Kehidupan penyanyi popular tanah air, Ziana Zain seringkali menjadi perhatian warga internet. Sekalipun usianya sudahpun melepasi 50-an, namun raut wajahnya tetap maintain dan tidak begitu dimamah usia. Bahagia bersama empat orang anak – anaknya, Ziana jarang berkongsikan gambar anak-anak kesayangannya itu.
Menerusi akaun Instagram Ziana Zain, dia ada berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan Ziana menghadiri satu majlis iaitu Malaysia Best Business Award 2023. Ditemani anak lelaki sulungnya Muhammad Aiman, penampilan Aiman menjadi tumpuan.
Ziana tampil cantik dengan busana hijau manakala Aiman pula segak dan kemas dengan sut lengkap. Sudah jadi anak bujang dan Aiman memiliki ketinggian yang lebih daripada mamanya itu. Wajah Aiman dikatakan seiras dengan Ziana oleh netizen.
Ads
Apa yang lebih ketara persamaan antara anak dan ibu ini adalah ketika Aiman mengukir senyuman. Memang sama sungguh wajahnya, manis sangat orangnya ini. Untung Ziana apabila anak sudah besar, boleh jadi bodyguard dan peneman setia.
Lebih 14 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian oleh Ziana ini. Rata – rata netizen komen puji denan tumbesaran Aiman dan mengharapkan Aiman boleh melindungi ibunya.
Meniti akhir-akhir ramadan, semua orang bersiap sedia melakukan persediaan untuk menyambut Syawal tidak kira dari aspek persiapan dari sudut juadah ataupun kelengkapan raya seperti baju baru, perhiasan rumah dan sebagainya. Yang paling gembira menantikan bulan penuh kemuliaan itu semestinya anak-anak kecil sama ada yang mengerti maksud sebenar bulan kemenangan itu atau tidak.
Dalam persiapan yang melebihi keperluan itu, perlu diingatkan ada insan lain di luar sana yang tetap bersyukur sama-sama membuat persiapan meskipun dalam keadaan serba kekurangan. Seperti yang dikongsian oleh Tuan Abd Ghani Haron di laman sosial Facebook, tentang pasangan suami isteri dan anak mereka yang sedang memilih baju terpakai untuk anak-anak mereka.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar. Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami. Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami. Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam.
“Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai”.
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita. Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
Untuk makluman, Projek sedekah pakaian terpakai ini telah berlangsung hampir 9 tahun. Ia telah menjadi saksi beribu-ribu pakaian bertukar tangan. Beribu-ribu hati yang gembira dan berbunga menyarung pakaian hasil sumbangan anda para dermawan. Sehingga kini, kami masih menerima sumbangan pakaian terpakai untuk disedekahkan. Malah ada juga yang menyumbangkan periuk, pinggan mangkuk, kasut, buku cerita dan kelengkapan bayi seperti stroller dan child car seat. Sumbangan boleh disampaikan dengan datang sendiri ke rumah Cikgu Ghani ( sebelum jam 6petang) di Tikam Batu atau poskan ke alamat 318B, Kg Masjid, 08600, Tikam Batu, Kedah. Semoga sumbangan kecil kita ini terus dapat menggembirakan hati mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setelah melalui banyak cabaran sepanjang mengandung anak keenam ini, usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesyukuran apabila isteri tercintanya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan cahaya mata mereka pada Isnin.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Aliff Syukri memberitahu isterinya terpaksa bertarung nyawa agak lama bagi melahirkan anak keenam mereka.
“Anak kali ini amat mencabar, dari jam 5 pagi dalam bilik bersalin sampai jam 3 petang baru selamat keluar (melahirkan),” tulisnya.
Malah dia turut mencoretkan perasaan takut dan sedih apabila melihat isteri tercinta menangung kesakitan bagi melahirkan anaknya.
Sementara itu, Datin Seri Nur Shahida di laman Instagramnya ada berkongsikan pengalaman melahirkan anak keenam pada kali ini agak sakit jika hendak dibandingkan dengan zuriatnya sebelum ini.
“Syukur Alhamdulillah tepat jam 2.40 petang hari isnin 3 April 2023 (sama birthday dengan abah @aliffsyukriterlajaklaris, lahir lah seorang Putera setelah bertarung menahan kesakitan selama 7 jam.
“Tak sangka serumit ini untuk cahaya mata ke 6. Boleh pula tangan dia keluar dulu..jenuh Dr nak masukkan tangan dia…tetap dia nak minta duit raya juga……jadi hujung2 mmg sambut tangan baby la dulu kita..apapun semuanya selamat..” tulisnya di kapsyen entri tersebut.
Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Cinta tidak mengenal usia, dan ini dibuktikan apabila seorang nenek berusia 78 tahun, Rohani Mohd Kassim, yang kembali menemui cinta setelah lebih dari empat dekad menjanda.
Video berdurasi 21 saat memaparkan dipaparkan menerusi TikTok milik natasyanajjla1 di dengan kapsyen, “Ketepi semuaaa……. Nenek saya dah kahwin” telah meraih perhatian ramai.
Rohani Mohd Kassim, yang kembali menemui jodoh selepas 42 tahun menjanda, kini tular di media sosial. Setelah kematian suaminya 42 tahun lalu, Rohani kini memulakan lembaran baru dalam hidupnya dengan Yusof Embi, 77 tahun, yang diperkenalkan oleh rakan-rakan.
Menurut laporan dari New Straits Times, pertemuan antara Rohani dan Yusof berlangsung selepas mereka dikenalkan oleh kenalan bersama.
Rohani, yang juga seorang ibu kepada lapan orang anak, 44 cucu, dan 15 cicit mengambil masa hanya seminggu mengenali hati budi.
Rohani menerima lamaran dan mengungkapkan betapa gembiranya dia kerana pernikahan ini mendapat restu daripada semua ahli keluarganya. Juga berharap hubungan ini berpanjangan dan mendapat keberkatan hingga ke Jannah.
NETIZEN KAGUM DAN UCAP TAHNIAH
Kisah cinta Rohani dan Yusof telah menarik perhatian netizen di media sosial, di mana ramai yang meluahkan rasa kagum dan terharu dengan keputusan mereka untuk berkahwin pada usia yang dianggap emas.
Ramai netizen yang memberi komen positif, menyatakan bahawa cinta sejati tidak mengenal waktu dan tidak terhad kepada usia.
“Subhanallah! Cinta tak mengenal usia. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat!”
“Wow, ini adalah bukti bahawa hidup kita masih boleh bermula semula, walaupun selepas kehilangan. Tahniah kepada pasangan ini!”
“Cantiknya nenek masa muda mesti lagi cantikkk”
Kisah cinta pasangan ini menjadi inspirasi bagi ramai orang, menunjukkan bahawa tidak ada kata terlambat untuk mencintai dan dicintai.
Mereka membuktikan bahawa kebahagiaan boleh dikecapi dan cinta sentiasa ada untuk mereka yang berani mencari.
Dengan sokongan keluarga dan restu, Rohani dan Yusof kini memulakan perjalanan baru bersama, penuh harapan dan kasih sayang.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.