus melakar kejayaan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).
“AKHIRNYA saya mampu menarik nafas lega kerana ia berakhir tanpa insiden,” kata pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu selepas melakar nama bagi kategori Bilangan Lebah Terbanyak Pada Badan Manusia (Lelaki) dalam The Malaysia Book Of Records (MBOR), hari ini.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, cabaran terbabit dilakukan bagi mendalami ilmu berkaitan serangga berkenaan memandangkan dia menceburi perniagaan madu.
“Untuk mendekati lebah, saya perlu duduk dekat dan berkomunikasi dengannya, walaupun nampak pelik.
“Sepanjang masa semasa lebah itu hurung badan, amat mencabar bagai dibawa ke alam lain,” kata Shuib.
Shuib berkata demikian ketika ditemui selepas dia bersama seorang lagi rakan artis yang juga pelakon popular Pablo Amirul, mencipta rekod MBOR berjaya dalam cabaran sama dengan meletakkan 340,000 ekor di badan mereka di Taman Botanikal, Ayer Keroh, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.
Suami kepada penyanyi Sarah Raisuddin berkata, walaupun disengat puluhan ekor lebah, namun dia tidak mudah mengalah dan terus bertahan bagi memastikan cabaran itu berjaya.
“Sepanjang waktu itu saya tidak henti bercakap dalam hati agar lebah berkenaan tidak bertindak menyengat.
“Tidak lama selepas lebah itu diletakkan ke badan, saya mula rasakan sengatan di bahagian kaki dan ianya amat sakit, namun saya tidak cepat melatah,” katanya.
Sementara itu, Siti Sarah berkata, pada mulanya dia langsung tidak mengetahui mengenai hasrat suaminya dan hanya menyedari selepas melihat rakan artis memberikan kata semangat.
“Saya mulanya pelik apabila kawan-kawannya memberi kata semangat dan tiada perbincangan antara kami pada awalnya.
“Walau apa pun, saya amat bersyukur cabaran ini berjalan lancar tanpa insiden buruk, sepanjang dia duduk di kerusi itu pelbagai perasaan yang timbul,” katanya.
Katanya, selain doa, dia dan ibu mentuanya melakukan solat hajat bagi mempermudahkan urusan suaminya itu.
Sumber: Instgram Siti Sarah Raissudin dan Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.