Cekal sungguh wanita ini. Nyata, terbukti, tanpa usaha, rezeki tidak akan datang mengolek. Kepada Nur Fariza, semoga kental setiap cabaran yang mendatang. Selamat berjaya!
Sumber: Instagram Ahmad Faiz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes cabul dikalangan kanak-kanak tidka boleh dipandang ringan. kes sebegini sudah terlalu banyak dilaporkan oleh media. Paling merunsingkan, si pelaku adalah orang terdekat yang paling dipercayai.
Justeru, sebagai ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam hal ini bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa.
Saudara Firdaus Mokhtar berkongsi satu kisah pesakit wanita yang menderita depresi akibat anak perempuannya dicabul oleh anak lelaki pengasuh.
Semoga kisah ini menjadi teladan untuk ibu bapa lain supaya berhati-hati dalam menjaga keselamatan anak-anak. Dalam masa yang sama kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
“Saya tak percaya siapa-siapa!” Kata seorang pesakit kepada isteri saya.
Meskipun sesi telah berjalan lama, emosi pesakit ini masih belum dapat ditenangkan. Iyalah, itu adalah sesi yang pertama. Memang kes-kes macam ini kena lalui beberapa sesi.
Pada mulanya dia tak banyak bercerita. Namun akhirnya dia berani untuk buka mulut.
Dia bukan sengaja untuk selalu tidak ke tempat kerja. Kerap ambil cuti. Sampai cuti tahunan habis. Ambil pula cuti tanpa gaji. Akhirnya bila hujung bulan gaji jadi sikit. Tekanan!
Pesakit ini dirujuk ke hospital kerana major depression disorder (MDD). Dia jadi marah tiba-tiba. Menangis tiba-tiba tanpa sebab. Terlalu berfikir dan selalu berdebar-debar. Takut dengan macam-macam benda.
“Saya tak sangka anak dia buat macam tu. Anak lelaki dia baru tingkatan 1,” air mata pesakit tadi mula jatuh. Dia mula tak tenteram.
Anak perempuan pesakit ini berusia 4 tahun. Dicabul oleh anak lelaki pengasuh. Entah berapa lama dah jadi, tak diketahui.
Cuma akhirnya dapat tahu bila satu hari anak dia mengadu sakit di kemaluan masa mak dia mandikan dia. Anak dia kata anak pengasuh masukkan jari ke kemaluan. Jadi sakit.
“Lama dah ke abang L buat macam tu?” Soal pesakit tadi ke anak dia.
“Dah lama. Tapi sebelum ni usik usik je,” balas anak tadi.
Luluh hati mak ini. Anak yang dijaga sehabis baik diperlakukan begitu oleh orang lain.
Menambah tekanan bila ditanya ke pengasuh, dia dimarahi. Malah diugut pula.
“Kalau pergi buat laporan polis, aku pun akan buat laporan polis juga. Kau tuduh anak aku buat bukan-bukan. Percaya sangat cakap budak umur 4 tahun!”
Eh, aku pula geram. Hah! Akhirnya laporan dibuat, pemeriksaan hospital mengesahkan memang anak dia dicabul dan ada kesan tusukan.
Maka sejak itu pesakit ini tadi tidak percayakan siapa-siapa. Termasuk timbul ragu-ragu dan ketakutan kepada suami sendiri. Jadi depresi.
Dia tak pergi kerja sebab dia nak pastikan dia sendiri jaga anak dia. Tengok depan mata. Ada selalu sebelah anak dia. Begitu.
Kalian semua, ini sedang berlaku. Malah banyaknya kes begini di negara kita.
Saya kepilkan laporan statistik PDRM kes pedofilia yang keluar semalam di dada akhbar Sinar Harian. Ada banyak data cuma saya lampirkan data tentang hubungan suspek dengan mangsa.
Ada banyak pemangsa yang datang daripada pelbagai latar belakang dan perhubungan. Ada yang jauh, ada yang memang keluarga terdekat.
Ya Tuhan, dunia apa yang kita sedang hadap ini? Menakutkan.
Bukanlah niat saya untuk menimbulkan ketakutan kita buat orang sekeliling kita. Tapi kita kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
Maka pesan saya;
1. Ajar mereka soal menjaga kehormatan mereka daripada disentuh oleh orang lain. Sesiapa sahaja dilarang menyentuh kemaluan mereka. Sebut sungguh supaya kes begini boleh kita jauhkan.
2. Berhati-hati memilih pengasuh. Kenali juga keluarga terdekat pengasuh. Suami dia kerja atau tidak, anak pengasuh umur berapa, ada sesiapa lagi tak yang tinggal di rumah pengasuh.
