Memang pening stress dibuatnya apabila anak-anak asyik buat rumah berselerek, tambah lagi bila ada anak-anak yang ramai. Namun, pernah dengar tak orang kata ‘budak yang suka buat sepah itu sebenarnya bijak? Ia memang diakui betul apabila ada pakar saintis  membuat pemerhatian dan menemui bukti bagi kenyataan ini.

Malah begitu juga dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, anak-anak sebegini ini adalah anak yang pandai dan sihat. Malah dalam pada yang sama anak-anak juga inginkan perhatian ibu bapanya.

IKUTI PERKONGSIANNYA. 

‘Menjerit 24 Jam, Sepahkan Rumah, Main Bedak Bertabur Satu Rumah, Itulah Anak Yang Sihat Dan Pandai.’-Ustaz Ebit Lew

IKLAN

Bila anak saya dua sekali demam. Demam rindu. Rahmat Allah.

Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya.
Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.

Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai.

InsyaAllah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang. Belajar lihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyak taubat. Berdosa orang lepaskan geram pada anak-anak.

IKLAN

Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak

Cucu Rasulullah saw dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi saw masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah saw tapi Rasulullah saw tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah saw. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka

IKLAN

Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love.Jawabnya love tu time.kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.

Anak-anak dahagakan kasih sayang ibubapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak-ebitlew

Sumber: Ebit Lew

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI