Pelakon dan pelawak Amran Tompel, 72, meninggal semasa dalam tempoh kuarantin akibat Covid-19 di rumahnya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban jam 4.37 petang, hari ini (Sabtu).
Abang Allahyarham, pelakon AR Badul ketika dihubungi berkata, arwah adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini.
“Saya sebenarnya baharu balik dari Perak dan sebaik sampai di Kuala Lumpur baru sempat baca mesej WhatsApp berkenaan kematiannya.
“Kematiannya berpunca dari kanser usus, masalah buah pinggang dan baru-baru ini Amran positif Covid-19 dan jalani kuarantin.
“Hari ini hari terakhir kuarantin dan tak sangka dia sudah tiada,” katanya kepada Harian Metro.
Ads
Allahyarham Amran merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor AR Badul dan Adlin Aman Ramlie. Mereka tiga beradik adalah anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel.
Allahyarham Amran meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.
Ads
Terdahulu Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar.
Dia juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.
Ads
Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak.
Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.
Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar.
Simple tapi sweet…Kreativiti seorang ayah menukarkan bilik kosong yang usang kepada bilik mainan anak perempuannya dengan tema ‘Farm House’ cukup menarik mata memandang.
Tidak menggunakan bajet yang mahal, sebaliknya saudara Khairul Azhar hanya menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari kedai RM2 serta Shoppee. Menarik bukan. Sejuk je mata memandang. Anak pun seronok dapat menghabiskan masa bermain di dalam bilik berkenaan.
Alhamdulillah rumah kampung, ada bilik kosong yang usang saya ubah sikit jadikan bilik main untuk anak.
Nampak ceria sikit dan harap okey laa. Tema “farm house” sesuai la dengan rumah kayu.
Barang saya beli dekat kedai Dua Ringgit dan Shopee jaa. Walaupun rumah kayu tapi kalau tacap sikit2 cantik la jugak 😍
Alhamdulillah siap juga bilik tido Anak, rumah kampung semua kayu. boleh laaa untuk ceria kan bilik. dari kosong jaaa…
Melayari bahtera perkahwinan tidak semudah disangka. Bergelar isteri atau suami bermakna ada tanggungjawab yang berat sudah sedia menanti.
Bahkan perlu juga tahu setiap pasangan mempunyai hak-haknya yang tertentu dan bahaya jika isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Fahmi Ramli, Peguam Syarie & Konsultan Perundangan Islam untuk panduan bersama.
1. Tempat tinggal asing & selesa
Seorang wanita yang dah bernikah, wajib untuk suami sediakan rumah berasingan daripada keluarganya atau keluarga lelaki itu sendiri.
Tak kisah jika rumah itu sewa ataupun beli, yang penting selesa dan bukan isteri itu yang bayar. Kalau suami yang tinggal di rumah isterinya, suami itu wajib bayar sejumlah wang yang dipersetujui kepada isterinya untuk rumah kelamin tersebut.
2. Belanja utiliti rumah
Bila dah sediakan rumah, jangan lupa pula, bil elektrik dan bil air juga perlu suami tanggung. Ini benda asas di dalam rumah. Kalau tak ada elektrik dan air, apa guna rumah kalau macam tu.
Ini juga sebahagian daripada nafkah tempat tinggal yang isteri berhak dapat daripada seorang suami. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti. Melainkan, bil internet ke bil telefon rumah ke atau bil astro ke, ini bukan keperluan.
3. Makan dan minum
Seorang suami wajib sediakan barang-barang keperluan dapur khasnya. Bahkan, dalam Islam, suami juga sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Maksudnya suami yang patut masak, bukannya isteri.
Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai Ihsan atau sedekah daripada isteri. Kalau suami itu tak pandai masak, boleh la isteri itu nak masakkan. Cuma, jangan ingat bila kahwin sahaja, lelaki buat isteri ini macam orang gaji. Masak, basuh baju, cuci rumah semua dia yang buat.
4. Pakaian itu bukan baju semata-mata
Banyak orang fikir, takkan setiap bulan nak beli baju pada isteri. Kalau ikutkan, pakaian sememangnya nafkah wajib setiap bulan, tapi bukan baju atau kain semata-mata.
Tuala wanita, peralatan mandi, peralatan solek, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan wanita, adalah tanggungjawab wajib seorang suami. Sesetengah orang dia hanya beli baju raya sahaja setahun sekali, tetapi pakaian bulanan langsung diabaikan.
5. Tak boleh dipukul
Haram seorang suami memukul isterinya walaupun niat suami itu untuk mengajar. Tidak ada perkara tersebut dalam Islam. Sekalipun isteri tersebut mungkin tidak hormati suami, tapi bukan cara mengajar isteri tersebut dengan tumbuk, tampar, tarik rambut, tendang dan macam-macam lagi.
Mendidik isteri dalam Islam dimulakan dengan nasihat secara baik, kemudian pisahkan tempat tidur dan kemudian memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan menggunakan hujung kain lembut sahaja. Jika berlaku pukulan, isteri tersebut boleh buat laporan polis atas keganasan rumahtangga.
6. Dilayan dengan cara baik
Suami wajib bercakap dengan percakapan yang baik. Perbuatan seperti memaki hamun, mencarut, bercakap kasar adalah satu bentuk layanan yang tidak baik.
Meskipun hendak bersama dengan isteri, ia tidak boleh datang dalam bentuk paksaan. Apatah lagi apabila isteri berada dalam keadaan haid atau suami nak meliwat isteri sendiri melalui dubur. Haram perbuatan yang melayani isteri seperti itu dalam Islam.
7. Giliran bermalam yang adil
Bagi wanita yang bermadu, hak mereka dalam perkahwinan adalah mendapat giliran bermalam yang adil. Seorang suami yang berpoligami, tidak boleh melebih-lebih isteri yang disukai dan mengenepikan hak isteri yang kurang disukai.
Walaupun mungkin ada isteri yang telah putus haid, tapi dia masih berhak untuk mendapat giliran bermalam. Bukan suami hanya balik waktu siang atau balik sekali sekala sahaja.
❤️ Ajarkan juga ilmu ini kepada kawan perempuan atau ahli keluarga anda yang tersayang kerana seorang wanita yang sedang berkahwin atau baru berkahwin perlu tahu hak dirinya sebagai isteri. Kerana kekuatan seorang wanita terletak kepada ilmunya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Semalam tanggal 14 September merupakan ulangtahun kelahiran aktor kacak, Fattah Amin yang ke-31.
Fattah atau Nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin yang juga suami kesayangan pelakon cantik Manis, Nur Fazura semalam diraikan secara sederhana.
Bertemakan biru putih, majlis tersebut turut diraikan bersama puteri kesayangan pasangan ini, Nur Fatima Aisya, 1 buat pertama kalinya.
Namun apa yang mencuri tumpuan adalah idea kek yang cukup ‘rare’ datangnya dari Fazura sendiri.
Fazura telah menampah 2 kek yang sangat unik iaitu berbentuk katil dengan dua patung yang menggambarkan ayah dan anak, iaitu Fattah dan Fatima ketika sedang tidur.
Rupanya situasi tersebut memang berlaku bila mana Fatima yang tidur Di atas kepala ayahnya. Itu yang digambarkan menerusi kek khas oleh Fazura.
Manakala satu lagi kek adalah berinspirasikan bentuk udang dan petai yang menjadi makanan kegemaran Fattah sendiri.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pemilik jenama ‘Tudung Fazura’ ini turut memuat naik ucapan yang cukup sweet buat suami kesayangannya itu.