Menggeliat selepas bangun tidur banyak manfaatnya, bukan sia-sia. Menggeliat selepas bangun tidur adalah tindak balas semula jadi tubuh yang sering dilakukan tanpa disedari. Aktiviti ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada tubuh, bukan sekadar untuk meregangkan badan selepas tidur. Ia adalah cara badan kita bersedia untuk menghadapi hari yang baru.
Menggeliat Selepas Bangun Tidur Banyak Manfaatnya, Bukan Sia-sia
Berikut adalah beberapa manfaat menggeliat selepas bangun tidur yang mungkin anda tidak sedar:
1. Meregangkan Otot Yang Kaku
Semasa tidur, tubuh berada dalam keadaan tidak aktif untuk tempoh yang lama. Ini menyebabkan otot menjadi kaku, terutama jika posisi tidur tidak selesa. Dengan menggeliat, otot-otot diregangkan, membantu melonggarkan kekakuan dan mengembalikan fleksibiliti.
2. Meningkatkan Aliran Darah
Gerakan menggeliat membantu merangsang aliran darah ke seluruh tubuh, termasuk otak. Aliran darah yang baik memastikan tubuh menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, yang penting untuk memulakan aktiviti harian dengan lebih bertenaga.
3. Meningkatkan Postur Badan
Semasa tidur, postur badan mungkin terjejas akibat posisi yang tidak ergonomik. Menggeliat membantu meluruskan kembali tulang belakang dan mengembalikan postur badan yang betul. Ini juga mengurangkan risiko sakit belakang atau leher selepas tidur.
4. Meningkatkan Mood Dan Kesejahteraan Mental
Ads
Menggeliat bukan sahaja memberi kesan fizikal tetapi juga memberi impak kepada kesejahteraan mental. Ia membantu merangsang pengeluaran hormon endorfin, yang dikenali sebagai hormon kebahagiaan. Hasilnya, anda akan berasa lebih tenang, gembira, dan bersemangat untuk memulakan hari.
5. Meningkatkan Kesedaran Dan Fokus
Selepas tidur, otak mungkin mengambil masa untuk menjadi lebih waspada. Menggeliat membantu mengaktifkan sistem saraf, meningkatkan kesedaran, dan mengurangkan rasa mengantuk. Ia menjadikan minda lebih fokus dan bersedia untuk melakukan tugas harian.
6. Memperbaiki Fleksibiliti Dan Mobiliti
Amalan menggeliat setiap pagi dapat meningkatkan fleksibiliti otot dan sendi. Dengan melatih tubuh untuk bergerak lebih baik, anda dapat mengelakkan kekakuan atau kecederaan kecil yang mungkin berlaku semasa melakukan aktiviti harian.
7. Mengurangkan Tekanan
Menggeliat adalah salah satu cara tubuh untuk melepaskan ketegangan yang terkumpul semasa tidur. Gerakan meregang ini melepaskan stres fizikal dan mental, memberikan rasa lega dan ketenangan.
Ads
Cara Menggeliat Dengan Betul
Untuk mendapatkan manfaat maksimum, anda boleh mengikuti langkah berikut semasa menggeliat:
*Bangun secara perlahan: Duduk di tepi katil dan biarkan tubuh anda menyesuaikan diri.
*Angkat tangan ke atas: Regangkan tangan ke atas sambil menarik nafas dalam-dalam.
*Pusingkan badan secara perlahan: Pusingkan tubuh ke kiri dan kanan untuk meregangkan bahagian sisi badan.
*Luruskan kaki: Regangkan kaki ke depan sambil memusingkan pergelangan kaki dan tangan.
Kesimpulannya menggeliat selepas bangun tidur bukan hanya satu kebiasaan biasa, tetapi ia adalah langkah penting untuk memulakan hari dengan penuh tenaga dan kesegaran. Jadikan menggeliat sebagai rutin harian anda untuk kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik. Mulakan pagi anda dengan meregangkan badan dan rasai perbezaannya!
Jangan tak percaya, bukan kita orang Melayu sahaja yang mengamalkan petua untuk penjagaan kesihatan dengan menggunakan rempah ratus. Bahkan orang Arab juga percaya khasiat rempah yang sering digunakan dalam masakan dapat membantu melegakan masalah perut kembung.
Diakui kembung perut ini walau ia bukanlah penyakit yang serius, tapi jika dibiarkan boleh membuatkan rasa tidak selesa malah perut juga akan terasa mengeras seperti batu.
Tahukah anda, untuk meredakan kesakitan itu rupanya orang Arab akan mengamalkan minum air rebusan jintan putih.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Emma Wan Noordin. Jadi bolehlah anda mencuba petua ini untuk meredakan ketidakselesaan pada perut.
Pernah tak kena bloated stomach sampai makan gaviscon dan ubat gastric pun tak jalan.
Asyik nak muntah dan perut keras macam batu?
Ni my husband bagitau petua yang orang Arab selalu guna kalau ada masalah perut kembung.
Bahan-bahan:
1 cawan air
1 sudu besar serbuk cumin @ jintan putih
Lemon
Cara Penyediaan:
1.Masak air dan serbuk jintan putih selama 5 minit.
2. Kemudian tapis airnya
3. Kemudian perah lemon sebelum minum
After that sure perut akan lembut dan tak rasa keras dah…Cubalah! Cumin memang elok untuk perut.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Mencungkil kisah seorang isteri dan juga ibu yang telah melalui proses pembedahan membuang cyst pada penghujung tahun lalu memberi suatu kisah yang berbeza tentang bagaimana dirinya mengetahui disahkan ada cyst oleh doktor.
Siapa sangka perancangan awalnya untuk menambah zuriat, menemukan sesuatu yang tidak dijangka. Untuk ketahui lanjut, jom kita baca perkongsian daripada Puan Safiyyah Osman ini.
Selamat pagi uolls! Pagi ni nak cerita pasal macamana aku boleh tau diri sendiri ada Cyst.
Aku kan plan nak pregnant lagi. Macam boring pula tak dak baby. Aku pun tak tau kenapa ada perasaan nak ada anak lagi, maybe trauma aku dah hilang kot, sebab start Adelia lahir, aku kalau boleh memang tak nak dah baby or anak.
Aku beranak senang giler dekat Adelia, yang buat aku trauma adalah start kena jahit sampailah habis pantang – peristiwayang jadi masa pantang n masa jahit tu buat aku jadi trauma n tak nak ada anak dah.
Tanda-tanda yang dirasa
Nak jadi cerita, aku hold pasai nak p jumpa doktor untuk buat kesuburan. Baru-baru ni, aku bleeding lepas make love. Bleeding yang banyak giler. Scary oi!
Sebelum tu, aku dah rasa tanda-tanda ni : – cramp area perut n bawah perut. – perut kembung gila sampai tak boleh tidur. – period jadi gila. Hari ke3 dh habis tapi mai hari ke 5-6 banyak balik. – lenguh pinggang macam nak mai period setiap hari. – sengugut teruk kawkaw. Padahal sebelum ni tak ada sengugut. – cepat rasa letih walaupun tak buat kerja banyak. – badan rasa bisa, rasa lenguh, rasa sakit. Seksa woo masa p IMKK & Jogja.
Banyak lagi la tanda dia. Tapi aku ingat sebab stress or faktor umur. Bongok gila. ?
So disebabkan bleeding, lepas 3hari baru aku p check. Aku sebelum ni dok buat pap smear tiap tahun since hujung tahun 2015. Memang tak ada detect Cyst ka apa. Pernah di katakan Pcos. Tapi bila p scan kali kedua, tak ada.
Kira tanda tu aku rasa dalam bulan 9-10 tahun 2018 gitu dan makin hari makin rasa kuat tanda-tanda tu.
So bila check, memang nampak la ketulan Cyst tu. Sedih gila. Aku memang lepas lahir Adelia tak ada makan apa-apa ubat perancang ka apa..Doktor kata, aku terlalu terlampau stress + pemakanan memang tak jaga sangat la.
Kemudian Cyst y doktor keluarkan tadi, dah hantar lab. Doktor nak check n confirmkan sama ada cyst tu endometriosis ke idok. Doktor suspek endometriosis sebab masa pecahkan cyst tu ada chocolate blood.
Kalau endometriosis, nak kena stopkan period 3 bulan. Omg. Scary. Tak terpikir akan dapat cyst ni weh.
Jenis endometriosis ni juga, dia akan repeat jadi berkali-kali. Ni aku 1st time jadi. Sebelum ni tak pernah jadi langsung.
Kalau bukan endometriosis, dalam 2 bulan doktor kata confirm mengandung dah.
Aku xtau la nak fikir n rasa apa. Hahaha.. Allah dah tentukan semua.
Kalau endometriosis, adalah hikmah dia tu. Kalau bukan endometriosis pun ada hikmah dia. Allah dah atur cantik dah. Aku ada juga zuriat. Orang lain, terus dapat endometriosis n tak ada zuriat. Sedih kan. Setiap yang jadi ada hikmah dia. Ada zuriat, tak ada zuriat, struggle dia tetap ada. Hikmah pun tetap ada.
Lepas ni aku kena banyakkan lagi makan sayur. Padahal aku ni memang hantu sayur.
Lepas ni aku kena bffffff dengan sayur hijau. Brokoli, sawi, avocado… makanan bersusu, cheese kena elakkan terus. Red meat pun kurangkan or terus xambl lgi bagus.
Aku gila susu juga. Tapi cheese memang aku tak makan sangat. Memang aku xsuka cheese. So senang la nanti tinggal terus.
Jangan ingat minum air terlalu banyak bagus untuk kesihatan. Memberi kesedaran tentang itu, doktor ini kongsi infonya. Semoga bermanfaat.
BAHAYA MINUM AIR BERLEBIHAN
Berapa banyak nak minum air kosong?
Lagi banyak minum lagi bagus? Minum 2-8 liter?
Apa kata kajian saintifik. Berapa liter air perlu minum?
Kajian saintifik kuantiti air perlu diminum sehari adalah KONTROVERSIAL.
Kenapa kontroversial?
Lain cuaca, lain berat badan individu, lain aktiviti tengah berlari atau tengah nonton TV.. Makanan pun ada kandungan air perlu ambil kira juga.
Tentu lah keperluan setiap individu berbeza.
Jadi, macam mana nak tahu keperluan air kita cukup atau tidak?
Saya suka kaedah pemerhatian WARNA AIR KENCING.
Jika warna tak jernih, minum lagi ya tuan-puan.Jika sudah jernih warnanya..kurangkan minum air.
Pada saya, lebih mudah tak perlu penyukat pun.. Tengok tanda yang badan kita kabo saja perhatikan tanda-tanda kebesaran Allah memudahkan kita ni.
Simple kan?
Mungkin tak perlu 8 gelas air sehari pun.
800ml maksimum jika ada masalah buah pinggang
1000ml maksimum jika ada lemah jantung.
Atau seperti dinasihatkan doktor.
Bukan tak boleh sukat air minuman itu. Teruskan lah usaha murni itu. Cuma jangan berlebihan limit “sihat” yang kita duk dengar “orang kata”.
Secara amnya, 1-2 liter sehari sudah mencukupi untuk sihat.
Jangan termakan dengan claim berlebihan.
Amalan minum air berlebihan mesti 4-6 liter ke atas sehari untuk kurus..Selalunya nasihat sebegini bahaya untuk kesihatan.
Kita minum untuk pulihkan dan kekalkan KESEIMBANGAN.
Minum air berlebihan tak bagus untuk kesihatan kerana ganggun fitrah keseimbangan badan.
1) GANGGUAN PENCERNAAN.
Air berlebihan boleh cairkan asid perut dan enzim pencernaan. Sebab tu saya minum air lebih waktu perut kosong. Sebelum, sewaktu, selepas makan.. saya limitkan maksimum segelas saja.
Makanan tak hadam boleh bebankan sistem pencernaan tuan-puan. Ramai orang perut problem zaman sekarang ni.
2) WATER INTOXICATION
-Garam sodium dalam badan jadi “cair” banding dalam sel. Jadi air akan masuk dalam sel.
– Muka bengkak, kaki bengkak.
– Tekanan darah boleh meningkat.
– Degupan jantung jadi perlahan.
– Susah bernafas.
– Badan jadi lemah.
– Kekejangan.
-Sel badan jadi bengkak.
Paling kita takut ialah otak jadi bengkak.
Iya. Boleh jadi CEREBRAL EDEMA.
* Sakit kepala
* Meracau
* Confuse
* Sawan
* Kerosakan otak kekal
* Koma
* Mati
Minumlah berpada. Perhatikanlah tanda-tanda badan kita dan waspada lah dakwaan kesihatan tanpa asas sandaran ilmu.
Lima beranak yang dilapor hilang sudah ditemui, semua selamat. Lima sekeluarga dilaporkan hilang setelah keluar dari sebuah rumah di Persiaran Rimba Permai, Sepang, Jumaat lalu telah ditemui selamat.