Macam mana nak didik anak-anak kecil berpuasa? Tak dinafikan bukan satu benda yang mudah lebih-lebih lagi anak kecil kan. Lagipun kaalau anak kita tu belum baligh tak wajib pun. tetapi sebagai ibu bapa nak juga dedahkan mereka dari awal-awal kan. Tak adalah nanti bila dah besar susah nak bentuk.
Gambar sekadar hiasan
Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi kena ada cara yang betul dan paling penting tak mendatangkan kemudaratan buat anak-anak kecil kita.
Jom cuba praktikkan tip yang dikongsikan oleh Dr. Izzar Anwari ini, yang penting pengambilan makanan seimbang terutama sekali ketika bersahur. Supaya anak-anak dapat menahan lapar dalam tempoh yang lama selain tetap bertenaga.
𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔? 👨👧
Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Kalau nak mendidik anak untuk berpuasa tak salah, tapi janganla sampai memudaratkan anak 😨
Anak2 kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi serta tak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan/minum. Takut kalau disuruh juga anak2 kecil tu berpuasa full, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.
Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah2 sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganla expect untuk anak berpuasa seharian.
Ads
Untuk anak2 kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam dahla. Supaya mereka rasa kebersamaan tu. Yela, feeling sahur dengan family sekali, berbuka sekali, tu yang anak2 suka dan akan ingat. Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke.
Ok la Kalau nak melatih anak2 berpuasa, ibu bapa perlu ingat :
sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.
❌ JANGAN beri makanan bergula tinggi/ MANIS. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak
❌ ELAKKAN makanan MASIN untuk mengurangkan rasa dahaga.
❌JANGAN PAKSA anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung), dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang
Ads
❌ Air berkabonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan.
Yang paling penting dan saya selalu tekankan ialah pemakanan seimbang. Tak kisahla masa bulan Ramadan atau tak. Makanan kena ada cukup zat dan nutrisi dari semua kumpulan makanan. #drizzarshares.
Setiap ibu bapa sudah tentu mahu memberikan yang terbaik kepada anak. Lantaran itu, memastikan anak didik dengan sempurna.
Selain mendapat panduan keibubapaan daripada orang tua, ada juga yang mendapatkan info mendidik anak melalui sumber bacaan melalui buku dan internet.
Namun setiap info dan tip keibubapaan ada yang sesuai atau sebaliknya.
Seterusnya ikuti perkongsian terapis ini, Norzi Malek akibat tersalah pilih info mendidik anak-anak.
Tak guna ayat ‘JANGAN’
Saya ada menerima kes untuk anak Hyperactive yang berusia 6 tahun. Setelah beberapa kali sesi rawatan, saya tersedar sesuatu apabila si ibu kerap kali memaklumkan saya yang beliau menggunakan kaedah parenting Jepun dalam mendidik si anak.
Awal-awal sesi saya rasa bagusnya ibu muda ni, rajin membaca untuk menjadi ibu yang baik. Lama kelamaan saya rasakan si ibu mula taksub dengan kaedah Jepun. Salah satu yang sering disebut-sebut Time-Out.
Semasa sesi education selepas habis sesi therapy, si anak memanjat meja dan saya spontan menegur “Eh abang, jangan panjat meja. Nanti jatuh. Turun turun. Bahaya”. Si ibu terus menegur saya “Cikgu, kalau ikut kaedah Jepun, kita tak boleh menegur macam tu.
Tak boleh guna perkataan JANGAN. Kita kena bagi ayat positif. Ayat negatif kena elakkan. Nanti anak jadi pemikiran negatif dan buruk”. Saya memang tercengang dengar jawapan tu. Saya pun bertanya “Siapa bagitau ibu macam tu? “. Si ibu pun membalas, “saya guna kaedah Parenting Jepun”. Jadi dipendekkan cerita, saya pun memberi ‘parent education’ gaya Malaysia. Hahaha. Panjang lebar saya ceramah.
“Ibu, kenapa nak guna cara Parenting Jepun atau luar Malaysia? Cara parenting kita pun bagus, sebab anak kita dibesarkan di Malaysia. Kawan-kawannya juga orang Malaysia yang dididik cara orang kita. Dan sudah tentu di sekolah juga cara didikan Malaysian akan digunakan.
Saya tak berapa pandai bab ulasan agama. Tapi ibu boleh lihat dan baca tafsir Al-Quran di dalam surah Luqman. Bagaimana Luqmanul Hakim mendidik anaknya. Terdapat perkataan ‘JANGAN’ digunakan untuk menegah anaknya daripada melakukan perkara tidak baik dan dilarang Islam.
Perkataan JANGAN bukanlah perkataan negatif. Dan itu juga bukanlah suatu doa. Tadi ayat saya, ” Jangan panjat meja. Nanti jatuh. Bahaya”. Kita perlu memberi tahu dengan jelas kesan dan akibat sesuatu perbuatan. Itulah gaya Parenting Malaysia.” Si ibu menjawap “kaedah Parenting kita tak berapa sesuai. Tak soft dan agak traditional. Saya nak ajar cara lembut dan moden”. Saya diam. Dan bagi jawapan ini.
