Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Keluarga kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Peniaga Ni Kongsi Cara Buat Muruku. Rupanya Ada Bancuhan Tepung Lain Kena...

Peniaga Ni Kongsi Cara Buat Muruku. Rupanya Ada Bancuhan Tepung Lain Kena Masukkan Nak Bagi Lebih Rangup & Sedap!

Muruku antara hidangan snek yang ramai menggemainya. Rasanya yang ranggup dan berempah membuatkan tidak jemu untuk dimakan sebagai kudap-kudapan sepanjang hari, sedar-sedar satu balang pun boleh habis licin ‘dikerjakan’!

Jika begitu gayanya, eloklah jika hari ini kita sediakan sendiri menu kudapan untuk keluarga. Maklumlah bila masak sendiri banyak jadinya dan sekali gus lebih banyak kita anak beranak boleh manikmati keenakan rasa muruku tersebut.

Jika tidak tahu cara membuatnya, usah bimbang. Ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Puan Masnira Mohamad. Difahamkan dengan memasak dan menjual muruku inilah dia mencari rezeki untuk keluarganya.  Pastinya resipi yang dikongsikan ini cukup enak.

Peluang Bisnes

Menurutnya lagi, resipi yang dikongsikan ini adalah resipi yang diperolehi di dalam group memasak dan digabungkan bersama dengan resipi daripada kenalan berbangsa India.

“Tak sangka pun rezeki dalam buat muruku ni.. Bermula bisnes muruku ni masa raya haji tahun lepas.. Dalam kehidupan dunia yang penuh cabaran ni Alhamdulillah Allah bukakan jalan dalam buat bisnes muruku ni..”

Peniaga Ni Kongsi Cara Buat Muruku. Rupanya Ada Bancuhan Tepung Lain Kena Masukkan Nak Bagi Lebih Rangup & Sedap!
Ujarnya lagi, “pada korang yang nak jana income tu boleh jer buat bisnes muruku.. Resepi muruku yang saya buat ni bukan masuk kelas apa-apa pun.. Hanya ambil resepi dalam group ni dan combined dengan resepi aunty india yang niaga rempah kat pekan.

“Cubaan pertama buat terus masuk order.. Alhamdulillah.. Sampai sekarang order tak pernah putus.”

Kongsi Resipi

IKLAN

Kat sini sy share resepi yang saya buat yer.. Korang boleh je guna resepi ni.. tak paham boleh jer pm personal untuk lebih detail.. Kadang nak terangkan lebih detail kat sini susah sikit.

Bahan-bahan:
1 pack tepung muruku ( tak kisah cap apa pun)
1 pack tepung pulut 500grm ( ni untuk effect muruku lebih rangup lagi)
6 ulas bawang putih}
1 sudu sup jintan manis}
1 sudu sup jintan putih}
1/2 kotak santan kotak}
3/4sudu garam}
Yang tanda ni } kena blend tau
1 sudu sup jemuju ( beli kat kedai india)
2 sudu sup majerin

Cara Buat :

Semua bahan tu di adun tau. Nak bancuh tu, air agak-agak lah ye kawan2.. Buat sampai jadi doh tau.. Sebab air tak ada sukatan tau.. Jadi susah saya nak bagi sukatan air tu..

P/s : Air tu kalau boleh masuk sikit demi sikit yer.. Agak-agak jadi doh macam nak buat roti canai tu kira jadi la tu.. Semoga dapat manfaat untuk kawan-kawan dalam group MAHN..

IKLAN

Selamat mencuba yer

Sumber : Masnira Mohamad

Peniaga Ni Kongsi Cara Buat Muruku. Rupanya Ada Bancuhan Tepung Lain Kena Masukkan Nak Bagi Lebih Rangup & Sedap!

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

IKLAN

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Peniaga Ni Kongsi Cara Buat Muruku. Rupanya Ada Bancuhan Tepung Lain Kena Masukkan Nak Bagi Lebih Rangup & Sedap!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI