Medu atau gastrik sejenis penyakit angin. Pernah tak anda alami masalah ini? Selain berjumpa doktor, sebenarnya ada cara tradisional yang boleh membantu masalah medu atau gastrik ini.
Sepertimana yang dikongsikan puan Syirahimie Azmie tentang sejenis rumput yang tumbuh di kawasan rumahnya, rupa-rupanya boleh membantu masalah medu atau gastrik.
Tak sangka rumput yang tumbuh meliar tu rupanya ada manfaat untuk kesihatan. Kalau sebelum ini nampak semak, tetapi memandangkan ia bermanfaat tak salah kan kalau disimpan.
Assalamualaikum pada kawan semua..sis nak share sejenis rumpai yang kebetulan tumbuh di kawasan rumah sis..(spesis rumput…tidak berdahan atau berbatang)
kebetulan lepas cucuk sis alami gerb atau medu atau gastrik..
Ada seorang pakcik bagi tahu pokok ni sesuai untuk penyakit tersebut dan jugak sesuai untuk ibu2 yang mengalami meroyan..
Ads
Pokok ni di kampung sis orang panggil pokok/akar kerak nasi..spesis rumput tapi berbunga2..
Caranya..
Basuh bersih2 rumput ni.
Ads
Time nasi nak masak ..swiss dah off..buh je rumput ni….letak dlm 5-10minit…dah kecut..kluarkan..boleh dimkn dgn nasi sebgai ulam..sis dah try….
Mungkin ramai tak tahu, selain memberi sumbangan dalam bentuk wang, kita juga boleh gunakan wang tersebut untuk wakaf Al-Quran.
Bagi yang ingin tahu, sebenarnya ia merupakan cara menyerahkan sumbangan dengan niatkan atas nama-nama mereka yang menyumbang. Sebagai contoh, meletakkan nama ibu bapa, anak atau pasangan kita baik yang masih hidup mahupun yang sudah tiada atas sumbangan tersebut. Selama mana ianya dibaca, moga mengalirlah pahala buat mereka yang kita niatkan.
Sehubungan itu, satu projek Wakaf Quran Untuk Hospital Dan Pusat Kesihatan dilaksanakan bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ideaktiv, TV AlHijrah, Sinar Harian dan Majlis Dakwah Negara. Sebuah solidariti Ummah untuk Ummah.
Sumbangan wakaf al-Quran Mu’jam, terjemahan per kata dan Tajwid berwarna ini bagi membantu para petugas, pesakit dan orang awam memahami isi al-Quran untuk panduan, peringatan, petunjuk dan penyembuh dikala kita menangani pandemik Covid-19 dan seterusnya.
SSehingga jam 9 pagi selasa 7.4.2020, sebanyak 10,309 naskhah Al-Quran wakaf telah kami terima. Kami mensasarkan 15,000 naskhah lagi untuk agihan di hospital utama dalam 200 naskhah, 60-100 untuk hospital biasa serta pusat kuarantin dan 40 naskhah untuk klinik kesihatan.
Al-Quran Mu’jam. Terjemahan per kata dan Tajwid Berwarna, bagi membantu semua saudara kita di hospital untuk Berinteraksi dengan Al-Quran; membacanya dengan baik dan memahami isi Al-Quran. Melalui TV Hijrah setiap hari, ada panduan yang kami berikan di Malaysia #QuranTime jam 12 dan ulangan jam 10/11 malam.
#QuranTime CORNER juga akan diaktifkan menjelang Ramadan ini di hospital dan klinik kesihatan sebagai inisiatif berinteraksi dengan al-Quran; Baca, Faham dan Amal.
Sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lepas, agihan segera telah dilakukan sejak hari Sabtu dan semalam agihan telah kami buat ke pusat kuarantin yang menempatkan sekitar 200 orang serta ke Hospital Sg Buloh yang menempatkan ramai pesakit serta petugas.
Sumbangan wakaf ini akan dimanafaatkan untuk menggerakkan #QuranCorner yang mana ia akan menjadi ruang untuk sesiapa sahaja yang berada di hospital memanfaatkan ruang tersebut untuk berinteraksi dengan Al-Quran walaupun sekejap.
Semoga dengan sedikit masa bersama Al-Quran yang besar kesannya sebagai panduan, peringatan, penyembuh, ia menjadi cara untuk Rehat & Rawat, Biidznillah.
