“Selagi mak membebel, selagi tu lah saya yang keras kepala ni melawan. Tapi bila mak dah mula diam.”
Begitu perkongsian ini yang menyentuh mengenai situasi apabila ibu mula membebel.
Saya jadi takut, bila mak dah diam maknanya mak betul-betul marah lah tu.
Bila mak diam saya akan mula ‘behave’. Sekarang saya pula yang ikut sifat mak. Baru saya tahu erti diam mak selama ni.
Ads
Bila mak membebel atau mengeluarkan kata-kata marah dan mengugut, sebenarnya itu bukan lah kemarahan sebenar mak.
Tapi bila seorang mak mula diam. Mak sedang memujuk lidah daripada berkata sesuatu yang buruk bimbang akan terkeluar kata-kata yang akan membinasakan anak sendiri kerana mak tahu, kata-kata adalah doa lebih-lebih lagi kata-kata itu keluar daripada mulut seorang ibu.
Ads
Itu lah mak saya, diam adalah senjata paling mujarab apabila berperang perasaan dengan anak-anaknya yang degil dan kuat melawan.
Sekarang sifat diam mak tu dah ada pada saya. Bila dah penat membebel saya akan diam.
Diam sediam-diamnya. Saya akan settle sinki, masak kemas apa yang patut, bila anak tanya saya diam. Bila anak panggil saya diam.
Bila anak ajak bercerita saya diam. Alhamdulillah dengan cara ini anak-anak saya akan mula membuat apa yang disuruh sebab mereka tahu saya dah marah, saya dah berkecil hati dan saya sedang mengajar lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang akan membuatkan hati mereka terguris.
Sumber: Cik Puan Ammy Menulis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak dinafikan jadi ibu ni besar tanggungjawabnya. Bagi surirumah, kerja yang perlu dibuat semestinya tidak akan habis. Di tambah pula bagi yang bekerja, bertambahlah beban yang dipikul sehari-hari. Dengan nak melayan anak lagi! Fuhhh.
Bila dah sibuk banyak kerja, mula la datang stres melanda diri. Waktu tu, bukan sahaja tak mampu nak fokus pada kerja, emosi juga terganggu sehingga boleh mengalirkan air mata! Tanpa sedar, rupanya anak melihat apa yang kita sedang alami.
Bila berhadapan dengan situasi tersebut, apa yang perlu ibu buat? Jujur atau berdalih supaya anak tidak tahu apa yang ibu rasa? Bagi yang ragu-ragu boleh tengok perkongsian dari Puan Wawa Shauqi.
Jadi mak ni, ada waktu yang saya akui, saya lost balance. Nak jadi mak, nak jadi isteri, nak jadi life planner, nak cope dengan kepenatan mengandung. Semua nak pikul dalam satu masa.
Beberapa minggu lepas, saya burn out. Kepala rasa tepu sangat. Tak terpikul dah rasa.
Malam tu saya menangis teruk. Kebetulan, husband pula sibuk mengurus hal hantar ambil abah dari Pahang ke IJN, balik ke Pahang.
Saya tinggal semua kerja rumah dan menangis di bilik. Datang Aqlan si 6 tahun tu memujuk. Macam anak kecik, saya terus peluk dia. Bahu saya digosok-gosok lembut.
Beberapa minit lepas tu, lega sikit rasa. Agak-agak dah reda, Aqlan tanya saya.
“Mama ok?”
“Mama overwhelmed. Mama stres. Rasa tak larat dah nak kerja.” Kata saya. Tak segan dah tunjuk muka huduh, berselaput air mata.
“Kalau mama tak larat, mama rehatlah dulu. Mama ajar Aqlan. Nanti boleh Aqlan tolong mama sikit-sikit.”
Katanya.
Dengan anak saya yang ni, memang saya sejenis telus je cerita hal ehwal perasaan. Dah macam kaunselor saya buat dia. Bila dia pulak datang mengadu, saya pulak jadi kaunselor dia.
“Mama kena buat apa ye Aqlan? Mama kena berenti kerja ke? Mama kena usaha lagi?”
Saya cuba menguji dia.
“Ikut mama la. Mama nak berenti boleh. Tapi Aqlan suka mama usaha lagi.”
Katanya dengan tenang. Sambil tangan menepuk-nepuk belakang saya.
Waktu awal-awal jadi mak dulu, saya skeptikal juga. Takut sangat, bila kita mudah zahirkan air mata depan anak, anak pun ikut fragile. Tapi, pandangan saya berubah, bila dengar sendiri dari nasihat psikologis.
“It’s healthy. As long as we model healthy coping strategy.”
Meluahkan tak sama dengan mengeluh. Bila kita mengeluh, anak pun belajar mengeluh. Tapi meluahkan emosi yang dihadapi, ia berbeza.
Maknanya,
1) Lebih baik kita telus dan terbuka dalam meluahkan kita punya masalah dan perasaan. Berbanding kita sorok dan tidakkan perasaan sendiri.
2) Bila kita lebih terbuka, dan validate perasaan sendiri, anak pun lebih terbuka dengan masalah yang dia hadapi. Dari situ datangnya rasa selesa untuk mereka datang berkongsi. Dan jadikan kita tempat nak merujuk.
3) Sebaliknya, bila kita sorok masalah, dan tidakkan kesedihan yang kita lalui, anak cenderung untuk ikut sorok masalah dan perasaan sendiri. Itu lebih berbahaya dan meningkatkan risiko depres dalam diam.
4) Kajian dari Journal of Psychology pernah memetik, mak ayah yang selindungkan stres dan masalah yang dihadapi, interaksi di antara anak-anak lebih dingin. Dan hubungan sihat antara anak-anak dan parents susah terjalin.
