Jeruk sememangnya makanan yang terkenal di Malaysia. Jeruk selalunya menggunakan buah atau sayur yang diperam untuk tahan lebih lama.
Bagi penggemar jeruk, jangan bimbang kerana Malindawati Mohd Fadzil ada berkongsi resipi paling mudah. Katanya resipi ini juga selamat dimakan kerana tiada bahan-bahan pengawet yang tidak bagus.
Selain itu, jeruk betik ini juga sangat sedap kerana kombinasi rasanya yang rangup, masam, masin, manis dan pedas. Memang tak rugi kalau anda cuba.
Geram juga asyik rosak aje pokok. Masalah daun bergulung dan kerinting, memang pokok susah nak jadi subur. Malah pokok juga kena serangan seranggan perosak.
Memang sedih tengok tanaman cili, kobis, sawi dan pokok-pokok yang ditanam di halaman habis rosak!
Antara serangan seranggan perosak seperti kutu thrip, hama, semut dan sebagainya adalah antara penyebab berlaku masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang lubang.
Nak tahu cara nak atasi masalah ini jom ikuti perkongsian puan Liyana Mohd Poad ini. Memang berguna untuk pencinta kebun!
Semburan Bawang Putih Atasi Masalah
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SEMBURAN ORGANIK GUNA BAWANG PUTIH
INI BAHAN-BAHANYA:
Cili padi 6 tangkai.* 5 ulas bawang putih.* Halia 3 hiris.* Sesudu minyak masak. Sesudu cecair pencuci pinggan. Air paip 250ml.*
CARA PENYEDIAAN:
*Kisar semua bahan bertanda*. *Tuang ke dlm bekas kedap udara,tutup dan biarkn 12 jam dlm suhu bilik. *Slps 12 jam, tapis bahan² yg tlh dikisar.
*Ambil 30ml pati + 1L air biasa dan masukkn ke dlm botol spray.Campur sesudu minyak masak & sesudu cecair pencuci pinggan.Goncang.Sedia utk digunakan. *Spray pd pokok pokok yg mmpunyai mslh kutu thrip,hama,semut dsb yg mnybbkn masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang lubang.
Lakukn pd sblh ptg shj slps siram pokok.Terpakai utk semua jenis tanaman berumur sebulan ¹/² ke atas.Lakukan seminggu dua kali.
*Pati semburan organik blh disimpan ke dlm peti sejuk dan tahan utk tempoh 3 bln. Selamat Mencuba.
Pulang daripada kerja, pasti badan terasa penat dan mula rasa malas nak masak. Tapi demi keluarga terpaksa digagahkan juga memasak buat mereka. Sebab itu para isteri sentiasa tercari-cari cara untuk memudahkan kerja dan memendekkan masa memasak.
Prihatin dengan masalah ini Rajenaz Nazira menerusi akaun Facebooknya berkongsi tip untuk membantu ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah di luar sana menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak. Mengikut caranya menu untuk keluarga dapat dihidang paling lama 30 minit. Ikuti perkongsiannya.
Tips 1 : Pengasingan lauk
Semua ayam, udang, sotong siang dan basuh siap-siap kecuali ikan. Jangan basuh ikan, siang sahaja, kalau basuh ikan kemudian anda bekukan ia akan cepat rosak.
Lagi satu, jangan asingkan mengikut jenis sahaja tetapi asingkan mengikut kuantiti sekali masak. Kalau sekali masak perlu 4-5 ekor ikan, asingkan dalam bekas dengan kuantiti tersebut. Jangan simpan semua lauk dalam satu bekas sebab selepas defrost kan lauk sebaik- baiknya terus masak. Jangan re-frost lagi. Sebab itu mengundang toksik.
Tips 2: Simpan dalam bekas bahan memasak
Gunakan bekas yang transparent untuk anda kenal pasti kandungannya. Sebaik- baiknya label bahan tersebut untuk menjimatkan masa anda untuk mencari bahan mana yang diperlukan.
Pengasingan semua bahan-bahan memasak ini penting bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan tempoh ketahanan.
Tips 3 : Kopek bawang
Sabtu atau Ahad kopek (buang kulit/kupas) bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Ingat ya, bawang merah dan bawang besar ni bersifat penyerap bakteria sebab itu kita boleh gunakan sebagai alternatif untuk merawat demam panas dan selesema.
Jadi kalau kopek kulit kena terus masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Apabila nak masak ambil ikut keperluan sama ada untuk tumbuk atau hiris. Tidak payah buang masa nak kopek. Kerja mengopek bawang ini sebenarya melambatkan proses memasak.
Tips 4 : Tumis Cili
Cili kisar ini penting. Menumis cili kisar ini memang leceh. Sebab apa? Kalau menumis habislah dinding dapur merecik. Satu hal nak lap kan. Menumis cili mesti kena betul-betul masak baru boleh hasilkan masakan yang sedap.. Jadi , itu mengambil masa yang panjang. Jadi, siapkan cili kisar yang sudah siap tumis.
Kisar cili dan tumis untuk kuantiti seminggu (agak-agak dengan pelan memasak kita). Selepas tumis, sudah terbit minyak, sejukkan, bekaskan kemudian simpan dalam peti ais. Kalau diletakkan bahagian bawah paling lama boleh simpan seminggu sahaja.
Kalau cili tu banyak simpanlah di bahagian freezer, tahan sampai 3 bulan. Apabila nak masak. Ambil cili yang siap bertumis itu. Mudah dan cepat kan.
Tips 5 : Basuh dan rendam sayur dengan garam
Sayur-sayuran jenis cepat layu dan rosak. Apa yang kita boleh buat, lepas beli, basuh sayur dan rendam dengan air garam dalam 5 minit untuk melanjutkan tempoh kesegaran sayur-sayur tersebut. Kemudian, toskan lalu masukkan ke dalam bekas. Apabila nak masak barulah ambil. Kaedah ini boleh menjimatkan. Tidak perlu beli sayur setiap hari.
Tips 6 : Senaraikan menu masakan
Tip ini paling penting, sebelum masak kena senaraikan apa menu untuk seminggu dan tampal pada peti ais atau catat pada telefon bimbit. Kaedah ini dapat mengelakkan anda membuang masa memikirkan apa menu yang ingin dimasak.
7. Ikut turutan yang betul
Ketika mahu memasak, periksa senarai menu dan buat pilihan. Untuk yang bekerja, buka sahaja pintu rumah, jangan tanggalkan tudung dan tukar baju. Ambil lauk yang ingin dimasak dan defrost terlebih dahulu dan kemudian masak nasi. Dua perkara ini yang paling mengambil masa. Setelah itu, barulah boleh mula memasak.
Dengan tip ini Puan Rajenaz mampu menyediakan Sup Sayur dengan fish cake untuk anak-anak dan Ayam Masak Kicap Cili Kering dalam masa lebih kurang 20 minit.
Jika mahu menjimatkan masa, bolehlah cuba tip ini. Confirm 30 minit siap hidangan anda dan sinki pun siap bersih sekali.
Jom Cuba…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dulu mak-mak kita buat sandwic menggunakan inti sardin atau telur untuk sarapan pagi atau waktu pergi berkelah.
Tetapi kini menu sandwic sudah berada pada tahap lain. Ia sudah masuk dalam senarai menu di kebanyakan hotel, restoran fine dining, kafe bahkan sudah ada restoran khusus yang menghidang pelbagai pilihan sandwic.
Selain dari itu sudah ramai juga usahawan dalam talian yang menjual menu sandwic ‘kayangan’ dan mendapat sambutan ramai pelanggan yang berpuas hati membeli.
Apa kata kita belajar buat sendiri sandwic macam di hotel yang menggunakan bahan-bahan premium dan sudah pastinya dijamin berkhasiat.
Sesuai untuk dijadikan snek bekalan ke tempat kerja atau anak-anak ke sekolah. Barulah mereka berselera makan sandwic kayangan mama sediakan.
Puan Zurina Zulkefli berkongsi cara-caranya membuat sandwic di facebook beliau.
Suami minta saya buatkan sandwich untuk bekal minum petangnya di tempat kerja. Saya kalau buat sandwich, saya akan buat betul² macam makan di restoran atau hotel. Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Saya ambil masa 20 minit untuk siapkan bekal. Saya kongsikan resepi di setiap gambar ya untuk ibu² mencuba sempena sesi sekolah bermula. Boleh buat bekal untuk anak² tersayang
Bahan-bahannya:
Cara-caranya:
1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad.
2. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.
3. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.
4. Letakkan satu kepingan keju.
5. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.
6. Susun hirisan timun jepun.
7. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.
8. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).
Siap sandwich 3 tingkat.
Tip potong sandwic nampak cantik
Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sadnwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.
Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...