Bagi mereka yang lahir pada tahun 80an hingga 90-an, memori kedai runcit pintu papan dan bekas duit guna tin dengan sistem pemberat, antara nostalgia yang menggamit kenangan lama
Sukar untuk dicari pada masa kini, tetapi jika anda melalui Jalan Lama, Sabak Bernam Selangor menuju ke Perak, ada satu kedai kayu yang menjual barangan runcit masih wujud sehingga kini.
Struktur bangunan masih utuh dan duit jualan pun masih disimpan dalam tin. Entah berapa generasi pemilik premis itu ya? Pastinya, anda yang melihat bangunan ini terus teringat kampung halaman.
Inilah yang dikongsikan oleh @iamnazirul dalam akaun TikToknya. Video yang dimuat naik pemuda ini membuatkan ramai mengimbau nostalgia.
Bukan setakat teruja, rata-rata warganet yang mengikuti video pendek tersebut masih teringat bau kayu kedai lama tersebut. Paling tak boleh lupa, deretan biskut tin kira timbang. Sekarang pun masih ada peniaga jual, namun cara modenlah.
Ads
Menonton video yang dikongsikan pemuda tersebut membuatkan ramai rindu untuk menjejakkan kaki ke kampung halaman masing-masing.
Kalau sebelum ini pasti ramai yang tidak ambil kisah, namun kesan pandemik Covid-19 dan lama tidak pulang ke kampung membuatkan semuanya terkenang-kenang.
Melatih anak-anak kecil untuk berpuasa bukanlah mudah, dan sebab ini juga ada sebilangan ibu dan ayah membuat tindakan dengan terus memaksa anak-anak untuk berpuasa sehari penuh walaupun mereka sudah seakan tidak larat lagi.
Sungguh, tidak ada salahnya kita mendidik anak sedari kecil sebagaimana kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, dan kita juga percaya bila anak dapat lakukan berpuasa setiap hari, lama kelamaan ibadah ini tidak membebankannya sebagaimana peribahasa Melayu ada menyebut alah bisa tegal biasa.
Pun begitu, dalam menilai wajar atau tidak tindakan kita itu, ayuh kita fahami perkongsian daripada seorang ustaz yang mengajar anak-anak di pra sekolah. Jom semak.
Saya teringat kepada peristiwa beberapa tahun lepas yang telah berlaku di sekolah kami.
Tamat sahaja kelas prasekolah jam 12.00 tengah hari, keluarlah anak-anak kecil pra kami dari kelas menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang. Mak dan ayah semua dah tunggu. Dari dalam bilik, boleh dengar riuhnya suara budak-budak kecil ini bertanya kepada kawan masing-masing tentang puasa ke tidak.
Kami yang di dalam pejabat, melayan ajelah dengan melihat dan mendengar jawapan serta gelak ketawa sesama mereka. Sedang kami perhati, lalulah di luar pintu pejabat kami seorang anak prasekolah. Berjalan perlahan dan duduk betul-betul depan pintu pejabat kami.
Muka dia sayu. Nampak macam menangis. Saya buka pintu dan bertanya,
“Kenapa awak ni? Ada orang usik ke?”
Dia menjawab dalam sendu “Nak minum air, nak minum air. Penat”.
Kawan saya, Amirul pun datang menghampiri kami, lalu berkata “Lah minum ajelah. Pergi kat water cooler tu. Ambil air dan minum”.
Budak tadi menjawab lagi “Mak tak kasi. Nanti mak marah. Mak cubit. Mak suruh puasa. Mak tak bagi minum. Tak nak minum. Tapi haus. Nak minum air, nak minum air”.
Kasihan.
Kemudian datanglah kawan-kawan kami yang lain memujuk. Puas pujuk, dia tak nak juga. Akhirnya, kami sepakat bagi dia sebotol air mineral, paksa dia minum.
Saya gunakan nama saya dan bagitahu “Kalau mak tanya atau marah-marah cakap siapa suruh minum air ni, bagitahu mak, Ustaz Wan yang kasi minum”.
Dia pun minumlah air tu. Adalah dalam 2-3 teguk. Tak nak dah. Bimbang sangat dia kalau-kalau maknya tahu.
Inilah yang kita alami sekarang. Mak dan ayah sibuk suruh anak berpuasa. Bangga sangat anak kecil mereka sudah boleh berpuasa penuh dan ada juga yang berbangga anaknya hanya tinggal beberapa hari sahaja tak berpuasa.
Habis satu kampung dijaja pasal anak kecilnya hebat berpuasa, dimasukkan juga berita tentang anaknya itu ke dalam grup whatsapp minta pujian.
Kalau anak yang tak puasa pula, siaplah diugutnya dengan berkata lebih kurang kalau tak puasa tak dapat beli baju raya, tak dapat duit raya, tak dapat main game dalam telefon dan macam-macam lagilah.
Kawan-kawan,
Sama ada kita mak atau ayah, guru, pengusaha tadika, pengasuh kepada anak-anak kecil ini, pastikanlah kita tak memaksa mereka berpuasa.
