Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur buat kita rasa senang hati. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Itu jika tanaman kita subur dan segar. Macam mana pula jika kesemuanya habis diserang serangga perosak? Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Namun siapa sangka campuran empat bahan ini iaitu bawang putih, cili padi, minyak masak dan sabun mampu menjadi racun pada serangga ini.
Paling best tak hanya serangga tapi juga boleh jadikan semburan untuk kucing dan tikus yang suka meninggalkan najisnya di satu-satu kawasan. Dua haiwan ni pasti takut nak ‘membuang’ di situ lagi. Jom cuba petua ni.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
Ads
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Ads
Botol ‘Spray’
Caranya:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Ads
2. Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
3. Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
4. Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
5. Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau
mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumahtangga bahagia adalah idaman setiap pasangan suami isteri. Namun kadang kala, kesibukan rutin harian dan kerjaya menjadikan hubungan suami isteri renggang. Biarpun perkahwinan itu sudah lama atau baru, sudah mempunyai cahayamata atau belum, rumahtangga itu tetap perlukan hubungan yang mesra agar cinta antara pasangan sentiasa mekar dan bahagia.
Dalam tempoh PKP, mungkin ni lah masa untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Ikuti perkongsian ini yang bermanfaat ini.
Kepada pasangan yang belum dikurniakan anak, PKP boleh menjadi satu pengalaman yang sangat menggembirakan atau sangat sunyi.
Saya senaraikan perkara yang perlu dielakkan untuk menghindari keadaan sunyi dan bosan ketika PKP.
1. Banyakkan berkomunikasi.
– Inilah masanya untuk anda selami hati budi pasangan. Kenal pasangan dengan lebih mendalam dan cuba buat apa yang pasangan suka.
2. Jangan asyik dengan telefon sehingga mengabaikan pasangan.
– Perlu ingat, si dia tiada orang lain selain anda. Tak semua orang minat untuk habiskan berjam-jam di hadapan telefon. Perlu layan pasangan supaya dia tidak rasa dipinggirkan.
3. Lakukan sesuatu bersama.
– Memasak, mengemas dan menghias adalah antara perkara yang boleh dilakukan bersama. Boleh cuba belajar dan buat bersama hobi pasangan. Dari sini, dapat memupuk semangat kerjasama dan menjadikan perhubungan lebih rapat.
4. Jangan terlalu serius, penuhi suasana rumah dengan kegembiraan.
– Bergurau dan bermesralah dengan pasangan. Si dia tiada orang lain untuk bergurau dan bermain. Jadilah “pasangan” dan bukannya “orang asing” semasa di rumah.
5. Solat berjemaah sentiasa.
– Jadilah Imam kepada makmum anda di rumah. Pupuk semangat kerohanian dengan solat bersama.
6. Jangan bermain game secara berlebihan.
– Bermain game itu tidak salah, tetapi jika ia telah mula mencuri masa dengan pasangan, itu tandanya anda sudah ketagih dan mengutamakan game dari pasangan.
7. Jangan layan mesej berbaur lucah di group whatsapp.
– Hormati pasangan anda. Jangan penuhkan masa PKP dengan maksiat dan zina mata. Kepada yang sering berkongsi benda sebegini, insaflah. Berhenti buat benda bodoh sebegitu.
8. Jangan amalkan makan berasingan.
– Makanlah bersama, berbuallah semasa makan, suap menyuap dan memuji masakan pasangan boleh mecambahkan keharmonian rumah tangga.
9. Peluk pasangan sebanyak mungkin.
– Mungkin ada yang tidak faham, sebenarnya pasangan anda sangat sunyi tanpa anak. Mungkin dia jarang tunjukkan reaksi itu, tetapi percayalah yang dia memerlukan belaian, kasih sayang dan tempat untuk meluahkan kasih sayangnya sendiri.
