Secara zahirnya apabila seorang isteri melahirkan anak, itu bermakna dia sanggup berkorban nyawa untuk suaminya demi melahirkan anak penyambung zuriat. Bayangkanlah betapa sukar dan kepayahan yang dilalui dan apa yang nyata, begitu besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri ini.
Menyedari hal ini, terpanggil seorang lelaki yang juga merupakan suami untuk menyeru lelaki-lelaki lain agar menghargai pengorbanan wanita yang bergelar isteri. Ayuh kita baca isi hatinya agar dapat menjentik hati lebih ramai suami agar tahu hargai isteri mereka.
HARGAI ISTERI
Saya selalu pesan kepada adik dan kawan-kawan lelaki. Hargai isteri walau apa pun terjadi. Jangan kerana sedikit kelemahan mereka, kita melihat kelebihan ada pada perempuan lain. Kadang-kadang belum tentu perempuan lain dapat bahagiakan kita sebagaimana isteri kita lakukan sekarang. Isteri yang ada sekarang ‘pernah mati’ untuk kita.
Mereka tiada sesiapa lagi setelah sah bergelar isteri kita. Segala suka duka semuanya diharungi bersama kita. Ada mak ayah menangis setelah anak sah menjadi isteri orang. Menangis gembira dalam masa yang sama, mereka risau dan harap agar kita jaga anak mereka dengan baik.
Saya kesian setiap hari terima mesej masalah rumahtangga, kita dengar suami pukul isteri,mula berkasar terhadap isteri,curangi isteri. Mula tidak sayang isteri, mula ada perempuan lain. Kenapa ada lagi lelaki sanggup ceraikan isteri dan tinggalkan mereka sebatang kara bersama anak-anak semata-mata kerana perempuan lain.
Ads
Kita sepatutnya sebagai suami lindungi mereka, bimbing mereka, jaga amanah yang diberikan oleh mak ayah mereka. Sebelum kahwin, semua syarat kita boleh terima. Kenapa setelah kahwin kita lupa segala syarat yang diberikan?
Sebelum kita pukul isteri, tampar isteri. Cuba minta kawan tampar ibu kita. Apa kita rasa? Kalau tak koma, mungkin mati kawan kita itu.
Semua Kerana Allah
Ads
Sebab itulah saya pesan kepada remaja sekarang, suka perempuan niat kerana Allah. Jika kita letak hukum Allah dalam cinta kita kepada perempuan, kita akan hargai mereka sampai mati.
Jika kita mahu isteri baik,solehah kita perlu usaha untuk jadi soleh,jadi lelaki yang taat Allah dan Rasul. Perkahwinan bukan hanya diletakkan rasa seronok pada hati sahaja, sebalik ia merangkumi tanggungjawab yang besar.
CINTAperlukan pengorbanan. Sahabat Nabi S.A.W sanggup putus jari, putus tangan, kaki, kepala untuk dapat CINTA Allah. Khadijah r.ha asalnya orang yang sangat kaya, sanggup KORBAN kekayaan demi Allah dan Rasul. Begitulah juga jika kita cinta pasangan kerana Allah. Pimpin keluarga untuk ikut kehendak Allah. Dalam hubungan ketepikan KEHENDAKkita, berusaha tunaikan KEHENDAK pasangan.
Ads
Suami isteri setiap hari puji pasangan, ucap terima kasih, sayang, rindu kepada pasangan. Luangkan masa untuk dengar setiap keluhan, masalah pasangan. Jadi pendengar yang setia setiap perkongsian.
Tuan puan. Banyak bagi masa untuk berdoa. Mengadu segalanya kepada Allah, tiada sesiapa pun dapat selesaikan masalah kita kecuali Allah. Tiada siapa pun dapat tenangkan hati kita kecuali Allah. Tiada sesiapa pun dapat bahagiakan kita kecuali Allah.
Selalu juga kita dengar isteri ini ada instinct terhadap suaminya. Kalau rasa tidak sedap hati, adalah yang tidak kena. Ini kerana hubungan suami isteri itu sangat rapat atau mungkin naluri itu juga adalah merupakan suatu anugerah daripada Allah buat wanita bergelar isteri yang telah banyak berkorban demi suami tercinta.
Bukan sahaja boleh merasai tidak sedap hati bila suami dilanda masalah bahkan seakan dapat ‘dihidu’ setiap perbuatan yang dilakukan oleh suaminya.
Menurut perkongsian seorang suami ini, bila isteri berdepan dengan masalah dirinya ditipu umumnya tindakan yang dibuat oleh wanita ada yang berdiam diri. Mengapa begitu?
Mengetahui lanjut ini perkongsiannya;
Isteri tahu suami tipu dia…
Tapi dia buat-buat tak tahu sebab dia tak nak bergaduh atau bermasam muka…suami balik rumah, suami sembang dengan dia, dia sambut dengan senyuman dan dia layan macam biasa…
Boleh ja dia terus serang, boleh ja dia buat muka dan tak bercakap berhari-hari…
Tapi itu tak akan membuatkan suami sedar apa yang dia buat…isteri nak suami mengaku sendiri daripada isteri tu bagi tahu kesalahan dan kesilapan suami…bila isteri yang bagi tahu, belum tentu suami nak mengaku atau admit…
Suami akan berdalih, suami akan bagi alasan, dan worse part is suami salahkan balik isteri sebab check apa yang dia buat, ke mana dia pergi, dengan siapa dia bergaul dan sebagainya…
Isteri ni nak hidup yang tenang…
Dia ada banyak urusan lagi yang dia perlu lakukan…dia ada banyak benda lagi yang dia nak fikirkan…sebab tu bagi isteri, jalan dan langkah yang terbaik ialah berdoa kepada Allah s.w.t…biar Allah s.w.t yang buat suami mengaku…biar Allah s.w.t yang buat suami sedar…
Biar Allah s.w.t yang detikkan hati suami untuk berterus terang dan jujur…
Dia tahu doa itu adalah senjata seorang isteri…dia memilih untuk berdoa daripada bergaduh walaupun dia sedar dia sedang ditipu suami sendiri…
Anak ini jiwanya halus dan begitu sensitif. Lebih-lebih lagi apabila ibu bapanya merupakan seorang yang serius dalam mendidik anak-anak. Setiap kata-kata ibu bapa umpama arahan.
Anak tidak boleh ingkar arahan ibu bapa. Tiada langsung selit humor dalam mendidik anak. Kesannya anak menjadi seorang yang takut kepada ibu bapa. Natijahnya memberi kesan kepada perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak.
Sebagaimana perkongsian kaunselor Puan Farhana melalui catatanya. Beliau menegaskan bahawa ibu bapa tidak perlu menguruskan anak dalam keadaan tertekan sebaliknya lakukan dengan perasaan gembira dengan diselitkan unsur humor.
Kadang kadang, bila kita stress mengurus anak sehari harian, kita lupa untuk selitkan unsur humor dengan anak anak.
Bagi ibu dan ayah di luar sana, nak didik anak mesti seriussss.
Sedangkan bila kita selitkan gurauan, anak anak lebih mudah untuk kembali ‘jinak’
Saya nak bagi tips bila anak bergaduh atau buat perangai.
Kita selitkan unsur humor sedikit
1.Bila anak buat perangai cuba untuk ketawa terbahak bahak.
2.Bila anak buat perangai, cuba untuk tiru gaya anak anak.
Cara anak menjerit, cara mereka merajuk.
Tiru sahaja apa yang mereka buat.
Anak anak akan terdiam, terkejut dan ‘lupa’ seketika masalah mereka🤣
3. Bila anak buat perangai, cuba untuk bertukar watak menjadi watak kartun kegemaran mereka.
Contohnya anak tidak mahu gosok gigi
Anda boleh bawa watak kartun Boboi Boy.
“Boboi Boy datanggg. Kuasaa berus gigiiiii. Jom berus gigi”😄
Lakonkan watak itu sehingga anak rasa seronok dan lupa bahawa mereka sebenarnya tak nak gosok gigi. Tapi, sebab seronok tengok watak yang kita lakonkan, senang pula dia beri kerjasama😏
Dengan cara di atas, ia akan mengurangkan sedikit sebanyak stress ibu dan ayah dalam sehari harian
Anak anak pula lebih tenang dan tidak terasa bahawa ibu dan ayah ini ibarat polis sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang meluahkan kecewa apabila perkhidmartan LRT tergendala bermula hari ini. Rata-rata bimbang apabila ia akan menjejaskan rutin harian untuk ke tempat kerja.
Memetik laporan Bernama, RapidKL pada hari ini mengeluarkan notis gangguan perkhidmatan LRT yang melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park selama tujuh hari bermula hari ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Penggantungan operasi itu bermula dari 9 November sehingga 15 November ini melibatkan stesen LRT yang beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 11 malam sahaja.
16 Stesen LRT tersebut adalah, Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan terakhir Ampang Park
Stesen-stesen lain akan beroperasi seperti biasa namun akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam.
16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama 7 hari bermula hari ini (9 Nov).
Lain-lain stesen beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam. pic.twitter.com/C3djwnN8W6
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.