” Parenting gaya Jepun tak semuanya baik ibu. Yang baik kita ambil. Tapi jangan terlalu ikut sangat semua kaedah. Ada yang tidak sesuai untuk anak-anak kita. Untuk makluman ibu juga, kes bunuh diri di Negara Jepun adalah antara yang tertinggi di dunia. Kenapa mereka bunuh diri sedangkan kaedah Parenting mereka diagungkan di seluruh dunia? Bukankah mereka dibesarkan dengan cara Parenting Jepun yang BAGUS?” Tamat kisah ni.
Dah tiga bulan si ibu tak mai therapy kat saya. Merajuk agaknya. Nota kaki : terlalu banyak tips-tips parenting di Media Sosial. Ambil yang baik dan mampu kita ikuti sahaja. Parenting adalah satu proses pembelajaran dari pengalaman. Jangan jadikan ia satu penanda aras untuk menentukan kita sebagai ibu bapa yang baik atau tidak.
Meninjau di ruangan komen netizen juga setuju penggunaan ‘jangan’ dalam mendidik anak.
Biasanya bila anak menyambut ulang tahun kelahiran terutama yang pertama kali, pasti golongan ibu yang paling teruja sekali.
Bermula dengan perkongsian imbasan momen melahirkan, sambutan majlis hari jadi sampailah ke acara membuka hadiah, ‘mak-mak’ paling teruja sekali.
Pengacara dan pelakon tinggi lampai, Ain Edruce yang terkenal dengan karektor bersahaja dan kelakar pun sama sahaja dengan ibu-ibu lain.
Ain selalu berkongsi pelbagai video lucu gelagatnya bersama suami dan anak sulung mereka, Soraya yang sering membuatkan peminat terhibur.
Foto: Instagram Ain Edruce
Baru-baru ini dia yang memuat naik video unboxing hadiah hari jadi anaknya dan macam biasa Ain sentiasa bersemangat dan teruja membuka 100 hadiah yang diterima semasa majlis sambutan majlis hari jadi.
Sebenarnya si comel Soraya menyambut ulang tahun pertamanya pada 19 Mei lalu tetapi majlis ulang tahun dibuat pada 22 Mei dan Ain baru berkongsi video mereka sekeluarga membuka hadiah-hadiah tersebut di channel YouTubenya.
Jarang Beli Mainan Untuk Soraya
Kebanyakan hadiah yang diterima terdiri daripada pelbagai alat permainan untuk Soraya. Menurut Ain, dia sememangnya kurang membeli alat permainan untuk Soraya selama ini.
Jadi pelbagai hadiah permainan yang diterima tersebut amat dihargai dan pasti akan digunakan oleh Soraya.
Foto: Instagram Ain Edruce
Bagaimanapun reaksi Ain yang bersemangat membuka hadiah-hadiah tersebut sementara suaminya Amirul yang terkenal bermuka selamba dalam semua video mereka menjadi perhatian peminatnya.
Ramai yang menonton video di YouTube Ain berasa lucu melihat gelagat Ain dan merasakan dia yang terlebih gembira membuka hadiah-hadiah tersebut berbanding Soraya yang masih tak faham apa-apa lagi.
Orang kata biasanya pasangan suami isteri yang berlawanan karektor ini bahagia hidupnya. Mungkin itulah antara rahsia bahagia Ain Edruce yang happy go lucky dan “gila-gila” sementara suaminya pula pendiam dan macam tiada perasaan itu.
Untuk rekod, Ain Edruce berkahwin dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 19 Mei 2021.
Nak banyak info tentang kehamilan dan persediaan bersalin, jangan lupa join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai tawaran terbaru kepada LEGOLAND Malaysia Resort, SEA LIFE Malaysia menjanjikan pengalaman menarik dan jarak dekat kehidupan laut dan habitatnya.
Akuarium bertema LEGO interaktif pertama ini dibuka May lalu, mempunyai 25 akuarium pameran, 11 zon habitat, 13 ribu hidupan laut dari 120 spesis.
Ia juga mempunyai terowong 180 darjah merentasi Ocean Tank, akuarium terbesar dalam SEA LIFE Malaysia. Pengunjung boleh melihat spesis ikan yu, pari dan hidupan laut lain yang memenuhi tangki besar 385,000 liter.
Hari ini LEGOLAND Malaysia menerima sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Program Pendidikan SEA LIFE. Majlis perasmian program dibuat oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan, Dato Dr. Mohd Gazali Abas.
Program pendidikan SEA LIFE ini bertujuan mendidik dan memberi informasi luar kelas tentang topik saintifik dan hidupan laut dengan cara interaktif dan menarik.
“Pendidikan sentiasa menjadi tunjang utama tentang apa yang kami buat di sini. Dengan DNA LEGO iaitu membina kreativiti menerusi permainan, Program Pendidikan SEA LIFE ini meneruskan komitmen LEGOLAND untuk mendidik anak-anak tentang pemuliharaan alam dan tempat terbaik untuk anak-anak menikmati aktiviti luar” kata Thila Munusamy, Pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND Malaysia Resort.
“Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, ia memberi peluang untuk kami menyediakan program pendidikan bersesuaian dengan kurikulum sekolah dan menawarkan tempat untuk pendidikan luar sekolah buat semua sekolah seluruh Malaysia,” tambahnya.
Pada masa yang sama, sebagai sebahagian program pendidikan dan CSR, LEGOLAND Malaysia turut menyediakan 10,000 tiket percuma untuk guru dan pelajar dari sekolah luar bandar.
Guru dan sekolah yang berminat boleh mendapatkan maklumat tentang inisiatif CSR dari Program Pendidikan SEA LIFE.