3. Ajar anak sensitif dengan persekitaran. Rajin berbual dengan anak-anak. Supaya anak-anak tidak rasa janggal untuk berkongsi masalah dengan kita.
Bila kes macam ini berlaku, kesannya bukannya kecil. Bukan satu-satu keluarga tapi mungkin akan meruntuhkan sebuah rumahtangga. Iya, rumahtangga mangsa tahu, bukan rumahtangga si pemangsa tadi.
Kesannya juga akan kekal lama. Pada emosi mangsa dan keluarga mangsa tadi. Macam saya pernah tulis sebelum ini, kadang sampai mangsa ini dewasa. Boleh jadi Post Traumatic Stress Disorder bertahun lama.
Allahu.
Kawan-kawan, semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Tuhan. Sebarkan demi kebaikan kita bersama.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Kasihanilah kami wahai Tuhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kadang kala, dalam rumahtangga, perselisihan faham adalah perkara biasa. Tetapi jika membawa kepada perceraian ia adalah perkara luar biasa. Memang benar, Perceraian itu walaupun halal tetapi dibenci oleh Allah. Namun, setiap masalah pastinya ada penyelesaian supaya rumahtangga kekal bahagia.
Menerusi perkongsian Khairul Hafizi , yang mendapat share sehingga lebih 24K, melalui facebooknya memaparkan rawatan yang diamalkan Ilmu perubatan Islam, Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Salah satunya adalah rawatan jika terkena sihir untuk menceraikan pasangan suami isteri dengan menggunakan surah Al-Baqarah. Moga dengan mengamalkan ayat ini, dapat mengelak daripada perpisahan dan keluarga kita sentiasa bahagia hingga keakhir hayat.
Selain itu, antaranya menyentuh mengenai rawatan resdung dan penyakit fibroid. Hakikatnya sebagai seorang Islam,kita wajib mempercaya setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis di bawah.
Firman Allah SWT,
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ 17:82)
Moga perkongsian ini memberi manfaat bersama keluarga anda.
Kena simpan ilmu ni sebaiknya Orangnya pun dah takda lagi.
(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)
1) – Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.
2) – Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
– Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
– Ambil & sapu pada bahagian yang disengat
3) – Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
– Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
– Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
– InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh
Kekalkan kebahagiaan rumahtangga
4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al – Baqarah, ayat 102
5 ) Resdung
– Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
– Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
– Setiap kolah masjid, 1 botol.
– Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
– Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya’ , ayat 83.
– Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa’
– Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
– Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al – Anbya’, ayat 83
6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
– Gunakan minyak zaitun
– Baca Al – Fatihah & Ayat kursi
– Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al – Hashr ayat 21
Para isteri take note ye
7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
– Menggunakan madu asli
– Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
– Baca Surah An – Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
– Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69
8 ) Angin pasang
– Menggunakan madu
– Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al – Isra’, ayat 82
Surah Al – Hashr, ayat 21
Surah Ash – Shua’ra’ ayat 70
9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan – bahan :
– Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
– Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
– Buah kelapa (yang berhingus)
Cara – cara :
– Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
– Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
– Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
– Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
– Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.
10) Susah tidur malam
Surah Al – kahf, ayat 11
Selain minta pasangan urut badan, amalkan ayat ini juga
11) Angin dalam badan, sakit – sakit sendi
Surah – fussilat, ayat 44
12) Merawat histeria
– Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
– Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
– As saffat , ayat 7
[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]
RAWATAN PERUBATAN DAN PENGUBATAN ISLAM IALAH KOMPLEMENTARI.
Rawatan Islam perlu dikembangkan dan diberi kefahaman yang betul kepada masyarakat.Rawatan Islam bukan rawatan alternatif.Alternatif bermaksud ambil yang ini tinggal yang itu. Sebaliknya Rawatan Islam adalah komplemantari iaitu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Rawatan Islam pelengkap kepada rawatan Alopati.
Rawatan Islam perlu seiring dalam setiap rawatan yang dijalani.Contohnya sebelum melakukan pembedahan dibacakan ruqyah terlebih dahulu.Doktor atau Perawat perlu memberi harapan dan kekuatan rohani pada pesakit.Kekuatan rohani ini hanya boleh diberikan kepada pesakit melalui Rawatan Islam.Rohani yang sihat boleh mengatasi jasmani yang sakit.Sebagai contoh bagaimana Allah Swt menguji Nabi Ayub A.s walaupun jasmaninya sakit, namun seperti tidak dirasai kesakitan itu oleh Baginda kerana kekuatan rohani yang ada dalam jiwanya itu.- Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.