Peluang bertemu ustaz Wadi Anuar membuatkan Yatt Hamzah meminta penceramah menitipkan doa dan pesanan buat para ibu khususnya yang bergelar surirumah.
Berbahagialah wahai ibu2 yg menjaga anak2 siang malam terutama buat semua SURI RUMAH di luar sana. Sesungguhnya TIGA KETUA WANITA SYURGA ADALAH KESEMUANYA SURI RUMAH. Dan sekiranya dapat mendidik 1 atau 2 anak perempuan dengan baik di atas jalan Allah, maka SYURGALAH JAMINAN BUAT IBUNYA.
Membesarkan anak2 dan menguruskan rumah adalah sebenarnya TUGAS NOMBOR 1 PALING TINGGI di sisi Allah, maka jangan pernah rasa rugi. Itulah jihad buat seorang wanita bergelar IBU. MashaAllah Tabarakallah.
Perkongsian tersebut membuatkan Yatt Hamzah berasa cukup sebak dan terharu. Sementelah dia sendiri menguruskan enam anak sendirian memandangkan suaminya banyak kerja di luar.
Pesanan ini buat Bonda dan semua wanita bergelar ibu terutama yg bergelar SURI RUMAH.
Sekarang, SENYUMLAH penuh BAHAGIA..
Ads
Terima kasih Tuan Guru @ustazwadiannuar atas pesanan dan doanya buat kami suami isteri. In shaa Allah akan kami sama2 amalkan. Alhamdulillah.
Melalui fasa sakit kontraksi ketika hendak melahirkan anak membuatkan ramai ibu berasa serik atau ada yang sampai trauma untuk mengandung dan bersalin lagi.
Ada bakal ibu yang terpaksa melalui fasa kontraksi yang panjang dan lama. Ini membuatkan ada kalangan ibu yang pertama kali bersalin rasa tertekan dan serik.
Tetapi biasanya perasaan serik untuk bersalin lagi hanya seketika sahaja. Selepas beberapa minggu bersalin dan menghabiskan masa bersama si comel, ibu akhirnya mengakui pengalaman melahirkan anak walaupun agak ‘terseksa’ tetapi sebenarnya sangat manis untuk dikenang.
Paling mengejutkan ramai ibu yang sudah habis berpantang mengakui rindu momen mereka mengandung dan melahirkan anak.
Apatah lagi bila anak sudah semakin membesar, ibu biasanya sedar yang mereka rupanya tidak serik bersalin dan bersedia untuk mengandung lagi.
Justeru, sebagai bakal ibu seharusnya mereka membuat persiapan dari segi mental dan fizikal sebelum bersalin. Maka ibu hamil kena rajin mencari ilmu persediaan kehamilan dan kelahiran melalui webinar, e-workshop dan kelas antenatal.
Kalau mama tak tahu mana nak cari platform ilmu persiapan bergelar ibu, boleh sertai webinar percuma “Aku Tak Serik Bersalin” anjuran Pa&Ma yang bakal berlangsung secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.
Menampilkan barisan speaker-speaker hebat yang berpengalaman luas dalam bidang kehamilan, kelahiran, penjagaan bayi dan persiapan secara emosional dan spiritual iaitu Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Putri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Semua peserta berdaftar bukan sekadar berpeluang mendengar perkongsian ilmu daripada speaker-speaker tetapi mereka juga dapat bertanyakan soalan secara langsung ketika sesi live setiap speaker.
Webinar percuma ini sangat menggalakkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata untuk menyertainya sebagai persediaan bersama.
Mereka juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menawarkan barangan bayi dan ibu. Jadi rugi kalau bakal papa mama tak join webinar percuma ini.
Kalau zaman dulu-dulu, nak cantikkan rambut kita biasanya menggunakan kaedah guna santan dan hampas kelapa untuk merawat dan mencantikkan rambut. Tapi tahu tak limau purut pun banyak khasiatnya dalam mencantikkan rambut. Disebabkan itulah banyak produk di pasaran menggunakan limau purut dalam produk kecantikan mereka.
