Duduk-duduk saja mesti seronok kalau ada makanan yang nak dikunyah. Salah satu yang menjadi pilihan adalah biskut. Biskut aneka perisa dengan rasa yang sedap dah tentu menjadi pilihan sekeluarga waktu lepak bersama atau menonton TV kan?
Tidak dinafikan, banyak jenama biskut yang ada di pasaran sehinggakan rambang mata dibuatnya!
Pengusaha perniagaan biskut ni kena kreatif untuk pelbagaikan variasi rasa serta pembungkusan pun kena menarik, barulah orang rasa nak membeli.
Disebabkan itulah Syahid Azizi yang merupakan anak jati Kuala Lumpur berusia 31 tahun ini tidak pernah berhenti untuk memperbaiki mutu dan kualiti biskut keluaran syarikatnya.
Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Zombie Cookies, Syahid berkongsi kisah awal sewaktu mula-mula menjalankan perniagaan ini.
Katanya, idea untuk membuat Zombie Cookies bermula sejak tahun 2018 lagi apabila pasaran biskut di Malaysia tidak mempunyai pembungkusan yang mudah untuk di simpan semula.
“Daripada situ saya terfikir untuk membuat pembungkusan menggunakan ‘stand pouch’ berserta ziplock di mana ia memudahkan pengguna untuk menyimpan biskut tersebut sekiranya ada lebihan.”
Ads
Bermula secara rasmi pada bulan Februari 2019, ketika itu Zombie Cookies hanya dipasarkan melalui ejen-ejen sahaja sehinggalah pada bulan Jun 2019 pihak Watsons telah menawarkan untuk membawaZombie Cookies ke rangkaian kedai-kedai mereka.
Perkembangan perniagaan Zombie Cookies ini sangat laju apabila seterusnya ianya berkembang ke rangkaian kedai serbaneka dan pasaraya besar pula.
Ketika ditanya mengenai siapakah yang menjadi tulang belakang dan menyokong perniagaannya ini,
“Saya selalu mendapat sokongan yang padu daripada orang sekeliling terutama dari pihak keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak membantu saya di dalam memulakan perniagaan.”
Ads
CABARAN DUNIA PERNIAGAAN
Berkongsi kisah jatuh bangun dan cabaran dalam perniagaan, Syahid berkata
“Di dalam perniagaan pasti ada jatuh bangun. Apabila down, saya akan cuba untuk menfokuskan tenaga saya kepada cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang berkait kerana berasa puas apabila dapat menyelesaikan masalah-masalah tersebut.”
“Cabaran kami di dalam perniagaan bermula dari proses pembangunan produk lagi, apabila kami perlu menghasilkan produk yang mampu memberi manfaat kepada pengguna. Peringkat ini merupakan asas yang mampu menentukan jatuh bangunnya sesuatu produk.”
Ads
PENCAPAIAN ZOMBIE COOKIES
Selama 4 tahun menerajui Zombie Cookies, pencapaian terbesar yang diraih apabila memasuki pasaran Watsons yang memiliki 700 cawangan di seluruh Malaysia.
“Kami juga di dalam perbincangan dengan beberapa kedai serbaneka terkemuka di dalam negara bagi membawa produk kami di kedai-kedai mereka.”
Syahid mempunyai harapan yang tinggi pada perniagaannya kerana selepas Zombie Cookies mereka merancang untuk mengeluarkan lebih banyak lagi produk yang dapat memenuhi keperluan pasaran.
“Saya bersyukur dengan pencapaian Zoobie Cookies. Berharap dapat melebarluaskan lagi rangkaian pengedaran kami seperti ke pasaraya besar, kedai serbaneka dan lain-lain,”ujarnya dengan semangat.
Bagi anda penggemar-penggemar biskut, anda pasti akan jatuh cinta apabila menikmati Zombie Cookies yang boleh didapati dalam 4 perisa pisang, red velvet, salted caremel dan mocha.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas membanggakan negara dengan kemenangan dalam pertandingan Ultimate VFX Challenge bulan lalu, Sofynak sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila memuatnaik video kolaborasi bersama idolanya Zach King.
