Jauh perjalanan luas pemandangan, begitulah indahnya dalam kita mentafsirkan bila seseorang itu sering mengembara ke tempat asing. Banyak kebaikannya dan pengalaman itu cukup berharga.

Begitu juga dengan perkongsian pengalaman peribadi daripada Puan Nur Liyana Farahin yang berkesempatan melihat sendiri satu lagi bukti  kewujudan ‘harta Qarun’ yang telah dibenamkan Allah ke dasar bumi ketika melawat ke negara Mesir. Dan diharapkan bila kita membaca perkongsian ini juga dapat memdidik hati agar jangan pernah hidup sombong bila berharta.

Ini perkongsian penuh daripadanya.

MENANGIS DI ISTANA QARUN

Sekaya dan semegah mana pun dikau di dunia, sebanyak mana pun harta mampu dikumpul. Selagi mana angkuh dan leka dari Tuhan. Segalanya pasti kan kembali ke tanah jua.

Firman Allah,

“Maka Kami benamkanlah Qarun beserta istananya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).” (QS 28:81)

Begitulah kisah Qarun, yang harus kita ambil iktibar dan pengajaran. Sentap habis Fara bila menjejak kaki ke saki baki peninggalan istana besar Qarun yang Allah zahirkan buat kita semua sebagai bukti kewujudan ‘harta Qarun’ yang telah dibenamkan Allah ke dasar bumi.

IKLAN
Menangis Di Istana Qarun, Wanita Ni Kongsikan Kisahnya. Moga Jadi Pengajaran Buat Kita Bersama!
Berdiri dihadapan istana Qarun

Akhirnya kawasan segala harta, khazanah dan istananya yang terlalu besar itu, pada hari ini telah menjadi tasik yang tiada penghujung, seluas mata memandang. Ajaibnya, tasik kedua terbesar didunia ini berada di tengah-tengah padang sahara yang kering kontang, membuktikan tanah di situ telah ditelan bumi.

Tasik Qarun sejauh mata memandang, berjam-jam naik kereta pun tak sampai ke hujung lagi. Tasik=dibawahnya semua harta Qarun.

Posted by Nur Liyana Farahin on Saturday, 1 December 2018

Video ini menunjukkan Tasik Qarun sejauh mata memandang, berjam-jam naik kereta pun tak sampai ke hujung lagi. Tasik=dibawahnya semua harta Qarun.

Antara ciri-ciri Qarun seperti yang disebut dalam Al-Quran adalah suka mempamerkan harta dan kufur nikmat, tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada, sedangkan dulu Qarun ini adalah seorang yang miskin.

Diceritakan bahawa 60 ekor unta diperlukan untuk membawa kunci-kunci bagi gudang segala hartanya didampingi ratusan lelaki gagah.

IKLAN

Itu baru je kunci, bayangkan betapa besar istana dan gudang Qarun. Kita ni pula, harta baru je Allah bagi sedikit pun dah sombong. Tak sedekah.

Menangis Di Istana Qarun, Wanita Ni Kongsikan Kisahnya. Moga Jadi Pengajaran Buat Kita Bersama!

Fara hanya mampu terdiam, terpaku sepanjang perjalanan berjam kami ke sana, sebab terlalu dahsyat perasaan dan ketakutan yang membekas dalam diri, apabila kita naik kereta berjam-jam pun tak habis-habis lagi tasik tadi. Jadi Qarun yang kita selalu dengar cerita ni, kekayaannya itu tak mampu dibayangkan. Dan segalanya lenyap begitu saja.

Sehingga di satu tempat penghujung tasik Qarun, ada terbentuknya satu keajaiban, iaitu air terjun semula jadi. Padahal di tengah-tengah padang pasir, sebab dulu tanah di situ dah terbenam jauh ke dalam bumi.

Menangis Di Istana Qarun, Wanita Ni Kongsikan Kisahnya. Moga Jadi Pengajaran Buat Kita Bersama!

IKLAN

Sebenarnya istana dibelakang Fara ni pun baru je timbul kembali beberapa tahun kebelakangan ni selepas air tasik mula surut sebagai peringatan kepada ummat akhir zaman. Memang, nampak jelas kesan istana ini pernah ditenggelami air.

Bahkan kesan peninggalan istana yang kita nampak ni pun hanya 3 tingkat atas. 3 tingkat bawahnya masih dalam perut bumi. Istana Qarun ni memang sangat dahsyat seni binanya, antaranya memang ada ruang khas bagi cahaya matahari masuk dan menerangi segala harta Qarun. Macam dalam movie The Mummy.

Ya Rabb. Ampunkan kami… Sama-sama jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan pedoman kita bersama.

Dalam istana Qarun yang diterangi dengan cahaya matahari, melalui seni bina yang mengagumkan.

Posted by Nur Liyana Farahin on Saturday, 1 December 2018

SYARIFAH FURAIHA
Fayyoum, Mesir

 

sumber : Nur Liyana Farahin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI