Bercucuk tanam walau sekadar di laman rumah ada cabarannya yang tersendiri. Ini kerana tanaman perlu juga diberi perhatian daripada serangan serangga perosak dan perlu dibaja dan disiram untuk hidup subur.
Selain itu, ada juga beberapa doa yang boleh diamalkan seperti mana yang dikongsikan oleh Muhaimin Azman berkenaan penjagaan tanaman.
Doa dan kaedah hikmah menjaga tanaman
1. Doa sebelum tanam pokok dari Al Marhum Tuan Guru Hj Saleh Sik
سُبْحَانَ الوَارِثُ البَاعِثُ
“Maha Suci Allah yg Maha Mewariskan lagi Maha Membangkitkan.”
( Baca 3 kali )
2. Doa menjaga harta (hartanah)
Ads
بسم الله على ديني ونفسي وولدي وأهلي ومالي
(Dengan menyebut nama Allah untuk keselamatan agamaku , diriku, anak anakku, isteriku dan hartaku)
*Dibaca sekali pada setiap pagi
3. Bacalah basmalah dan selawat ketika menanam dan menuai hasil.
4. Menjaga tanaman dari pencuri
Ads
a) Berpuasa pada hari khamis
b) Pada hari jumaat berikutnya hendaklah ambil EMPAT biji batu daripada dasar sungai yang airnya berpusar pusar.
c) Baca ayat berikut kepada batu itu sebanyak TUJUH kali pada setiap bijinya.
d) Batu batu itu ditanam pada empat penjuru kebun.
dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (Al Kahfi 18:19)
e) Sewaktu menanamkan batu itu, dibaca pula tujuh kali ayat kursi bagi setiap bijinya.
Ads
5. Menghalau kera dan binatang- binatang lain
Hendaklah dibacakan ayat suci ini serta dihembuskan ke arah binatang binatang berkenaan dengan niat menghalau dari kebun :
ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا
Pergilah kamu beramai-ramai sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (At Taubah 9:41)
* Ayat ini hendaklah dibaca 7 kali menggunakan suara kuat.
6. Dan banyak lagi kaedah hikmah lain untuk mencegah kutu, serangga, binatang binatang halus dan penyakit pokok, tikus, burung dll yang tidak sempat untuk saya tuliskan semuanya disini.
Wallahua’lam
Sumber : Muhaimin Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak kisahnya disiarkan melalui media masa dan media sosial, warganet tidak putus-putus mengambil tahu akan perkembangan terbarunya.
Daripada perjalanan bidadari kecil kesayangan Malaysia ini mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di mulutnya, sehinggalah dia beransur pulih.
Terbaru, khabar gembira dikongsi oleh ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagramnya apabila anak sulungnya yang kini berusia dua tahun itu tidak perlu lagi memakai alat bantuan pernafasan.
Semakin hari semakin banyak perubahan dari Ainul. Alhamdulillah. Yang paling syukur sekali, Ainul dah tak perlu pakai oksigen lagi. Yeayy! Ainul dah bebas nak bergerak tanpa halangan.
Ainul yang kini dalam fasa untuk mempelajari makan dan minum mengikut mulut. Malah, ibunya turut berkongsi detik bahagia apabila anaknya sudah pandai meminta makanan.
Meskipun perubahan ini agak lambat berbanding kanak-kanak lain, namun Nurul Erwani percaya bahawa Ainul pasti boleh melakukannya.
Sekarang tengah fasa ajar Ainul makan dan minum ikut mulut pulak. Ainul pun dah pandai mintak-mintak makanan 😁 Sikit lagi Ainul, Ainul pasti boleh💪.
Perkembangan terbaru Ainul tersebut mendapat respond dari warganet. rata-rata gembira dan terharu dengan perkembangan si kecil ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam banyak-banyak kerja rumah, melipat kainlah yang memerlukan kita ibu-ibu ini perlu ada semangat untuk melakukannya. Maklumlah, andai terlepas sehari sahaja melipat kain, esoknya sudah bertimbun di dalam bakul. Kita gagahkan kudrat melipat satu persatu bila mata sudah ‘sakit’ memandangnya.
Kemudian andai sudah dilipat dan disusun kemas di dalam almari, hati kita berapa puas. Namun bila lihat anak-anak menarik lipatan tersebut untuk mengambil baju, habis berserabut dibuatnya. Itu semua memang mengundang rasa marah dan geram dihati.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada Puan Rahimah Ramian ini mungkin masalah ini tidak terjadi lagi. Sebab apa? Ya, kerana ada teknik lipatan yang unik dipraktikan. Nak tahu lanjut, jom semak.
Lain orang lain cara lipat bajunya. Sebagai ibu, mesti geram je rasa kan bila kita dah susah-susah lipat cantik-cantik, susun elok-elok dalam almari atau drawer,tapi bila anak-anak suka suki je ambil baju ikut sesedap rasa nak pakai yang mana,maka baju yang bersusun berlipat tadi akan berterabur balik.
Maka, di sini saya nak kongsikan cara lipat baju anak-anak yang pasti dapat menyelesaikan masalah yang saya sebutkan tadi. Kalau tak percaya, cubala…lepas lipat, confirm tak terbuka lipatan walau dibaling ke dinding sekalipun.
Step tu nampak je banyak tapi sebenarnya mudah je…sambil melipat sambil terkenang memori buat origami masa kelas pendidikan seni kat sek rendah dulu.
Langkah 1: Bentang baju tegang-tegang macam biasa
Langkah 2 : Lipat bahagian bawah baju lebih kurang 1/3 daripada labuh baju
Langkah 3 : Terbalikkan baju dan lipat macam ni…buat di kedua-dua bahagian kiri dan kanan
Langkah 4 : Letak seluarnya atas baju yang dilipat tadi…seluar panjangpun boleh buat macam ni…kalau seluar terlebih (terkeluar) dari lipatan baju bawah tu, just ignore je..no problem
Langkah 5 : Lipat baju dan seluar tadi macam ni…pastikan bahagian bahu baju sama dengan lipatan yang mula-mula kita buat tadi (blh check tgk kat lapis bawah sekali)
Langkah 6 : :Lipat lagi bagi habis tak nampak macam ada lebihan kain terkeluar
Step 7 : Terbalikkan baju….akan nampak lipatan yang mula-mula kita buat tadi macam ni. Lipatan ni kita kena pusingkan ke belakang, ni step paling saya suka…azzam pun yang umur 5 tahun tu kalau saya lipat baju dia, sampai part ni dia akan willing minta nak sambung sendiri…almaklumlah la,ala-ala mcm buat origami gitu…
Jika masih belum faham langkahnya, boleh tengok video ini agar nampak lebih jelas langkah demi langkahnya.
Video tu saya paksa Ammar ( anak sulung umur 12 tahun ) jadi modelnya..tapi tak model sangat pun sebab tuan badan tak mau tunjuk muka…malu katanya…almaklumla tengah berlengging ( tak berbaju), hanya pakai kain pelekat je…
Fahamilah tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya tidak akan putus sekalipun hubungan dengan isteri sudah berakhir.
Namun ramai yang culas dan memahami tentang tanggungjawab memberi nafkah tersebut, ayuh kita baca perkongsian daripada peguam syarie Tuan Fahmi Ramli.
Duda, dahulukan Nafkah Anak sebelum kahwin lain
Isu nafkah anak ini memang tak akan selesai. Setiap tahun akan ada isu yang sama. Ada bapa yang tak mahu bagi nafkah anak & ada pulak yang bagi, tapi tak cukup.
Ramai lelaki yang selepas bercerai dengan bekas isteri, tak kisah kalau anak duduk bersama dengan bekas isteri. Cuma masalah yang sering berlaku, kadang-kadang ibu yang terpaksa tanggung banyak perbelanjaan anak.
Yang biasa berlaku dalam Mahkamah adalah Duda yang bercerai, hanya tawarkan nafkah anak seorang RM100 sahaja sebulan. Kononnya itu sahaja takat kemampuan.
Tapi, yang tak betulnya, bila dah tahu tak mampu nak bagi nafkah anak lebih, boleh pulak Kahwin Baru. Hinggakan anak tiri pun jadi tanggungan baru sedangkan anak tiri bukan tanggungan wajib.
Sebenarnya, banyak isu sebegini berlaku. Ada duda yang bercerai fikirkan, dia telah kembali bujang. Hinggakan rasa dah bebas dan tak ada apa-apa tangungan. Walhal, anak masih ada. Bahkan mungkin ada 5 orang anak bersama dengan bekas isteri.
Apa Nafkah Anak yang wajib lagi ditanggung oleh seorang Duda?
1. Makan & minum
Zaman sekarang ini, sangat tidak logik kalau belanja harian makan minum anak hanya RM100 sebulan. Kalau dikira, seorang manusia yang makan biasa sekalipun minimumnya RM5 sekali makan. Sehari sekurang-kurangnya 3 kali makan. Jadi bersamaan dengan RM15.
Sepatutnya untuk makan minum sahaja seorang anak yang makan minum seperti biasa adalah RM450 seorang sebulan. Ini kiraan kasar sahaja. Jangan kata ini tak rasional. Kadang-kadang barang dapur rumah pun lebih daripada itu setiap bulan.
2. Pampers
Bagi Duda yang mempunyai anak kecil, jangan abaikan bab ini. Pampers adalah satu keperluan yang tak boleh ditinggalkan. Ada pelbagai jenis jenama. Cuma yang pasti setiap jenama mungkin berbeza harga. Dan beza juga harga bagi saiznya.
Sekarang ini, harga pampers anggaran harganya sekitar RM25-30. Dan seorang bapa perlu ambil peduli tentang berapa jumlah pampers yang digunakan oleh anaknya. Kadang-kadang satu beg pampers tak cukup. Ada bayi yang kerap buang air. Anggaran sebulan untuk belanja pampers mininum adalah RM100 sebulan.
3. Susu
Susu adalah makanan bagi bayi dan minuman bagi anak kecil. Bagi sesetengah lelaki, mereka tidak tahu yang susu ini ada pelbagai jenis. Harga juga beza bagi setiap jenis. Yang penting bukan isu harga, tapi isu kesesuaian susu formula itu dengan anak.
Ada anak yang tidak sesuai dengan susu formula lembu. Ada yang sesuai dengan susu kambing. Ada juga bayi yang alahan perlukan kepada susu formula soya. Ada bapa yang pertikaikan kenapa diajar anak minum susu mahal. Lelaki yang sebegini, nampak sangat tak pernah ambil peduli tentang kesihatan anak.
4. Belanja sekolah
Bagi anak yang bersekolah, adalah satu kebiasaan untuk diberi duit belanja. Kadang duit ini mungkin boleh diambil daripada belanja bulanan. Tapi, duit belanja ini juga sangat penting untuk anak-anak gunakan di sekolah.
5. Pakaian
Bila sebut tentang pakaian, jangan fikir tentang baju semata-mata. Fikirkan juga tentang keperluan anak seperti ubat gigi, sabun, lotion dan lain-lain. Tambah-tambah bila ada anak bayi.
Pakaian hari raya juga perlu disediakan asing setahun sekali. Sekurang-kurangnya dua pasang untuk seorang anak. Ini kewajipan seorang bapa.
6. Yuran & persediaan awal sekolah
Untuk perbelanjaan awal persekolahan, adalah satu kewajipan yang tak boleh dielakkan. Bapa wajib sediakan pakaian kelengkapan sekolah sekurang-kurangnya 2 pasang bagi seorang anak.
Jangan sekadar bayar yuran sahaja. Kadang ada bapa yang tak ambil peduli bab ini atau diberitahu kepada si ibu untuk gunakan sahaja duit bulanan yang diberi. Kalau guna duit bulanan beli pakaian sekolah, jadi mana duit makan?
7. Perubatan
Jangan ambil mudah bab ini. Perubatan adalah satu tanggungjawab wajib bapa. Tak boleh serahkan kepada ibu untuk tanggung kos perubatan anak walaupun anak berada dengan si ibu.
Kalau tak percaya untuk bagi duit ubat kepada ibu, bapa perlu sediakan kemudahan perubatan untuk anak sekiranya anak perlu. Contohnya beli insuran kesihatan untuk anak atau akses guna kemudahan klinik panel jika ada.
Kesimpulan
Bukan saya kata tak boleh untuk Duda yang cerai dengan isteri untuk kahwin lain. Tapi, anda perlu ingat, tanggungjawab nafkah anak ini sangat penting. Zalim kalau bapa tak bagi nafkah yang cukup, tapi boleh pulak kahwin lain.
Kalau ada yang tak kahwin lain pun, tapi mampu pulak beli benda yang merugikan atau melebihkan kehendak diri. Contohnya, beli motosikal mahal, beli kereta yang bulan tinggi, beli baju mahal setiap bulan dan lain-lain.
Nak kahwin juga boleh, cukupkan Nafkah belanja seorang anak setiap bulan. Jangan kedekut. Kalau tak mampu bagi nafkah lebih, tak payah mimpi nak kahwin lain. Tambah dosa sahaja.
Puasa kalau nak tahan nafsu.
(Siapa rasa bermanfaat?Boleh bagitau pada kawan tak?)
Sumber : Fahmi Ramli
Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis & Perak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.