Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.
Malah pakar juga turut bersetuju latihan menunggang kuda dapat membantu membina kekuatan kaki walaupun lumpuh.
Bukan itu saja bahkan terapi ini sudah banyak diamalkan dan terbukti berkesan di seluruh dunia seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, New Zealand dan Singapura.
Melalui petikan berita Harian Metro, terdapat satu organisasi di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk orang kurang upaya (OKU). Organisasi tersebut adalah The Riding for the Disabled Association (RDA) Malaysia yang telah bertapak sejak tahun 1989.
Kemudian, ia mula dijalankan oleh ahli terapi pekerjaan yang berkelayakan dan membabitkan pelbagai aktiviti. Antaranya mengenali kuda dan pembelajaran menunggang haiwan tersebut.
Berikut merupakan 7 kesan positif buat anak berkeperluan khas yang boleh diperoleh daripada terapi berkuda, menurut Ketua Jurulatih Terapi Berkuda RDA Malaysia, Muthusamy Kandasamy.
1. Memperbaiki pemprosesan saraf dan deria dalam otak
Menunggang kuda dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan pemprosesan deria seperti autisme dan Gangguan Perhatian Defisit Hiperaktif Gangguan (ADHD).
Ads
Aktiviti ini terbukti mampu membantu memperbaiki pemprosesan saraf dan deria dalam otak.
2. Perkembangan kognitif dan bahasa
Selain itu, terapi menunggang kuda juga didapati memberi manfaat kepada perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme serta masalah intelek.
3. Meningkatkan beberapa kemahiran sosial
Kesan aktiviti menunggang kuda terhadap sosial turut dikaji dan didapati dapat membantu meningkatkan beberapa aspek kemahiran sosial.
4. Mengasah kemampuan mendengar arahan dan melaksanakannya
Aktiviti regangan tangan dan bahu ketika di atas kuda, merupakan antara aktiviti yang biasa dibuat setiap kali sesi terapi berkuda bagi penunggang OKU.
Ia bertujuan mengasah kemampuan penunggang mendengar arahan dengan baik dan seterusnya dapat melaksanakan arahan yang diberikan.
Ads
5. Membina keyakinan diri
Aktiviti asas yang selalu diamalkan ketika menunggang kuda dibuat untuk menggalakkan penunggang berinteraksi dengan ‘side walker’. Side walker merupakan alat sokongan ketika menunggang kuda.
Di mana, pada masa yang sama dapat membina keyakinan diri dan memberikan kerjasama.
6. Beri peluang pembelajaran kepada pergerakan berjalan
Bagi anak yang mengalami ketidakupayaan fizikal (OKU fizikal), aktiviti menunggang kuda dapat memberi simulasi pergerakan pelvis dan anggota bawah yang serupa dengan aktiviti berjalan.
Ini akan memberi peluang pembelajaran kepada pergerakan berjalan lebih baik untuk anak yang tidak mampu berjalan sendiri.
Ads
7. Belajar menyeimbangkan badan
Terdapat aktiviti menunggang kuda dalam bentuk zigzag yang akan dapat membantu penunggang untuk belajar menyeimbangkan badan.
Daripada segi saintifiknya pula, aktiviti kuda berjalan ketika anak sedang menunggangnya akan dapat merangsang sistem deria vestibular bagi integrasi sensori di otak bagi penunggang itu.
Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan kita dilihat kian lupa memakai pelitup muka dan menjaga jarak sewaktu berada di tempat awam sehingga lupa akan kewujudan COVID-19.
Terbaharu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dua varian COVID-19 utama dalam penularan penyakit itu di China iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.
Katanya, kedua-dua varian berkenaan dikesan dalam 80 peratus kes COVID-19 di China. Setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes positif melibatkan BA.5.2 manakala tiga lagi kes adalah BF.7 dikesan di Malaysia.
Bagaimanapun, kedua-kedua varian berkenaan tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum tergolong sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Walau bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China.
“Tetapi belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Isnin.
Untuk pengetahuan, BF.7, singkatan untuk BA.5.2.1.7, berasal daripada varian Omicron BA.5 dan pertama kali dikesan di dunia pada Julai 2022.