Video ini ternyata sangat menerujakan semua apabila content yang dihidangkan betul-betul ‘next level’.
Kata Sofyank dalam laman Instagramnya,
Selepas 8 tahun saya post video di social media untuk hiburan semua, kali ini saya hadiahkan korang satu video special collaboration antara saya dan idola saya, @zachking . Collaboration ini khas untuk semua yang sentiasa bagi sokongan terhadap video kami.
Bagi yang mengikuti perkembangan Sofyank, semenangnya pemuda ini sangat mengidolakan Zach King. Malah setiap video yang dihasilkan sejak dahulu lagi kelihatan seperti idolanya. Malah ramai yang mendoakan agar kerjaya Sofyank ini berkembang seperti idolanya juga.
Ramai yang berpandangan bahawa kehadiran Sofyank sebagai salah seorang pempengaruh di Malaysia dilihat sebagai inspirasi buat semua terutama golongan muda.
Kandungan yang dipaparkan juga tidak membangkitkan kontroversi seperti yang dilakukan oleh pempengaruh yang lain untuk meraih perhatian netizen.
Menjadi angkasawan adalah impian bagi setiap orang terutamanya kanak-kanak. Kekaguman melihat keindahan ruang angkasa menajdikan impian ini sering di dambakan namun ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikecapi.
Bagi wanita ini, Rayyanah Barnawi yang merupakan seorang penyelidik kanser payudara, dia sangat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2 bersama seorang lagi angkasawan lelaki Ali AlQarni.
Malah, dia merupakan angkasawan pertama wanita yang berasal dari negara padang pasir, Arab Saudi.
Menurut NASA, misi tersebut bakal dilancarkan pada kira-kira pukul 5.37 petang (waktu EDT) pada 21 Mei.
Malah, misi itu akan mengambil masa dalam 10 hari dan ia dirancang untuk berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 8 Mei, sebelum pelancarannya dijadualkan semula pada 21 Mei oleh NASA dan Axiom Space.
Dua angkasawan Arab Saudi itu dijangka menyertai angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang sedang dalam misi selama enam bulan di ISS.
Angkasawan Peggy Whiston dan perintis perniagaan serta juruterbang John Shoffner juga akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa tak terpikat dan jatuh hati bila dilayan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Lebih-lebih lagi kanak-kanak, hati mereka lebih murah terpaut dan melekat kepada individu yang berjaya menawan hati mereka.
Agaknya itulah yang memikat hati Maryam, anak kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar yang dilihat sangat mesra dengan ibu tirinya, Fazeera Nazri Azrai.
Mana tidaknya, menerusi perkongsian di Tiktok boleh dilihat bagaimana akrabnya hubungan mereka. Malah Maryam begitu menyayangi adiknya, Wan Khaleeda.
Fazeera kelihatan sangat lembut dan sabar melayan kerenah anak sulung Fizo itu ketika menjaga puterinya, Wan Khaleeda.
Dalam perkongsian tersebut, Fazeera sempat meluahkan rasa syukurnya melihat kedua-dua puterinya saling menyayangi antara satu sama lain.
“Umi sangat happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila-bila,” tulisnya.
Umum tahu, Maryam merupakan anak sulung Fizo hasil perkongsian daripada perkahwinannya bersama bekas isteri, Mawar Karim.
Melihat keakrabannya menjaga Maryam dengan penuh kasih sayang, rata-rata warganet memuji sikap Fareeza yang melayan anak tirinya itu seperti anak kandungnya sendiri.
“Nampak macam Maryam pulak anak kandung dia. Muka nak sama.
“Kalau semua mak tiri macam ni, mesti aman dunia. Baik je umi.
“Kalaulah mak tiri dalam dunia ni macam ni. Tapi saya tak dapat pun macam ni. Lagi dia buat saya kena buang dengan ayah sendiri adalah. – Komen salah seorang netizen.
@iamfizoomarumi sgt happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila2. ❤️