Kalau ya pun nak didik dan ajar anak-anak ini berpuasa, tidaklah perlu sampai menyeksa mereka. Tak pasal-pasal pahala yang kita patut dapat berganda di bulan mulia ini, hilang begitu sahaja.
Bagi mak dan ayah, bekalkan anak dengan makanan dan minuman bila dihantar mereka ke sekolah, rumah pengasuh, tadika dan lain-lain tempat yang seumpamanya. Ini kerana memang banyak tempat kita hantar anak tu yang sibuk memaksa anak-anak kita berpuasa. Suruh anak kita puasa, dalam bilik dia ada bau maggi boleh aje kan.
Eh nak termembawang pula.
Anak-anak yang mampu berpuasa tanpa paksaan itu adalah bonus bagi mereka. Itu pun tetap kita kena tanya dia daya ke tidak untuk berpuasa. Yang tak mampu, yang tidak berpuasa, tiada masalah.
Didik anak dengan solat dahulu. Bila dia jaga solat, pandailah dia jaga semua tu.
Lihat mana keutamaan yang perlu kita buat kepada anak-anak dalam mendidik hal-hal agama kepada mereka.
Dahulu, Almarhum Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dah sebut pasal ini. Boleh cari dalam Youtube atau mana-mana sumber dalam media sosial yang lain.
Pahala puasa kita tak akan terjejas apabila kita didik anak-anak dengan cara yang betul dan tidak menyeksa mereka dalam bab puasa.
Bayangkan, andai kita menongkah arus, memaksa mereka, menyeksa mereka dengan menyuruh berpuasa sampai habis, tak bagi mereka makan dan minum apabila lapar sedang mereka masih budak-budak, masih anak-anak kecil,agak-agak kita ini masih diberi ganjaran pahala atau tidak?
Semua dah besar panjang. Boleh berfikir secara waras. Tahu jawapannya.
Sumber : WS Adli W Muhammad,
Didik anak dengan cara yang betul, bukan ikut membuta tuli.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahukah anda banyak kepentingan dan manfaat jika aktif bersenam. Salah satunya mengelak daripada mengalami masalah kerapuhan tulang.
Situasi ini jika tidak dikawal boleh menjadi punca mudah terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan.
Majalah Keluarga mendapatkan kupasan mengenai permasalah ini menerusi perkongsian tip yang di kongsi oleh Dr Sharizan Mohamed Yusoff,Pakar Ortopedik Wanita di Columbia Asia Setapak.
“Sebenarnya badan kita mempunyai sistem muskuloskeletal yang merupakan bahagian badan yang berfungsi bagi menyokong berat dan membantu pergerakan badan manusia.
“Sistem ini terdiri daripada tulang, sendi, otot, ligamen, tendon dan rawan. Sistem ini disokong oleh sejumlah 206 tulang, 230 sendi dan 600 otot yang membantu pergerakan tubuh yang stabil dan kuat ketika melakukan aktiviti.”
“Terdapat beberapa masalah yang sinonim dihadapi oleh manusia berkaitan sistem muskuloskeletal ini iaitu osteoarthritis, sarkopenia dan ostroporisis.”
“Osteoarthritis merupakan jenis arthritis (sakit sendi) yang paling kerap ditemui. Ianya disebabkan oleh kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat (rawan menjadi haus).”
“Rawan sendi berfungsi untuk menyerap hentakan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.”
“Sarkopenia adalah satu situasi atau keadaan yang terjadi apabila manusia kehilangan jisim badan, kekuatan serta fungsi otot.”
“Pengurangan jisim badan dan fungsi otot ini terjadi kerana terdapatnya proses penghancuran (catabolisme) dan pembentukan (anabolisme) di dalam sel otot.”
“Penyakit sarkopenia dapat mempengaruhi sistem muskuloskeletal tubuh sehingga berisiko tinggi menyebabkan penderitanya mudah terjatuh dan cedera.”
“Ostroporisis pula adalah penyakit berkaitan tulang yang akan berlaku apabila kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
“Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.”
SIAPA BERISIKO?
Mereka yang berisiko tinggi menghidapi masalah sistem musculoskeletal ini boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti berikut.
APA TINDAKAN ANDA
Konsep pemakanan sihat (healthy plate) atau Suku Suku Separuh amat sesuai dan berkesan untuk diamalkan.
Anda hanya perlu membahagikan pinggan anda kepada suku pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti, suku pinggan ikan atau ayam, itik, daging mahupun telur serta separuh pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran
Amalkan juga aktiviti senaman ringan bagi yang lebih berusia terutama bagi mereka yang berkerja di pejabat dengan kerap melakukan pergerakan seperti berjalan, menaiki tangga, tai-chi ataupun yoga.
Bagi orang muda, senaman yang lebih agresif agak sesuai atas faktor usia dan kekuatan yang boleh memberikan kesan yang lebih cepat dan baik antaranya latihan di gimnasium, muay-thai, berlari anak (jogging) atau mendaki bukit (jungle tracking).
Keluarga: Semoga kita kekal menjaga kesihatan diri termasuk menjaga pemakanan dan kerap bersenam supaya dapat melakukan rutin harian dengan sempurna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.