Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh dengan keharmonian dan cinta sejati. Tapi, kadang-kadang dalam kesibukan harian, kita terlupa untuk menjaga hubungan itu dengan baik.
Jom semak 21 petua yang boleh bantu eratkan kasih sayang antara suami isteri. Dengan langkah-langkah mudah dan praktikal ini, anda boleh pastikan hubungan kekal mesra dan bahagia, walaupun setelah bertahun-tahun bersama. Jangan biarkan rutin harian menghalang cinta, mari kita buat supaya rumahtangga terus bahagia dan penuh kasih sayang!
21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
Menjadi tetamu Allah tentunya menjadi impian buat kita semua. Peluang bermakna ini juga turut dikecapi oleh pelakon Beto Kusyairy dan diluahkan dengan rasa syukur melalui entri terbarunya.
Menerusi foto yang dikongsi dilaman instagramnya, Beto Kusyairy dan isteri telah berangkat untuk menyempurnakan ibadah umrah pada Isnin.
Kapsyen “Bismillahi Allahuakbar..HambaMu datang menyahut panggilanMu ya Allah”.
Sementara itu meninjau di ruangan komen, rakan artis menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan dalam menunaikan umrah buat pasangan suami isteri ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Begitu juga buat warganet, tak henti-henti menitipkan syukur dan mendoakan agar dipermudahkan urusan pelakon hebat ini dan isterinya ketika dibumi barakah.
Viral! Bila menu ikan singgang dikatakan mampu merawat covid 19, ramai yang google untuk mengetahui resipinya. Namun ada pelbagai versi resipi ikan singgang ni, ada versi Kelantan resipi utara dan resipi versi Terengganu.
Menurut laporan Buletin TV 3 dan akhbar Metro, Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood, menu itu dikatakan sebagai berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob.
Ini kerana bahan masakan seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih dalam menu ikan singgang mampu memusnahkan mikrob dan ia diakui melalui kajian yang dijalankan oleh banyak pihak sebelum ini.
BELUM ADA KAJIAN SAH
Namun, beliau menegaskan supaya jangan keliru bahawa UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19 itu, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.
Apapun tak salah ikhtiar kan. Walaupun menu ini adalah sihat tanpa santan dan banan-bahan ramuannya adalah anti mikrob.
JOM CUBA RESIPI IKAN SINGGANG
Apabila menu ni dah viral, apa kata kita cuba resipi ni. Kepada yang belum tahu cara nak buat menu, boleh cuba. Sebenarnya mudah aje bahan-bahan nak buat ikan singgang ni.
Ikuti perkongsian oleh Myra Suhaimi ini. Jom cuba.
resepi dia bagi
✅ 2ekor ikan kembung
✅ 4cawan air
✅1 ulas bawnag putih
✅5 hiris lengkuas
✅ 3 keping asam keping
✅ 2 cili padi
✅ serbuk kunyit dan garam
campak semua . siap!
VERSI KELANTAN
Tak perlu letak kunyit. Makan dengan budu memang superb!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.