5) Apa yang terbaik adalah, kita terus terang pada anak. Dan tunjukkan cara kita handle rasa stress tu.
6) Antara ‘coping strategy’ yang boleh kita modelkan pada anak adalah :
🟡 Selesa luahkan perasaan pada anak
🟡 Positive self talk : “Insya Allah, mama akan usaha lagi.”
🟡 Bertaawuz
🟡 Berdoa minta petunjuk Allah
🟡 Deep breathing
🟡 Peluk untuk dapatkan support
🟡 Tulis list strategi/ solusi, macam mana nak selesaikan masalah tu.
.
Awal tu memang tak yakin. Takut anak pun ikut fragile dan tisu macam kita. Sebaliknya saya nampak anak saya ni lebih pandai ekspresikan apa yang dia rasa. Syukur alhamdulillah.
Especially Aqlan. Sebab dia lebih banyak dapat kesempatan berbicara secara terbuka bab emosi dengan saya. Dia tak sempurna. Kuat merengek juga. Kalau marah tu, keluar juga suara singa.
Tapi alhamdulillah, dia mampu terbuka ekspresikan apa yang dia rasa. Dia tak kekok nak minta tolong untuk cope emosi yang dia rasa susah nak cope. Dan masya Allah, dia boleh namakan emosi kompleks yang dia lalui.
.
It’s hard. But possible.
Semoga anak-anak kita jadi anak-anak yang beruntung. Sebab ada mak ayah sendiri sebagai tempat yang selamat untuk mereka tuju. Dan bahu untuk anak bersandar bila rasa perlu.
Meneliti di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh puan Wawa Shauqi ini. Malah ada juga yang mengakui dan turut buat benda yang sama pada anak-anak mereka.
Sumber : Facebook Wawa Shauqi
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketika berpuasa, anak-anak yang masih bersekolah menjadi satu kerisauan buat kita. Walaupun telah mula berpuasa penuh dan beberapa kali berpuasa, ada anak-anak kita yang masih tidak tahan lapar.
Menjelang jam dua, anak-anak mula gelisah dan tidak duduk diam. Sesekeli menjengah ke dapur mengintai apa yang disajikan oleh ibu untuk berbuka petang nanti.
Inilah cabaran untuk melatih anak-anak yang masih bersekolah rendah terutamanya, sehinggalah mereka benar-benar faham erti puasa yang sebenar.
Sebagai ibu bapa, mencari makanan yang berkhasiat dan cuba menggalakkan anak-anak dengan makanan kesukaan mereka demi untuk berpuasa sememangnya adalah baik. Namun begitu harus hati-hati agar jangan memudatkan mereka atau memberi kesan pada puasa yang mereka jalani.
Apa yang boleh ibu dan ayah sediakan adalah rangkaian produk tenusu yang baik dan berkhasiat malah bekalkan tenaga yang baik sepanjang hari. Ikuti tip kepelbagaian susu ini supaya anak-anak lebih kuat dan bertenaga untuk berpuasa sepanjang hari.
Susu Kurma
Rajinkan diri untuk sediakan jus susu kurma buat anak. Rasa lemak kurma ditambah dengan khasiatnya buat anak mampu bertahan lebih lama malah bekalkan tenaga sepanjang hari. Sediakan di malam hari dan biarkan anak minum ketika waktu sahur.
Susu Dan Oat
Jika anak menolak nasi ketika sahur, cuba gantinya dengan oat dan susu. Oat antara bijirin yang mengandungi tinggi karbohidrat dan serat serta membuatkan perut kenyang lebih lama. Lebihkan susu untuk buat perut lebih kenyang.
Susu Vs Pisang
Pisang sangat mudah dicerna. Enzim yang terkandung pada pisang mampu meningkatkan proses pencernaan, meningkatkan tenaga dan memperbaiki proses usus. Jika anak langsung tidak mahu makan, berikan dia sebiji pisang atau lebih dan bekalkan secawan penuh susu segar. Memang mengenyangkan malah buat perut selesa.
Susu Kurma & Badam
Walaupun badam berkalori tinggi namun ia buat perut sentiasa kenyang dan tahan lapar. Disebabkan itulah ramai menggunakan badam dalam diet harian mereka. Ketika sediakan jus susu kurma, tambahkan sedikit badam di dalamnya. Anak tahan lapar dan cerdik.
Pilih Smoothie
Jika anak ada masalah untuk bersahur, beri keistimewaan untuk mereka dengan sediakan Smoothie. Tak perlulah sejuk, cukup hanya dingin bagi menarik perhatian mereka. Gabungkan buah-buahan tinggi khasiat seperti pisang atau mangga dan tambahkan susu segar. Sedap dan kenyang!
Susu Coklat
Jika anak menolak susu putih, sebaiknya berikan mereka susu berperisa seperti coklat dan strawberi yang pastinya buat mereka tertarik. Sedap dan mengeyangkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada yang lebih bermakna sebagai seorang ibu apabila si anak meluahkan rasa sayang dan cinta kepadanya.
Cukup sweet dan bermakna… itu yang boleh digambarkan dengan apa yang dilakukan Bella, anak sulung anak angkawasan negara ini apabila menghadiahkan satu ‘surat cinta’ buat Dr Halina.
Luahan Bella atau nama sebenarnya Sophea Isabella dikongsikan oleh Dr Halina menerusi laman instagramnya.
Terima kasih ibu dan ayah kerana telah melahirkan, membesarkan dan mendidik dengan ilmu agama dan menyayangi saya sepenuh jiwa. Sayang ibu dan ayah.
Tulisan Bella itu benar-benar membuatkan Dr Halina terharu dan hampir menitiskan air mata. Malah, surat tersebut turut mendapat reaksi daripada netizen.
Rata-rata terharu dan memuji cara pasangan ini mendidik anak-anak mereka.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.