Dunia yang terpaksa dihadapi anak-anak zaman sekarang sangat mencabar. Sedangkan lagu Hari Raya yang sejak zaman-berzaman memuji keagungan Allah dan menggamit kenangan bersama Ayah Bonda kini dicemari hingga hilang izzah, kesopanan dan kesusilaan, apatah lagi perkara lainnya.
Zaman anak-anak kita adalah zaman membuka aib dan kebodohan diri sendiri di media sosial untuk di war-warkan kepada dunia sedangkan Allah SWT sentiasa menutup aib kita.
Zaman para narsis bermaharajalela hingga sanggup melakukan apa sahaja demi ‘like’, diiktiraf dan dijulang pengikut yang terpesona.
Zaman spesies yang songsang dan melawan fitrah ciptaan Allah SWT diraikan, diberikan hak, disanjung, dikagumi dan dikasihani.
Zaman penipu menggunakan pelbagai cara untuk menjerat mereka yang terleka agar dapat hidup mewah dengan penipuan itu, malah tidak malu mempamerkan kemewahan hasil enipuan.
Zaman di mana professional yang selama ini dihormati dalam masyarakat sibuk mengejar glamor dan populariti di media sosial hingga sukar untuk membezakan antara intan dan kaca.
Ads
Zaman teknologi berkembang tetapi jiwa mengecut hinggakan semua perkara dirakam dan ditularkan dengan rasa bangga tanpa mengira akibatnya.
Zaman ramai yang menjadi pakar tahu serba serbi walaupun itu bukanlah bidangnya, malah mungkin belajar pun tidaklah setinggi mana.
Zaman para suami, isteri, ayah dan ibu tidak malu menonton perkara lucah, beraksi lucah, menuturkan perkataan lucah, bergurau lucah, menampal pelekat dengan kata-kata lucah secara terbuka.
Ads
Zaman orang Agama bertelagah dan menyindir di platform umum, malah ada yang mulut ringan mengeluarkan perkataan carutan apabila tidak sekepala.
Apa yang dihadam oleh anak-anak kita dari semua ini?
Membesarkan anak zaman dulu dan zaman sekarang tidak sama.
Buat ibu ayah yang mana ada anak-anak yang bakal bersekolah darjah satu pada tahun hadapan (2022) diingatkan perlu untuk membuat pendaftaran secara online yang telah pun di buka pada 1 Mac yang lalu.
Pastinya, ada sebahagian antara kita masih belum mengisi dan tercari-cari fakta dan info tentang itu. Bahkan tidak dinafikan ada juga ibu ayah yang agak keliru bila mengisi borang online pada bahagian rekod imunisasi anak.
Bagi memudahkan ibu ayah agar tidak keliru dengan nama-nama suntikan yang telah diterima oleh anak, di sini dikongsikan beberapa tip mudah dan bolehlah dijadikan panduan.
CARA ISI MAKLUMAT IMUNISASI UNTUK PENDAFTARAN TAHUN 1 ONLINE
Mak ayah kena alert sebab nama suntikani tu berbeza dekat borang online dengan apa yang ada dalam buku.
Mungkin ada yang keliru pasal suntikan DTaP – sebab ia sebenarnya terdiri daripada 3 suntikan serentak iaitu
– Difteria
– Tetanus
– Pertussis
(Dalam borang diceraikan satu-satu)
Pastikan nama suntikan dan tarikhnya betul. Jadi semua sekali ada 10 jenis suntikan.
1. BCG
2. Hepatitis B
3. Difteria (dalam buku tulis DTaP)
4. Pertussis (dalam buku tulis DTaP)
5. Tetanus (dalam buku tulis DTaP)
6. Haemophilis Influenza (Hib)
7. Polio (IPV)
8. Measles
9. Mumps
10. Rubella
Info Tambahan:
Difteria, pertussis, tetanus, heamophilus influenza, polio disuntik pada hari yang sama.
– Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning),
Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).
– Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan).
Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).
– Disuntik semasa umur baby 12 bulan.
Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Online
KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.
Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.
Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.
Bekerja dan dalam masa yang sama memberi perhatian kepada anak-anak di rumah bukan satu kerja yang mudah. Kalau sebelum ini bab mengajar dan mendidik anak-anak tak perlu difikirkan sangat kerana ada guru di sekolah yang boleh membantu.
Namun dalam situasi pandemik Covid-19 ini dan fasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diputuskan oleh pihak berkuasa mahu tak mahu ibu bapa yang terpaksa hadap.
Bagi mereka yang berstatus ibu tunggal, bebanan ini cukup kuat terpaksa dilalui. Dalam satu perkongsian oleh guru dan aktivitis terkenal,Mohd Fadli Salleh, memuat naik satu kisah seorang ibu tunggal meluahkan perasaannya kerana terpaksa struggle sendirian membesarkan anak-anak dan dalam masa yang sama bekerja bagi meneruskan kehidupan.
Tekanan yang dilalui menyebabkan dia tidak mampu menahan sabar dan akhirnya dilampiaskan kepada anak.
Panjang luahan hati seorang ibu tunggal malam tadi. Cukup aku ambil rangkap ini sahaja. Betapa dia struggle nak teruskan kehidupan. Dibuang kerja, cari lain, diberhentikan lagi, cari lagi. Keluar kerja 7 pagi pulang 1 pagi. Hutang banyak perlu dibayar, duit semput, bil, sewa dan komitmen perlu diselesaikan. Bekas suami pula tak bertanggungjawab sangat.
“Biar anak tidak pandai, asal jadi anak yang baik”. Dan bebanan kelas PdPR sangat menekan perasaannya. Dia cuba sehabis baik ajar anak di rumah. Dengan badan penat, dengan bebanan hutang, bebanan masalah, tekanan keperluan anak belajar PdPR, dia mengajar dalam stress dan marah.
End up, anak itu dipukul hingga lebam. Sebelum akhirnya dia sedar, dia lakukan kesilapan. Sejak itu dia tanam, “Biar anak tidak pandai, asal jadi anak yang baik”. Betapa dia meluahkan anak ini anak yang sangat baik, suka membantu ibu, diam dan pendam sahaja rasa rindu pada ayah kerana nak jaga hati ibu.
Mencederakan diri sendiri dan anak mereka Dan anak yang baik ini dipukul kerana dia tertekan dengan PdPR yang anak tidak mampu ikuti. Allah, aku baca kisah dia dengan penuh perasaan sebak dan hiba. Sebenarnya, pm seperti ini berpuluh-puluh masuk sejak PKP dilaksanakan. Sangat ramai ibubapa melepaskan tekanan dan stress mereka pada anak-anak. Bahkan ada sampai mencederakan diri sendiri dan anak mereka. Allahu…
Jika penat jangan terus paksa diri. Tak mampu berhenti seketika. Abaikan tanggapan orang kerana yang nak tanggung beban bukan mereka tapi diri kita dan anak-anak.
Kawan-kawan… Jika kalian sibuk, penat, tidak cukup masa, tertekan dan stress, tak perlu tambah tekanan pada diri untuk perfect dalam mengajar anak-anak di rumah. Jika ada satu dua kelas yang terlampau padat dan anak tak mampu nak belajar tanpa bantuan kalian, abaikan saja kelas itu. Biar la ada guru (segelintir kecil) yang menyindir dan sebut nama anak kita dalam group wasap pun, abaikan. Buat-buat tak nampak.
Tambah Cikgu Fadhli lagi, dalam situasi sekarang tidak dinafikan semua sedang menghadapi tekanan hebat, begitu pun nasihatnya jangan menjadikan anak-anak mangsa dan tempat melepaskan rasa. Kerana kesannya akan ditanggung anak sampai bila-bila.
Emosi anak-anak yang terdera, yang terluka kesannya sampai bila-bila. Biar lah anak kita sedikit tertinggal pun dalam pelajaran asbab ketidakmampuan kita mengajar dan atas pelbagai kekangan kita sebagai ibubapa, tak usah stress. Jangan sampai ‘mendera’ dan memukul anak-anak. Jangan lepaskan semua tekanan, stress dan kepenatan itu dengan marah dan pukul anak-anak kita.
Emosi anak-anak sebenarnya telah tercedera tanpa kita sedar akibat PKP ini. Mereka terkurung sedangkan fitrah anak-anak itu bebas berlari dan bermain diluar sana. Pelajaran boleh dikejar semula selepas ini.
Anak-anak adalah anugerah yang tak ternilai buat ibu bapa. Justeru dalam apa jua keadaan, ibu bapa harus mengutamakan anak-anak daripada segalanya.
Namun emosi anak-anak yang terdera, yang terluka kesannya sampai bila-bila. Tolong pentingkan emosi dan kesihatan mental anak-anak kita melebihi apa jua dalam dunia ini. Kerana anak-anak ini tidak ternilai harganya. Tidak mampu ditukar ganti dengan apa sekali pun. Begitulah. #MFS
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.