Walaupun kita sekarang dah moden dan lebih cepat kalau guna produk dipasaran, tapi petua tradisional jangan pula dilupa. Kadang-kadang mencuba petua tradisional ni lebih asli dan hasilnya pun lebih mantap.
Perkongsian Ibrisam Wossali di facebooknya yang melakukan sendiri skrub limau purut di rumah boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Hanya ambil daun limau purut dibelakang rumah sahaja.
Katanya lagi, dia dan keluarganya sering mencuba malah dah lama cuba petua skrub limau purut ni. “Saya ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah untuk mendapatkan buah limau purut. Skrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut,” begitu katanya.
Cara Membuatnya:
1. Basuh bersih limau purut.
2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)
3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.
4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.
Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi.
Kelebihan Daun Limau Purut
Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik. Antara kelebihan daun limau purut adalah:
1. Hilang Bau Busuk
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.
2. Pewangi Semulajadi
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.
3. Putihkan Gigi
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.
3. Wangikan Badan
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.
4. Tambah Selera Makan
Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.
Sumber DIY: Ibrisam Wossali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Muruku antara hidangan snek yang ramai menggemainya. Rasanya yang ranggup dan berempah membuatkan tidak jemu untuk dimakan sebagai kudap-kudapan sepanjang hari, sedar-sedar satu balang pun boleh habis licin ‘dikerjakan’!
Jika begitu gayanya, eloklah jika hari ini kita sediakan sendiri menu kudapan untuk keluarga. Maklumlah bila masak sendiri banyak jadinya dan sekali gus lebih banyak kita anak beranak boleh manikmati keenakan rasa muruku tersebut.
Jika tidak tahu cara membuatnya, usah bimbang. Ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Puan Masnira Mohamad. Difahamkan dengan memasak dan menjual muruku inilah dia mencari rezeki untuk keluarganya. Pastinya resipi yang dikongsikan ini cukup enak.
Peluang Bisnes
Menurutnya lagi, resipi yang dikongsikan ini adalah resipi yang diperolehi di dalam group memasak dan digabungkan bersama dengan resipi daripada kenalan berbangsa India.
“Tak sangka pun rezeki dalam buat muruku ni.. Bermula bisnes muruku ni masa raya haji tahun lepas.. Dalam kehidupan dunia yang penuh cabaran ni Alhamdulillah Allah bukakan jalan dalam buat bisnes muruku ni..”
Ujarnya lagi, “pada korang yang nak jana income tu boleh jer buat bisnes muruku.. Resepi muruku yang saya buat ni bukan masuk kelas apa-apa pun.. Hanya ambil resepi dalam group ni dan combined dengan resepi aunty india yang niaga rempah kat pekan.
“Cubaan pertama buat terus masuk order.. Alhamdulillah.. Sampai sekarang order tak pernah putus.”
Kongsi Resipi
Kat sini sy share resepi yang saya buat yer.. Korang boleh je guna resepi ni.. tak paham boleh jer pm personal untuk lebih detail.. Kadang nak terangkan lebih detail kat sini susah sikit.
Bahan-bahan:
1 pack tepung muruku ( tak kisah cap apa pun)
1 pack tepung pulut 500grm ( ni untuk effect muruku lebih rangup lagi)
6 ulas bawang putih}
1 sudu sup jintan manis}
1 sudu sup jintan putih}
1/2 kotak santan kotak}
3/4sudu garam}
Yang tanda ni } kena blend tau
1 sudu sup jemuju ( beli kat kedai india)
2 sudu sup majerin
Cara Buat :
Semua bahan tu di adun tau. Nak bancuh tu, air agak-agak lah ye kawan2.. Buat sampai jadi doh tau.. Sebab air tak ada sukatan tau.. Jadi susah saya nak bagi sukatan air tu..
P/s : Air tu kalau boleh masuk sikit demi sikit yer.. Agak-agak jadi doh macam nak buat roti canai tu kira jadi la tu.. Semoga dapat manfaat untuk kawan-kawan dalam group MAHN..
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.