Dalam pada itu, beliau memberitahu varian XBB dikesan mendominasi penularan COVID-19 di negara ini sepanjang Disember lalu. Malah, subvarian Omicron merangkumi 55.4 peratus daripada bilangan sampel yang menjalani penjujukan genom.
Jelas Dr Noor Hisham, varian XBB juga masih merupakan varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak Oktober lalu.,
“Ia diikuti dengan varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus). Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian LUM WHO,” katanya.
Selain itu, data daripada negara-negara lain yang mengalami penularan XBB seperti Singapura dan India menunjukkan peningkatan bilangan kes jangkitan semula.
Katanya lagi, peningkatan itu berlaku dalam kalangan penduduk yang dijangkiti semasa gelombang Delta atau dijangkiti oleh varian membimbangkan (VOC) Omicron sekurang-kurang enam bulan lalu.
Dr Noor Hisham berkata, kejadian jangkitan semula berlaku disebabkan ‘immune escape’ yang lebih tinggi oleh XBB.
“Ini mungkin disebabkan oleh tahap antibodi yang sudah mula berkurangan dan menyebabkan jangkitan semula tidak dapat dielakkan,”jelasnya.
Semua orang dinasihatkan untuk menjaga diri daripada membendung berlakunya penularan COVID-19 kepada orang lain.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Doktor selebriti, Dr Say Shazril yang mempunyai seorang nak autisme turut berkongsi kerisauan hatinya dan isteri akan kebarangkalian anak ketiganya yang dikhuatiri turut mempunyai masalah yang sama.
Melalui Instagramnya, Dr Say tampil berkongsi ilmu mengenai anak autisme yang cenderung berlaku kepada anak lelaki sekaligus berkongsi kisah anak ketiganya yang turut dikhuatiri mempunyai masalah sama.
“Seperti dijanjikan ini kisah Zeq. Bulan ni dia 4 bulan. Saya sangat berharap Zeq is normal sebab terus terang cerita pernah ada anak autism.
Penat merisaukan what the future might hold for them. Tapi sekiranya memang itu ketentuan Ilahi, saya terima seadanya.
“Masa saya tahu yang kandungan ketiga adalah boy terduduk kami dibuatnya. Bukan terduduk sebab tak dapat baby girl tapi tapi risau dengan kebarangkalian empat kali ganda dan 20 peratus lagi risiko jika anak ada yang turut mempunyai autism.
Lepas anak ketiga kami lahir kami pantau betul-betul setiap perkembangannya, dia tengok muka kami ke tak, senyum tak bila kami senyum dekat dia, ada bunyi lain tak selain menangis masa dia dua bulan and sadly dia tak buat semua itu.
Masa appoitment vaksin dua bulan dengan pakar neurologi kanak-kanak, Dr Sofia di SJMC, kami beritahu kerisauan kami dan Dr cakap “Zeq is not responding according to his development”.
Tapi perkembangan Zeq sebiji macam Ace masa dia dua bulan and family members kami pun ada yang perasan benda ni. Zeq melilau je bila pandang muka dia.
Bila diagah-agah pun tak senyum. Tapi Dr tenangkan kami dan minta kami lebihkan interact dengan dia sebab children’s brain is malleable pada usia ni. Jadi go and out,” kongsinya menerusi sebuah video di Instagram.
Tambah Dr Say lagi, dia dan isteri bagaimanapun mampu menarik nafas lega seketika bila mana doktor memberitahu perkembangan terkini mengenai anaknya. Malah usahanya dan isteri dilihat membuahkan hasil.
“Lepas seminggu appoitment tu kami ambil helper dari Indonesia khusus untuk interact dengan Zeq dan masak sahaja sebab masa kami busy, kami mahukan interaction berterusan buat Zeq.
Mujur helper Indonesia kami ni cukup sukakan budak-budak. 7 Mei baru-baru ini appoitment dengan Dr Sofia dan isteri beritahu “Dr Sofia cakap Zeq progress is up to date.
Dia dah ada social smile, ada good eye contact, senyum bila kena agah, banyak babble, development lain pun up to date. Alhamdulillah saya rasa lega sikit.
Tapi adakah ini bermaksud Zeq bebas dari autism? Tidak sama sekali sebab perkembangan kanak-kanak yang ada autism ni boleh regress, hari ini mungkin boleh senyum lebar, esok lusa atau minggu seterusnya senyuman itu mungkin hilang.
Selalunya dignosis dibuat pada umur bayi setahun enam bulan jadi kami ada masa yang lama lagi untuk kami tarik nafas lega. Kami masih berjaga-jaga bukan kerana kami paranoid tapi supaya kami lebih bersedia mentally, physcially and financially. Apa-apa pun minta jasa baik korang doakan baby Zeq ye peeps?,” katanya panjang lebar.
Semoga Zeq menunjukkan perkembangan yang lebih baik dari hari ke hari.
Mungkin ada yang pernah alami dengan masalah buang air kecil yang tak lawas. Hal ini memang diakui menyebabkan sesiapa pun rasa tidak selesa. Apa tidaknya baru sahaja ke tandas, kemudian tidak sampai lima minit terasa ingin lagi ke tandas.
Sudahlah bila kencing, keluarnya sedikit dan ditambah pula rasa perit seakan ingin menangis dibuatnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian Telekung Rawdah Nayla Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
TANDA-TANDA MENGALAMI KENCING TIDAK LAWAS
Asyik rasa nak kencing
Perasan rasa tidak puas selepas membuang air kecil
Air kencing meleleh walaupun ketika itu pesakit tidak membuag air kencing.
Rasa sakit ketika membuag air kencing.
Arus air kencing yang tidak kuat.
Terpaksa meneran untuk memulakan pengeluaran air kencing.
Jika ini yang anda alami, segeralah berjumpa doktor dan dalam masa yang sama boleh juga amalkan beberapa petua orang dulu-dulu yang diakui dapat menjadi penawarnya
LOBAK PUTIH
Menurut perkongsian Amatshah Talib di akaun fbnya, lobak putih dikatakan boleh merawat masalah kencing tidak lawas jika diamalkan. Cara penyediaan rawatan ini juga cukup mudah, ambil sebatang lobak putih, kemudian diparut hingga menjadi segelas air. Jika tiada parut, boleh juga menggunakan blinder.
Parutan lobak putih tersebut di minum sebelum tidur setiap 3 hari berturut-turut. Diingatkan juga untuk membaca selawat. Kemudian jarakkan seminggu sekali hingga sebulan sekali untuk kekal sihat.
Ekstra Info :
Yang tak tahan baunya, tutup hidung terus minum. Lobak ni parut mentah, makan mentah, jangan kupas kulit.
Selain amalkan cara yang disarankan oleh rakan fb kita ini, anda juga boleh mencuba dengan beberapa petua yang lainnya yang juga diakui boleh membantu untuk melancarkan proses pembuangan air kencing. Antaranya adalah seperti :-
DAUN SIRIH
Ambil beberapa helai daun sirih kemudian direbus. Amalkan minum air rebusan tersebut dua kali sehari.
BARLI
Rendam segenggam barli kemudian rebus hingga empuk. Jadikan amalan minum air rebusan bali setiap hari. Ini akan dapat membantu meredakan masalah pembuangan air kecil dan dalam masa yang sama menyejukkan badan.
NANAS
Ambil nanas yang belum masak dan kupas kulitnya. Kemudian dikisar bersama air. Minum air jus tersebut dua kali sehari sehingga anda tiada lagi berhadapan dengan masalah kencing tidak lawas.
AIR MASAK
Ini adalah ubat yang terbaik untuk atasi masalah kencing tidak lawas ini. Oleh itu, pastikan minum air dengan banyak.
DURIAN BELANDA
Cari durian belanda yang belum masak, dan kemudian ambil isinya dan didihkan bersama air. Setelah itu biarkan suam dan jika perlu tambahkan sedikit gula untuk memberi rasa sebelum diminum. Amalkan sehingga hilang masalah kencing tak lawas itu.
Namun sekiranya rasa sakit setiap kali ingin membuang air kecil, dan masalah kencing tidak lawas turus dialami adalah lebih baik disarankan agar bertemu dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti tentang masalah tersebut.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.