Pelakon komedi Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain, pada jam 2.19 petang ini.
Arwah dimasukkan ke hospital enam hari lalu, namun keluarganya menafikan arwah dalam keadaan tenat sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sebelum ini, Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan hanya mampu terlantar atas katil selepas dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu.
Bintang yang dikenali menerusi komedi, Panglima Badol yang diterbitkan pada 1978, dilaporkan tidak pernah menghidap penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan keadaannya yang semakin uzur pada usia menginjak 90 tahun.
Ads
Beliau juga pernah membintangi filem Gila-gila, Sikit Punya Gila, Ragam Pemandu dan Zombie Kampung Pisang.
Hamid mendirikan rumah tangga dengan Timah Abdul Hamid, 80, pada April 1957 dan dikurniakan lapan cahaya mata.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dulu dirinya menjadi inspirasi pada semua orang. Kini bila dah berumahtangga dan memiliki 6 orang cahaya mata, didikannya pula menjadi contoh buat orang ramai terutamanya pengikut di laman sosial terutamanya di Instagram.
Rentetan dari kes matapelajaran matematik yang hangat diperkatakan, tidak ketinggalan angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor memuat naik video anaknya Adam & Noah yang sudah memasuki umur 5 tahun membuat soalan subjek tersebut.
Perkara itu dikongsikan beliau sendiri di laman Instagram miliknya dan dibahagian kapsyen perkongsian Dr Sheikh, penting bagi anak-anak untuk kuasai matematik. Mereka perlu tahu selesaikan tambah, tolak, darab dan bahagi sebelum memasuki sekolah rendah.
Sekurang-kurangnya secara asas.
Selain beliau meletakkan matlamat untuk setiap anak-anaknya dapat khatam al-Quran pada usia 6 tahun, seperti mana yang telah berjaya dilakukan oleh anak sulung beliau Tasha dan anak kedua beliau, Bella. Beliau juga mementingkan dari aspek pembelajaran akademik seperti bahasa dan matematik diterapkan sejak usia semuda yang mungkin.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bertanyakan beberapa tips yang diamalkan oleh Dr. Sheikh Muszaphar. Antara persoalan yang diutarakan adalah, adakah anak yang genius mesti ‘datang’ dari mak ayah yang juga merupakan seorang yang genius? Ramai nak tahu!
Menurut beliau, apa yang penting adalah untuk mak ayah mulakan sistem pendidikan di rumah secara khas sejak dari usia yang muda. Lagi awal permulaan pendidikan sebegini, lagi cepat untuk otak anak-anak tangkap segala ilmu yang dicurahkan.
Dalam rumah tangga kena ada give and take, saling memahami antara satu sama lain. Usah biarkan benda-benda kecil menjadi penyebab anda suami isteri bermasam muka.
The best thing klu nak rumahtangga kita bahagia, aman damai dan tenang sejahtera ialah dgn adanya common sense antara kita dan pasangan…
Below are 10 common sense yg patut ada dlm rumahtangga :
1. Nampak suami balik keje, muka ketat, penat, letih, isteri terus sambut dgn gembira, tak byk ckp, tak byk tanya, tak bagi ank2 serbu dan ganggu. Biar suami rehat dan bertenang dahulu.
2. Suami tgh belek2 handphone, nampak isteri sibuk buat keje2 rumah, sibuk jaga anak2, keadaan tak terkawal, isteri dah mula tinggi2kan suara. Suami letak hp, terus tolong isteri apa yg patut.
3. Baju di ampaian dah kering, terus kutip tanpa perlu suruh pasangan…sampah dah penuh dlm tong sampah, terus buang tanpa perlu suruh pasangan…pakaian kotor dah penuh dlm bakul, terus masukkan dlm mesin, basuh dan jemur tanpa perlu tunggu pasangan buat.
4. Lepas makan, angkat pinggan dan basuh pinggan tanpa perlu meninggalkan pinggan di meja ataupun dlm sinki.Kemaskan dapur sebelum bergerak ke ruang tamu mahupun bilik.
5. Rasa mcm dah lama tak bwk pasangan makan diluar ataupun melancong ataupun bersiar2, terus ajak pasangan utk buat smua perkara tu.
6. Hari ni atau kelmarin atau minggu lepas birthday pasangan ataupun ulang tahun perkahwinan, terus wish tanpa perlu tunggu sapa yg nak wish dulu. Kalau terlupa, minta maaf dan terus terang kata lupa dan jgn jadikan si dia tak wish birthday or anniversary sebagai 1 isu besar.
7. Bwk isteri balik jumpa org tuanya jika dah lama x balik kampung halaman isteri.
8. Balik keje, terus balik ke rumah, jgn melencong tempat lain. Seharian dah isteri tunggu dirumah, maka jgn bg dia tunggu lagi disebabkan kita nak melepak dgn kwn2.
9. Bagi penghargaan kpd pasangan atas apa yg dia dah lakukan. Penghargaan tak semestinya berbentuk hadiah, ucapan terima kasih sudah memadai dan mencukupi.
10. Berhubungan dgn pompuan lain dibelakang isteri, tanpa pengetahuan isteri, dan ianya bukan disebabkan faktor keje adalah sesuatu yg salah…u should know that right? Jd jgn buat.
It’s common sense right? Ada lagi nak tambah? ??
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramadhan semakin beransur pergi dan Syawal akan menjelma lagi. Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Aidilfitri adalah hari kejayaan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa dan mengawal hawa nafsu serta menunaikan ibadah tertentu seperti menunaikan solat terawih, di samping berinfak dan menunaikan zakat.
Ia bukan sahaja merupakan masa untuk bersyukur dan bersuka ria, di samping peluang untuk pulang beraya di kampung bersama sanak saudara, tetapi juga sering kali menjadi masa di mana perbelanjaan meningkat dengan amat ketara. Walaupun adalah penting untuk merayakan dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan rakan, mengawal perbelanjaan semasa musim ini adalah penting untuk memastikan keseimbangan kewangan dan mengelakkan tekanan beban kewangan selepas perayaan.
Menurut, Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Profesor Madya, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, jika tidak berhati-hati dengan perbelanjaan menyambut hari raya, kita berkemungkinan besar akan terperangkap dalam bebanan hutang yang mengganggu emosi diri dan malahan keluarga. Pada perayaan kali ini, kita berhadapan dengan tiga perkara yang besar iaitu anak baharu memulakan persekolahan, bulan Ramadhan dan hari raya Aidil Fitri. Kesemuanya memerlukan perbelanjaan yang besar.
Anak-anak baru sahaja memasuki persekolahan, kolej atau universiti, pada masa sama dalam bulan Ramadhan ada yang berbelanja untuk persiapan hari raya. Sewaktu raya, kita sering merayakannya sepanjang bulan Syawal dengan mengadakan rumah terbuka, pulang ke kampung, ada yang menukar perabot baharu, ada yang menukar kereta baharu dan lain-lain. Setidak-tidaknya, kereta perlu diselanggara, tayar perlu dipastikan di dalam keadaan baik untuk perjalanan balik kampung.
Secara amnya, perbelanjaan akan meningkat lebih dari bulan biasa. Justeru, beberapa panduan boleh digunakan untuk menghadapi raya pada kali ini dengan mengambil kira faktor “ukur baju di badan sendiri”.
Tetapkan Anggaran Bajet Perbelanjaan
Sebelum memulakan perbelanjaan untuk Aidilfitri, penting untuk menetapkan anggaran bajet yang munasabah. Ambil kira pendapatan, perbelanjaan sedia ada, dan perbelanjaan tambahan Aidil fitri yang perlu diberikan. Setelah menetapkan jumlah yang sesuai, berusaha untuk mengikuti kepada anggaran bajet tersebut.
Rancang Belanja Hari Raya Lebih Awal
Elakkan daripada membuat pembelian yang terburu-buru. Rancang belanja awal untuk barangan seperti pakaian raya, bahan makanan, dan duit raya yang akan diberikan. Kita juga digalakkan untuk membuat tabungan khusus bagi perbelanjaan seperti ini.
Hadkan Perbelanjaan untuk Pakaian Raya
Pakaian raya sering menjadi salah satu perbelanjaan terbesar semasa Aidilfitri. Tetapkan had yang munasabah untuk perbelanjaan pakaian raya dan cuba untuk tidak melebihi jumlah tersebut. Cuba untuk mempertimbangkan untuk membeli pakaian raya yang lebih sederhana atau menggunakan pakaian yang sedia ada. Yang penting pakaian yang digunakan pada hari raya adalah bersih dan tidak semestinya baharu. Kaum lelaki tidak mempunyai masalah dalam bab pakaian tetapi kaum wanita agak prihatin bab pakaian seperti mahu pakaian hari raya yang sedondon pada hari raya pertama, kedua atau ketiga. Jika mahu melakukan sedemikian, pastikan masih di dalam anggaran bajet yang telah ditetapkan.
Buat Senarai Belanja
Sebelum memulakan belanja, buat senarai yang terperinci mengenai barangan yang diperlukan. Ini membantu mengelakkan pembelian impulsif dan memastikan anda membeli hanya apa yang diperlukan. Pastikan untuk menyemak senarai belanja semasa berada di kedai untuk mengelakkan pembelian impulsif dan pembaziran.
Elakkan Berlebihan dalam Persiapan Rumah
Sering kali, perbelanjaan semasa Aidilfitri tidak terhad kepada pakaian dan makanan sahaja, tetapi juga kepada persiapan rumah seperti hiasan dan perabot baru. Cubalah untuk mengawal perbelanjaan ini dan berfokus pada perkara yang benar-benar diperlukan. Kita perlu memahami konsep perbelanjaan menurut Dharuriyat, Hajiyat dan Tahsiniyat.
Perbelanjaan dharuriyat adalah perbelanjaan kepada keperluan asas, manakala perbelanjaan hajiyat adalah perbelanjaan yang akan memudahkan kita sementara itu perbelanjaan tahsiniyat adalah perbelanjaan barangan mewah. Penuhi keperluan dharuriyat seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan, pendidikan yang perlu dikeluarkan setiap bulan tanpa gagal. Jika kita berbelanja sepenuhnya pada hari raya, kemungkinan kita tidak dapat memenuhi keperluan asas pada bulan akan datang.
Berpada-pada Menghias Rumah
Pada hari raya, kita sering menjemput sanak saudara dan rakan taulan untuk bertandang ke rumah. Jangan ragu-ragu untuk menggunakan bahan yang sedia ada untuk hiasan rumah dan kita tidak perlu untuk menggantikan langsir, perabot dan permaidani baharu. Cukup dengan bersederhana dengan menjadi sedikit kreatif tanpa perlu membelanjakan banyak wang.
Sediakan Dana Kecemasan
Walaupun kita berusaha untuk mengawal perbelanjaan sempena Aidilfitri, adalah bijaksana untuk menyediakan dana kecemasan untuk sebarang perbelanjaan tak terduga atau keperluan mendesak selepas perayaan.
Utamakan Kebahagiaan Emosi dan Sosial
Akhirnya, ingatlah bahawa Aidilfitri adalah masa untuk berkumpul dengan keluarga dan rakan. Lebih daripada sekadar perbelanjaan, berikan keutamaan kepada kebahagiaan emosi dan sosial anda. Raikan perayaan yang bermakna tanpa menekan diri dengan perbelanjaan yang berlebihan.
Dengan mengikuti panduan-panduan ini, kita boleh mengawal perbelanjaan sempena Aidilfitri dengan lebih efektif, memastikan keseimbangan kewangan dan membolehkan kita menikmati perayaan dengan lebih tenang. Selamat menyambut Aidilfitri dan semoga perayaan ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada anda dan keluarga.
Sumbangan artikel: DR. NURADLI RIDZWAN SHAH BIN MOHD DALI, Profesor Madya, Fakulti Ekonomi dan Muamalat.
Felo Penyelidik, Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI)
Universiti Sains Islam Malaysia
Exco Malaysia Consumer and Family Economy Association (MACFEA)
Penulis Buku Saham https://bit.ly/2Ivf1cU
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.