Melalui amalan kejiranan yang baik, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibina. Malah hubungan tersebut terlalu istimewa seakan sebuah keluarga. Saling mengambil berat di antara satu sama lain.
Bahkan jika ada kenduri atau majlis keramaian, pasti beramai-ramai akan hadir dan bukan sahaja sebagai tetamu malah turut sama-sama bergotong royong menjayakan majlis tersebut.
Pun begitu, apa yang lebih menarik lagi menerusi perkongsian video di Tiktok, hal sama juga turut dilakukan oleh sebuah keluarga Melayu ini kepada jirannya yang berbangsa India.
Melalui video tersebut, dilihat seorang wanita India yang cantik mengenakan sari persis pengantin berbual dengan seorang lelaki Melayu bertanyakan pendapat mengenai bakal suaminya apabila meninjau di tingkap sebuah rumah. Lelaki tersebut adalah merupakan jirannya namun apa yang lebih mengujakan netizen, adalah betapa akrabnya mereka seperti adik beradik. Berbual cukup mesra!
Memetik perkongsian penuh gadis tersebut yang dikenali sebagai Darsenee Raja bersama mStar, menurutnya rakaman video itu dibuat ketika majlis pertunangannya yang diadakan di kediamannya di Linggi Port Dickson pada 27 Mei yang lalu.
Darsenee memaklumkan, kehadiran ramai saudara maranya yang datang berkumpul bagi menghadiri majlis tersebut menyebabkan dia memilih untuk bersiap di rumah jirannya itu.
“Bukan saya saja, saudara mara pun sibuk bersiap. Jiran Melayu di sebelah rumah offer untuk bersiap di kediaman mereka.
“Saya tak kisah sebab kami ibarat satu keluarga. Hubungan kami sangat rapat sejak saya dibesarkan di sini, kami sudah kenal 17 tahun,” terangnya.
Darsenee yang juga merupakan guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) akui tidak kekok malah selesa tinggal di kawasan kejiranan Melayu dan akui hubungan mereka sangat akrab.
“Jiran-jiran di sini banyak bantu keluarga saya menguruskan majlis pertunangan ini. Mereka juga tolong susun segala barang-barang termasuk meja dan kerusi di khemah.
“Malah pelamin pun tempah yang majlis kahwin orang Melayu selalu guna, sebab cantik,” ujarnya lagi.
Ads
Menurut Darsenee, dia bersyukur kerana kehidupan bersama jiran-jiran sangat baik seperti sebuah keluarga.
“Kekuatan hubungan kami sesama jiran adalah saling bantu membantu, hormat-menghormati dan berkerjasama.
“Kami hidup bersatu-padu walaupun berlainan agama dan bangsa”, jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira malah teruja dengan keakraban dua bangsa berbeza yang dikongsikan di dalam video tersebut.
Ads
“Kalau di kg ini biasa. Bila jiran sebelah nk kahwin, jiran pon busy macam tuan rumah 😂. tapi memng best berjiran mcm ni. Kalau di bandar memang masing-masing hal sendiri,” tulis netizen.
“Love this type of jiran. Very rare to get. Those have so lucky and blessed,” komen yang lain.
“When he said ranjakani…adoiiii tergelak…😂”, tulis yang lain pula.
“Love this. When we was small, rumah jiran sebelah kanan Malay, kiri Cina depan kristian and im Indian. had an awesome neighborhood 🥰,” kongsi yang lain pula.
Menjadi kebiasaan kita akan menggunakan perkhidmatan surprise delivery untuk memberikan kejutan hadiah istimewa kepada insan tersayang pada hari jadi mereka. Ini akan membuatkan si penerima berasa gembira dan teruja bila menerima hadiah yang dikirimkan.
Sama kisahnya seperti video yang dikongsikan di aplikasi Tiktok yang mencuri tumpuan warganet apabila pemilik akaun @fareehaameera diminta untuk menghantar tembikai yang disolek cantik, lengkap bergaun dan dipakaikan mahkota bak puteri raja.
Kejutan yang dibuat itu adalah untuk diberikan kepada pelanggannya itu cukup rare dan mengundang tawa dan mencuit hati bagi yang menonton video yang dikongsikannya.
Difahamkan, dia diupah oleh anak saudara makcik tersebut. Bahkan mereka merupakan pelanggan tetap dan setiap tahun ada sahaja permintaan yang pelik dan lucu daripada mereka untuk dihadiahkan kepada makcik mereka dengan menggunakan khidmat @fareehaameera.
Respon daripada video yang dikongsikan rata-rata ramai yang terhibur bila melihat hadiah yang unik apatah lagi bila melihat reaksi makcik tersebut yang terlupa dengan nama anak saudaranya itu.
“Mesti mk sedarenye baik sngt..smpai ank sdre syg,” tulis salah seorang daripadanya.
“🤣ya Allahhhh..maaf makcik,sy tergelak🤭tembikai tu Tiber teringat mak c adudu 😅dlm boboiboy🤭,” tulis yang lain.
“Hahahahahha kann. Yg bukan bukan je anak sedaranya pun🤣.”
Turut dikongsikan video yang dirakamkan oleh @fareehaameera beberapa tahun lalu untuk makcik ini yang menerima hadiah surprise yang tidak kurang rare dan unik.
