Gaya Hidup

“Mok & Pok Keutamaan Hidup Saya”, Mek Yun Mahu Terus Bawa Ibu Bapa Melihat Dunia

Share

Mek Yun berkongsi bahawa tiada perkara yang lebih bermakna dalam hidupnya selain dapat membahagiakan kedua ibu bapanya dengan meluangkan masa dan mencipta kenangan bersama selagi mereka masih sihat.

Bagi pempengaruh media sosial, Mek Yun, tiada apa yang lebih membahagiakan selain dapat meluangkan masa dan mencipta kenangan bersama kedua ibu bapanya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Mek Yun menjelaskan bahawa Mok dan Pok sentiasa menjadi keutamaan dalam hidupnya. Atas sebab itu, dia sering membawa mereka bercuti sebagai tanda menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan sejak membesarkannya.

“Kenapa Mek Yun selalu travel dengan Mok dan Pok? Sebab mereka adalah keutamaan dalam hidup Mek Yun.

“Tak ada apa yang lebih membahagiakan daripada dapat bahagiakan dua insan yang dah berkorban segala-galanya untuk membesarkan Mek Yun,” tulisnya.

Mek Yun Ingatkan Jangan Bertangguh Menghargai Ibu Bapa

Dalam perkongsian sama, Mek Yun turut mengingatkan orang ramai agar tidak menunggu masa yang kononnya sesuai untuk meluangkan waktu bersama ibu bapa.

Menurutnya, ramai yang sering berkata mahu menunggu sehingga mempunyai masa lapang atau kewangan yang mencukupi sebelum merancang sesuatu bersama keluarga.

Namun hakikatnya, tiada siapa mengetahui berapa lama lagi peluang untuk bersama ibu dan ayah akan diberikan.

“Orang selalu cakap, ‘Nantilah… tunggu ada masa, tunggu ada duit.’ Tapi hakikatnya, kita tak pernah tahu berapa lama lagi Tuhan pinjamkan masa untuk kita bersama ibu bapa kita.

“Jadi selagi Mok dan Pok masih sihat, Mek Yun akan terus bawa mereka melihat dunia,” katanya.

Hargai Ibu Bapa Selagi Masih Ada Kesempatan

Perkongsian Mek Yun nyata menyentuh hati ramai pengguna media sosial kerana mengingatkan bahawa masa bersama ibu bapa adalah sesuatu yang tidak boleh diganti.

Mek Yun turut menjadi inspirasi kepada ramai individu supaya tidak bertangguh dalam menghargai ibu bapa selagi mereka masih berada di sisi.

Setiap peluang untuk bersama mereka merupakan satu nikmat yang tidak ternilai. Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa sejak kecil tidak mampu dibalas dengan wang ringgit semata-mata, namun anak-anak boleh membalasnya melalui perhatian, penghargaan dan masa yang diluangkan bersama.

BACA SINI : Mek Yun, Gadis Cina Fasih Berbahasa Melayu Raih 2 Anugerah Banggakan Keluarga

Sumber : Threads Mek Yun