10. Guna masa PKP ini untuk bersama sekerap yang boleh.
– Ikhtiar itu datang dari anda. Cubalah, jangan putus asa. Jangan anggap benda ini remeh. Berusahalah bersama dan hiasi ia dengan penuh cinta dan kemanisan. Saya cadangkan anda mandi bersama dan amalkan pillow talk di malam hari.
Saya doakan kehidupan anda semua dilimpahi dengan kasih sayang dan dikurniakan rezeki zuriat yang sihat walafiat.
Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai pasangan “berdua” yang tidak berasa sunyi dan bosan serta makan hati.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Rumah yang cantik jika dapat dimiliki pasti menjadi suatu kepuasan bagi setiap antara kita. Namun keinginan ini sering juga terhalang untuk direalisasikan bila berdepan dengan bajet kewangan yang terhad. Selain itu, ditambah pula dengan kebimbangan rasa tidak kreatif dalam menghias kediaman.
Alangkah sayangnya, jika semua ini yang menyebabkan anda sekeluarga tidak dapat menghuni kediaman yang cantik dan selesa. Untuk itu, apa kata anda cedok idea dekorasi yang diilhamkan oleh Fatin Amierah Zabri untuk kediaman abang kesayangannya yang baru berpindah di berek polis. Modal yang digunakan pun tidak terlalu mahal namun impaknya cukup luas biasa! Ikuti perkongsiannya.
“Ni rumah abang Fatin, berek polis di pekan, Pahang. Masa mula-mula dapat tau dia dapat pindah masuk ke berek. Fatin mintak gambar seluruh rumah tu. Tak puas hati lagi terus video call sebab nak plan barang apa nak kena beli . Nak datang jenguk takleh . Sebab perjalanan dari Taiping ke sana amik masa 6 jam. Jauh wehhh.Jadi dengan daya imaginasi yang jitu Fatin terpaksa bayangkan susun atur rumah tu. Abang cakap dia nak ‘deco cantik tapi bajet’. Okay , kita cuba penuhi permintaan dia.”
IKEA :
Rak tv RM55, Coffee table RM29 , Cermin RM60 , meja makan RM299 , rak hiasan tak sampai RM100 , lampu RM39.
KAISON :
Wallpaper dua roll RM40 , gambar hiasan total +-RM35 .
Yang lain MR DIY dengan kedai ECO .
Bawak semua barang-barang ni dalam kereta. Dan projek deco dari pukul 2 petang sampai tengah malam . Alhamdulillah siap ! Simple simple untuk orang bujang atau baru kawin.
sumber :Fatin Amierah Zabri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Khasiat bawang khususnya bawang putih memang diketahui sangat bagus untuk kesihatan kita.
Ini kerana bawang putih dikatakan dapat membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
Kajian saintis ada menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).
Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.
Oleh itu, adalah penting untuk kita ketahui cara terbaik untuk pastikan bawang putih yang digunakan dalam masakan juga dapat dikekalkan khasiatnya.
Berkongsi info tentang itu, Dr Zubaidi ada menjelaskannya. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Saya kongsikan lagi tips mendapat nutrisi yang lebih banyak dari bawang putih dan bawang merah.
Ramai yang memotong bawang putih dan merah dan letakkan di dalam mangkuk yang terdedah ke dalam peti sejuk. Ada juga yang meletakkan ke dalam bekas plastik dan kaca.
Ini bukanlah cara terbaik kerana nutrisi bawang-bawang itu akan hilang apabila terdedah terlalu lama. Ia pun boleh menyebabkan bawang-bawang ini diserang kulat.
Simpanlah bawang putih dan bawang merah yang tidak ditinggalkan dan tidak dipotong di tempat yang kering dan sejuk.
Potong bawang apabila mahu digunakan dalam masa 10-15 minit.
Jika sudah dipotong halus dan tidak digunakan, boleh rendamkan dalam minyak kelapa atau minyak zaitun bagi mendapat nutrisi yang lebih banyak.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.