Bertani adalah satu pekerjaan yang mulia. Walaupun mungkin memenatkan pada pandangan sesetengah pihak. Namun hasilnya sangat lumayan. Nak kata peribahasa, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Demikian juga dengan sesebuah kejayaan, takkan dicapai tanpa adanya usaha.Perkongsian saudara Azizul Julirn sangat berinspirasi dan boleh dijadikan contoh terbaik. Hasil usaha gigih ayahnya bertani, dapat membesarkan anak-anak sehingga ke univeriti. Kini, giliran si anak pula menyambung warisan dalam bertani.
Bapa ku, inspirasi ku.
Bapa saya seorang petani. Seluruh hidupnya sejak tamat sekolah darjah 6 adalah bertani sepenuh masa. Rezeki bertani inilah dibuat biaya kami 4 beranak dan belanja kami 2 beradik belajar sampai habis universiti.
Tahun 2015, Daerah Ranau dilanda gempa bumi. Bapa saya antara petani yang terjejas teruk. Sumber air utama ke kebun telah musnah dihanyutkan kepala air pasca gempa tadi.
Tahun yang sama, saya ambil keputusan berhenti kerja makan gaji di agensi kerajaan dan balik kampung mau jadi usahawan tani, bapa saya nda larang dan nda juga sokong. Diam saja. Ya begitulah kebanyakan bapa-bapa pun. Kerisauan itu tetap ada sebab kerjaya petani pada 6 tahun lepas adalah sangat nda trendy bahkan dianggap pekerjaan kelas bawahan.Pendapatan bertani ni nda tetap, main selut, pegang cangkul, berpanas berhujan dll. Apatah lagi kalau graduan universiti. Belajar tinggi-tinggi, balik kampung tanam sayur. Siapa mau kasi jadi menantu kalau begitu? Huh!
Tapi saya tetap percaya, dengan usaha keras dan sikap yang betul, rezeki berbudi pada tanah itu sentiasa ada sebab depan mata saya ada bukti yang hidup, itulah bapa saya. Tahun 2016 saya mulakan Kundasang Aquafarm. Daripada skala eksperimen di IPMB, UMS sehinggalah ke skala komersial di Mesilou, Kundasang. Ramai pihak yang terlibat dalam proses menjayakannya.
Agensi-agensi kerajaan, keluarga, para guru dan mentor, rakan-rakan seperjuangan dalam keusahawanan dan lain-lain. Namun, penyokong No.1 saya tatap bapa saya. Beliaulah yang jadi chief engineer, arkitek, kontraktor, quality control, big bos dan jadi partner sparring antara kami berdua. Soal kerja, berselisih pendapat itu soal biasa. Balik rumah, beliau tetap bapa saya 😊Alhamdulillah selepas 6 tahun, sekarang bapa saya sudah boleh pencen dan buat apa yang beliau suka. Dan saya pula, mewarisi kerjaya bertani tersebut secara sepenuh masa disamping beberapa bidang perniagaan lain yang sedang saya bangunkan.
Kawan saya pernah cakap, orang dulu-dulu mungkin nda berpeluang sekolah tinggi-tinggi macam kita sekarang. Dari segi ilmu, pengalaman, IQ, kemahiran, sikap dan ketekunan yang diorang miliki, jauh lebih hebat. Itulah yang saya nampak ada pada bapa saya, Daddy Joe.PKP 3.0 lepas, kampung kami 2 kali kena PKPD. Maknanya sebulan nda boleh keluar dari kawasan kampung. Saya membawa diri tinggal di rumah kebun. Bapa saya pula buat apa?
Nah! Dalam gambar inilah antara kerja bapa saya masa PKPD. Beliau buat kebun hidroponik vertical di kawasan sekangkang gajah di halaman rumah kami. A to Z beliau bikin sendiri. Sejak Julai lepas, ini pusingan tanaman yang ke 4. Belakang rumah pun ada lagi. Belum masuk lagi projek-projek DIY beliau yang lain. Semoga bapa-bapa kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan tenang menjalani kehidupan.
Seronok kan bila dapat dekor ruang di dalam rumah. Selain ruang tamu dan dapur, tandas atau bilik air juga tak kurang pentingnya. Ruang terhad atau sempit bukan alasan. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.
Menarik perkongsian puan Raja Nurhazwani menerusi Kelab Kaki Deko & Kaki D.I.Y. Daripada tandas lama berubah wajah baru walaupun hanya dengan sedikit sentuhan. Yang penting ruang nampak kemas, menarik dan ceria.
Kalau dah kreatif, guna bahan murah dan biasa pun sudah mampu menyerlahkan sesuatu ruang dalam kediaman. Setujuk tak? Jom kita cuci mata tengok mana tahu dapat ilham untuk tandas rumah kita juga .
Baca sebelum nak kecam!!
“Ok harini haz nak share makeover yang haz dah siapkan untuk Bilik air ni.. Memandangkan bilik air ni xda apa2 masalah jadi haz buat kputusan nk hias la sikit2 bahagian ni.
“Tujuan utama adalah haz nk kawasan ni nampak ceria bukan apa bila kita bangun pagi mesti terus ke bilik air jadi sedikit sebanyak dapat la menaikkan mood ceria.
“Walaupun sebelum ni ada viral kes bahaya pasang wallpaper tapi pada haz benda ni bergantung pada individu tu sendiri.. Kalau xpasang wallpaper pun tapi tandas xjaga tetap ada kuman kan.
“Jadi secara logik akal kalau toilet dah cantik xkan kita nk biar jadi kotor.. Jadi terpulang pada individu tu sendiri..kalau dah rasa lama sgt pakai boleh je bukak terus..🤭🤣
Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.