
Selepas beberapa hari dijumpai, Ejen jualan kosmetik yang menjadi mangsa penculikan, Rosnazirah Mohd Naim, 36, atau lebih dikenali sebagai Azi akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat menangis sambil memeluk ibunya di rumah mentuanya di Kampung Kelochor pada Isnin.
Azi, diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan polis Thailand pada Khamis lalu sebelum mangsa diserahkan kepada keluarganya pada jam 2.50 petang Isnin oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Pada 13, September lalu, Azi didakwa dilarikan tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu Kelantan sebelum berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia pada Khamis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, kejayaan itu adalah hasil bantuan dan kerjasama pihak berkuasa Thailand.
“Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
“Polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Acryl Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.
Sumber : Sinar Harian
Setahun Tak Jumpa Demi Tugas Di Lubnan, Hanya Jenazah Isteri ‘Sambut’ Suami Ni Pulang. Meruntun Hati Baca!

Sukar diungkapkan dengan kata-kata perasaan empunya diri. Setahun terpisah dek tuntutan kerja, namun pertemuan semula sang suami hanya mampu memandang jasad insan tersayang tanpa dapat menyentuh, jauh sekali memberi pelukan buat kali yang terakhir.
Paparan kisah LKpl Mohd Noh bin Samsudin memberikan penghormatan terakhir buat isteri kesayangannya Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru cukup menyentuh hati warganet.
Sementelah beliau terpaksa mengharungi perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia. Namun ketentuan Ilahi mengatasi segalanya. LKpl Mohd Noh bin Samsudin tidak berkesempatan berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.
Dalam seluruh dunia dilanda wabak pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM.
Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE) dan dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 Sep 2020.
Kisah yang cukup memilukan ini dikongsikan oleh MyJointForce menerusi facebook rasmi page berkenaan.
PENGHORMATAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERSAYANG; ANGGOTA MALBATT 850-7
Kehilangan insan yang dicintai sangat memilukan hati sementelah insan tersebut merupakan suri hati. Itulah yang sedang dirasai seorang suami bergelar anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 yang telah kehilangan isteri tercinta yang pergi buat selama-lamanya.
Perpisahan selama setahun demi tugas bertukar menjadi perpisahan selamanya buat anggota pengaman MALBATT 850-7, LKpl Mohd Noh bin Samsudin yang pada ketika itu menjalankan amanah Negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan.
Isteri beliau, Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin telah pulang ke Rahmatullah pada 17 Sep 20, jam lebih kurang 7.01 malam di Hospital Besar Kuala Pilah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia dan takdir ketentuan Ilahi yang mengatasi segalanya tidak mengizinkan LKpl Mohd Noh bin Samsudin berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.
Dalam keadaan dunia bergelut dengan Wabak Pandemik COVID-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarantin sepertimana yang ditetapkan oleh KKM. Suasana hiba dan pilu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE).
Beliau dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 Sep 20.
Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7 dan Seluruh Warga MALBATT mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga dan mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.
Tambahannya lagi, jutaan terima kasih jua kepada yang sudi membantu melancarkan urusan pengkebumian Allahyarhamah. Al Fatihah.
#setiapyangbernyawapastiakanmerasakanmati
#MALBATT8507
#DEVOTEDTOWARDSPEACE
Sumber: MyJointForce & Irdina Qaisara
Inilah Rahsia Isteri Sayang Suami, Barulah Makin Intim Rumahtangga

Pastinya setiap pasangan suami isteri inginkan hubungan harmoni kekal sehingga akhir hayat. Dalam pada itu, bagi memastikan hubungan sentiasa bahagia, suami perlu tahu tentang tanda-tanda isteri sayang kepada suami barulah intim rumahtangga.
Memang, memang kebanyakan suami jarang meluahkan perasaannya terhadap isterinya tetapi tidak semestinya sayang isteri melebihi sayang suami terhadap isteri. Mereka banyak menunjukkan kasih sayang mereka melalui perbuatan dan tidak pula mereka tidak mencari melalui sumber-sumber mana-mana yang mereka boleh tahu isterinya sayang padanya. Jom ikuti tanda isteri sayang suami segalanya.
1.Isteri tidak mengungkit @ memburukkan kekurangan suami di hadapan suami atau orang lain.
2. Isteri tidak merungut sekiranya tidak dapat apa yang dihajati.
3. Isteri marah dan berleter sekiranya suami tidak memberitahu@ merahsiakan perkara buruk
yang terjadi terhadap suaminya.
4. Isteri berusaha menghias diri supaya kelihatan sopan dan cantik di mata suami.
5.Isteri bersabar dengan karenah suami.
6.Isteri berusaha menjalankan kewajipannya dengan baik.
7. Isteri tidak membantah teguran suami yang tidak melanggar syariat
8. Isteri sering mengajak suami ke arah kebaikan
9.Isteri sering memasak makan kesukaan suami
10. Isteri sering membuat kejutan kepada suami melalui hadiah dan perkara @ peristiwa yang istimewa pada suami.
11. Isteri berusaha melayani suami dengan baik di ranjang walau dalam keadaan agak penat
12. Isteri tidak mengungkit hal-hal tanggungjawab suami yang tidak mampu suami lakukan
13. Isteri berusaha menjaga anak-anak dengan baik.
14. Isteri melayani keluarga suaminya dengan baik.
15. Isteri sering membantu suami menguruskan rumah tangga yang merupakan tanggungjawab suami
16. Isteri sering mengucapkan atau melafazkan isi hatinya kepada suami seperti ‘I love u’ , ‘honey sayang ayg’, syg sayangkan abg’ kepada suaminya.
17. Isteri manja dan buat perangai keanak-anakan@ mudah merajuk dengan suami@ cepat tersentuh sekiranya suami berkasar dengannya tetapi cepat baik apabila dipujuk.
18. Isteri cemburu apabila suami mempunyai hubungan lain dengan perempuan bukan mahram secara akrab.
19. Isteri tidak sanggup berjauhan dengan suaminya walau sehari.
20. Isteri susah hati dan menjaga suaminya sepenuh hati ketika sakit.
Sumber: tinhijau.blogspot.com
Isteri Mesti Orang Pertama, Suami Selalu Yang Terakhir Akan Perasan Apa Berlaku Pada Anak. Itulah Hebatnya Naluri Seorang Ibu. Deep Perkongsian Lelaki Ni!

Orang kata naluri seorang ibu ni memang tak boleh dibuat main. Sebarang masalah atau perkara buruk yang nak berlaku pada anak, pasti hati ibu dapat merasainya. Mungkin kerana masa ibu dengan anak lebih dibandingkan dengan ayah. Begitu pun, ada juga ayah yang jenis peka pada apa yang berlaku pada anaknya.
Tak dinafikan, cara dan pendekatan seorang suami dan isteri berbeza. Bukan sekadar pada fizikal, tetapi juga dari pelbagai perkara termasuk cara mereka makan, cara mereka berpakaian, cara mereka bercakap, cara mereka ketawa, cara mereka menguruskan stres, dan macam-macam lagi.
Dalam masa yang sama, dalam bab membesarkan anak-anak, naluri si ibu adalah lebih kepada melindungi. Sebab tu, ibu mudah risau, berhati-hati dan kurang mendedahkan anak kepada risiko. Berbanding ayah yang kebiasaannya mahu anak mereka menjadi lebih berani.
Sebab tu ada yang mengatakan perkataan yang keluar dari mulut ibu ibarat satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku. Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais apabila isterinya mengesan luka pada anak mereka sedangkan dia yang menjaga dari pagi hingga ke malam tidak perasan akan hal tersebut.
Sekecil apa pun yang berlaku kat anak, Isteri mesti orang pertama yang akan perasan.
Suami selalu yang terakhir…
Semalam tangan aisy tersepit dalam ruangan penapis mesin pengering baju. Kecil je ruangan tu, boleh pula masuk tangan lepas keluar tak lepas. Aduh!
Cuba punya cuba akhirnya boleh juga keluar tangan motel dia tu. Menangis juga la masa tangan tersepit tu tapi bila dah dapat lepas dia ok main macam biasa.
Kita pun tak rasa apa-apa la. Tak nampak pun ada luka.
Dari semalam, saya yang jaga aisy sendiri. Dari pagi sampai malam saya yang mandikan, tidurkan tak nampak langsung ada luka ni.
Kalau nak di kira aktiviti dari semalam sudah 4 kali saya mandikan, 4 kali juga saya pakaikan baju, 2 kali saya tidurkan, jumlah keseluruhan 10 kali saya duk belek tangan dia tapi tak sekali pun perasan 3 kesan luka ni.
Isteri baru sekali pagi ni tidurkan aisy dah nampak,
” Bang kenapa tangan aisy ni luka? “
Mulanya tak ingat, lama kelamaan baru teringat,
” Oh ni mungkin kesan tangan tersepit dalam mesin pengering baju “
Macam mana isteri boleh nampak dulu sedang dari semalam kita yang urus anak.
Tak puas hati, saya pun tanya isteri.
” Macam mana boleh nampak luka tu? “
Isteri pun menjawab,
” Ntah tergerak nak tengok “
Menakjubkan! Hebatnya naluri seorang ibu.. inilah bukti kehebatan yang ada pada ibu dan tak ada pada seorang ayah.
Tak semena-mena sedang sedap makan hati boleh tergerak pula nak tengok tangan anak.
Tak semena-mena minda boleh beri arahan pada mata untuk tengok tangan bukan kaki.
Tak semena-mena emosi boleh terjentik untuk rasa risau akan keselamatan anak.
Betullah apa yang orang kata.
Perkataan yang keluar dari mulut ibu ini adalah satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku.
Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Oleh itu, bagaimana kita hormat dan dengar cakap pada ibu kita begitu juga kita kena didik anak-anak supaya hormat dan dengar pada ibu mereka.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Jadi anak yang baik maka mudah jadi suami dan ayah yang baik.