Wakaf Quran inj juga Insyaallah menjadi sedekah jariah kita. Dari ummah untuk ummah kerana orang Mukmin itu seperti satu tubuh. Kita ikut merasa luahan penat, derita sakit yang ditanggung oleh saudara kita.
Wakaf juga adalah cara kita yang menyumbang untuk membebaskan diri kita dari cinta harta yang salah di hati. Wakaf yang dilakukan secara sukarela adalah hadiah kita kepada sesama sehingga ia menimbulkan rasa kasih kepada penerima. Itulah psikologi wakaf sebagaimana yang ditulis oleh SS Prof Dr Ali Gom’ah, Mufti Mesir.
Semoga dengan formula wakaf ini, terbit rasa kasih pada sesama, lahir ramai rakyat Malaysia yang lebih baik dan akhirnya terbina Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, Biidznillah.
Orang ramai yang ingin berwakaf boleh melakukan demikian. Wakaf dibuka sekarang, RM45 senaskah, dengan sasaran 15,000 naskah untuk semua hospital dan klinik kesihatan seluruh Malaysia.
Berwakaflah atas nama sendiri, keluarga dan juga untuk ibu ayah sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Juga buat syarikat-syarikat yang ingin menyumbang kepada komuniti atau hospital.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Maksud pepatah ini sangat sesuai bila dikaitkan dengan rezeki yang diperolehi oleh seorang pemuda yang berasal dari Selangor ini apabila namanya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.
Umum mengetahui kerajaan Arab Saudi telah mengenakan beberapa syarat khas bagi melindungi daripada penularan pandemik COVID-19. Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi tahun ini dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja.
Memetik berita di Harian Metro, Ahmad Najhan yang juga seorang jururawat wad pembedahan di Hospital Pakar King Faisal, Jeddah antara 263 rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Malaysia yang dipilih menunaikan haji menggunakan kuota Arab Saudi.
“Saya bersyukur dan menangis sebaik diberitahu nama saya terpilih dalam kalangan 60,000 jemaah haji kuota Arab Saudi untuk menunaikan rukun Islam kelima ini,” kata Ahmad Najhan Hassim, 30.
Berkat Jaga Orang Tua
Bagaimanapun, dia menganggap tuah itu kerana berkat menjaga arwah ibu bapanya sebelum dia memilih untuk berangkat ke Arab Saudi untuk bekerja.
“Sebaik nama saya terpilih, saya terus terbayang di fikiran wajah ibu dan bapa yang sudah meninggal dunia.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi menerusi Facetime, hari ini.
Dia yang berasal dari Taman Seri Gombak, Selangor berkata, dia terpilih bukan atas tiket paramedik atau petugas kesihatan tetapi sememangnya sebagai jemaah haji untuk 2021.
“Syarat untuk jemaah haji dibuka kepada mereka yang berada di Arab Saudi iaitu bekerja dan bermastautin di sini.
“Saya difahamkan, lebih 500,000 permohonan diterima, hanya 60,000 dipilih dan daripada jumlah itu 263 adalah rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sini,” katanya.
Terpilih Tunai Rukun Islam
Menurutnya, dia mendaftarkan diri pada 13 Jun lalu dan dua minggu lalu menerima perkhabaran gembira dia dipilih menjadi tetamu Allah itu.
“Mungkin ini berkat dan jasa saya menjaga arwah ibu dan bapa yang meninggal dunia 2014 akibat sakit tua.
“Saya tidak boleh mengupah haji untuk mereka sebab saya sendiri kali pertama menunaikan ibadah ini,” katanya yang masih bujang.
Anak ketujuh daripada lapan beradik itu berkata, dia pun tidak menyangka dalam usia 30 tahun dan cabaran menghadapi pandemik itu dia terpilih menunaikan rukun Islam itu.
“Sebenarnya saya sudah membuat permohonan sejak tahun lalu menggunakan kuota kakitangan hospital.
“Tetapi tahun lalu, hanya seorang saja dari hospital kami dapat panggilan ini.
“Saya percaya jika belum rezeki dan panggilan Allah belum tiba buat kita, kita mohon macam mana sekalipun pasti bukan rezeki kita,” katanya.
Menurutnya, dia berpuas hati dan memuji pengurusan cekap Kementerian Haji Arab Saudi yang menguruskan jemaah dengan sangat lancar dan teratur.
“Alhamdulillah kita perlu akur dengan keadaan semasa, pengurusan yang sangat teratur dan khemah semua mempunyai penghawa dingin.
“Malah, saya menggunakan pakej ‘semi VIP’ berharga sekitar RM14,000 dan diharap semuanya dipermudahkan,” katanya.
Menurut Ahmad Najhan yang sudah tiga tahun bekerja di Arab Saudi, syarat menunaikan haji kali ini perlu lengkap menerima dua dos vaksin jenis Pfizer atau Astrazeneca dan tidak perlu melakukan ujian calitan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kadang-kadang bila satu keluarga asyik sibuk, ibu ayah dengan kerja dan anak-anak pula dengan sesi persekolahan sepanjang hari membuatkan kita terlupa satu perkara penting. Apa tu ya? Bonding time bersama keluarga!
Cuti sekolah selalunya jadi peluang buat satu famili untuk tarik nafas, slow down dan ‘kumpul’semula detik yang mungkin terlepas. Biar sesibuk mana kita mengejar kesibukan, hati keluarga tetap perlukan ruang untuk berhibur dan kembali rapat macam dulu.
Hmmmm.. Tiba-tiba rasa diri perlukan masa untuk healing bersama pasangan dan anak-anak.
Hiburan bukan sekadar hiburan. Kalau tepat pilihan yang dibuat, ia akan menjadi alat bantu parenting yang sangat membantu sepanjang cuti sekolah. Dengan Astro One, anak-anak terhibur dengan kandungan selamat, ibu ayah dapat rehat sekejap dan semua orang tetap dapat masa bonding yang bermakna.
Eh, dah macam bagi keluarga kita oksigen tambahan! Terasa ringan, segar, dan menenangkan.
Cuti sekolah selalu buat rumah jadi meriah, kadang-kadang tu sampai pening nak cari idea untuk buat anak tak rasa bosan dan sentiasa seronok di rumah. Maklumlah anak-anak ni tak boleh duduk diam, bila tak ada apa nak buat mulalah nak tengok skrin kan!
Itulah yang ibu ayah cuba nak elakkan, risau kandungan atau anak lama sangat ‘melekat’ dengan skrin. Jangan risau tau sebab ada penyelesaiannya, semua orang akan dapat untung!
Dengan satu langganan saja, Astro One terus bagi seisi keluarga akses ke pelbagai hiburan termasuk saluran kanak-kanak dan Disney+. Semua dalam satu tempat, tak payah pening.
Anak-anak boleh pilih apa yang mereka suka, dari kartun ke pembelajaran ringan hingga filem mesra keluarga. Antara pilihan terkini yang confirm buat anak tersenyum panjang adalah seperti Bluey di CBeebies, Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup di Astro Ceria, SpongeBob SquarePants di Nickelodeon, dan Lilo & Stitch di Disney+.
Semua kandungan mesra kanak-kanak yang bukan saja menyeronokkan, tapi buat mereka kekal engaged tanpa buat ibu ayah risau.
Siapa kata hiburan hanya untuk anak? Bila mereka leka dengan rancangan kegemaran, ibu ayah boleh rehat sekejap sambil layan program sendiri seperti Gegar Vaganza 2025, Muzikal Lawak Superstar 2025, Mutiara Dalam Debuan Kabus, atau Fantastic Four: First Steps di Disney+.
Best betul bila dapat masa tenang yang jarang-jarang hadir tu!
Seronok juga bila seluruh keluarga menonton bersama. Gelak serentak, terkejut sama atau kongsi komen spontan. Astro One buat aktiviti menonton tu jadi experience yang lebih lembut di hati. Ini detik-detik kecil yang anak akan ingat bila mereka dewasa nanti.
Semua hiburan ni boleh dinikmati bermula hanya RM69.99 sebulan, siap dengan pemasangan percuma. Sangat mudah untuk mula, sangat berbaloi untuk keluarga.
Cuti sekolah tak perlu stres, jadikan rumah lebih seronok dengan Astro One. Tawaran ini terhad sehingga 31 Jan 2026. Langgan Astro One sekarang dan jadikan setiap cerita keluarga anda lebih bermakna musim cuti ini. Layari astro.com.my atau ke premis Astro untuk maklumat lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di