Sebut sahaja menu pantang, pasti tergambar ikan kukus atau bakar dengan lauk pauk ringkas dengan sepinggan nasi panas. Memang sedapnya lain macam.
Apa kata kali ini kita cuba menu pantang air tangan ibu dengan Sambal Kecur yang merupakan menu istimewa untuk orang berpantang. Ia biasanya dimakan bersama ikan masin salai atau ikan haruan bakar. Diulamkan bersama bunga kunyit. Wah memang sedap!
Jom intai resepi yang dikongsikan oleh Atailla Zainuddin ini. Boleh dijadikan menu wajib ketika berpantang nanti!
Antara menu pantang bersama ibu di kampung lepas bersalin anak yang ke-2. Dah lama simpan, baru arini nak share.
Saya memang suka makan ulam, hadap lauk pantang hari-hari pun sy tak kisah. Mostly lauk pantang cuma menu ikan (tenggiri,jenahak,merah,kerisi,cencaru, siakap,bilis) yang dibakar, goreng, stim atau sup. Dah hujung-hujung pantang saya teringin makan ayam kampung masak ungkep & daging blackpepper, saya pantang 44 hari je.
Tapi lauk pantang yang paling saya suka ialah homemade crispy peria, garlic & sambal cekur dengan isi ikan tenggiri yang ibu saya buat, sedap sgt!
Gaul dengan nasi panas pun dah cukup selera, sebab tu penuh nasi sepinggan. Saya share resepi kat bawah ni kalau nak cuba.
Ads
Resepi sambal cekur dgn ikan tenggiri:
Sepotong ikan tenggiri yang digoreng/bakar (ikan lain pun boleh)
3 biji cekur
1 biji bwg merah
1 biji bwg putih
Sedikit lada hitam/cili api
Sedikit perahan air limau
Tumbuk semua bahan sehingga lumat kemudian perasakan ikut selera masing-masing. Siap!
Ads
Alhamdulillah, lepas 2 minggu pantang (bersalin normal), luka jahitan dah kering, dah tak sakit bila berjalan, nak membuang pun tak rasa seriau lagi, jalan pun laju je, tapi lepastu kena sound dengan ibu, katanya jalan tu slow-slow sikit kang melecet.
Duduk bersila pun kena sound. (2 minggu dah pakai seluar yang loose).
Selamat berpantang buat mommies semua! Semoga dipermudahkan segala urusan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sebelum adanya alat pengisar, batu giling adalah peralatan penting digunakan masyarakat terdahulu untuk melumatkan cili dan rempah ratus untuk masakan. Dikatakan dengan cara menggiling, bahan gilingan mudah lumat bahkan tidak dinafikan akan menghasilkan ramuan yang lebih enak.
Berkongsi tentang penyediaan rempah menggunakan batu giling, Muhamad Farid Omar berkongsi resipi berserta tip dan petua untuk mendapatkan hasil gilingan rempah yang sempurna.
“Sebab terlalu ramai yang nak resepi rempah giling mak…Ni ceq bagi bahan-bahan untuk rempahnya dan sedikit petua-petua, untuk sukatan maaf ceq tak pasti sebab masa mak ambik bahan-bahan rempah tu jenis cekau-cekau ikut tangan ja (agak-agak)”
Resepi Rempah Giling Gulai untuk Gulai Ikan
Bahan-bahannya:
Rempah biji*
Jintan manis*
(kalau sukatan dia mesti banyak sikit dari jintan putih)
Jintan putih*
Lada hitam*
Cabai kering*
Kunyit hidup
Bawang merah
(potong kecik-kecik)
Bawang putih
Cara-caranya:
Ambil semua bahan-bahan yang bertanda * rendam sat dalam ayaq panas (beberapa saat ja) lepas tu tapis tos sampai kering
Untuk proses giling mula-mula giling dulu kunyit hidup bagi hancuq sikit
Lepas tu campuq pula dengan bahan-bahan rempah yang direndam dengan ayaq panas tadi (teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling pusing-pusing sekali alu batu giling tu ke atas dan bawah) kalau betul teknik dia boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis (rujuk gambaq dekat bawah) dekat alu batu tu serious mau sado lengan o..
Berapa lama rempah tu nak lumat bergantung pada skill kalau cekap sat ja…. rempah pon tak terpercik merata cerok
Bila rempah dah lumat masukkan bawang merah dan bawang putih giling la pulak sampai bawang tu lumat dah siap lumat bulatkan rempah (masa nak tomeih rempah baru pecahkan rempah yang dibulatkan) boh dalam mangkuk ambil ayaq titiskan dekat batu lesung ambil ayaq dari sisa batu giling tu dah siap rempahnya siap untuk digunakan
Untuk masak Gulai ikan tu ni sama ja macam dok masak gulai ikan yang lain cuma ceq tomeih pakai guna minyak nyoq buat sendiri tu yang rasa dia sangat-sangat sedap aroma dia lain macam..
Tips dan petua:
Masa giling rempah tak boleh terlalu kering atau basah.
Kalau rempah tu agak kering boleh titiskan ayaq masa proses giling sebab tu kena giling kunyit hidup dulu kunyit ni akan keluaqkan ayaq
Gulai nak sedap masa last sekali masuk kepala santan(paling pekat dari perahan pertama) kacau sat terus tutup api
Kalau ada periuk tanah lagi sedap aroma rempah sangat best
Salah satu sebab orang dulu-dulu sihat dan umur panjang semua benda buat sendiri termasuk rempah guna minyak nyoq untuk tomeih masakan
Anak dara dulu-dulu wajib luluih dalam bab giling rempah ni baru orang masuk meminang
Kalau makan nasi dekat rumah orang zaman dulu rasa memang tak sama (guna rempah giling) sebab bergantung pada sukatan rempah masing-masing ada resepi dari warisan turun temurun ikut pulak darah keturunan berdarah campur lain pulak sukatan rempahnya.
Rancang Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak Dengan Explore Escape, Petaling Jaya. Banyak aktiviti yang mencabar boleh dilakukan disini. Pasti anak-anak anda teruja untuk mencubanya.
** Tiket Sah digunakan dari 1 Ogos hingga 31 Oktober (3 Bulan)
Tiap-tiap hari memasak boleh buntu juga menu apa yang ingin disediakan untuk famili. Apatah lagi jika dalam sehari perlu menyediakan menu sarapan, tengah hari dan malam, dalam erti kata lain kena memasak tiga kali dalam sehari. Itu belum lagi menu minum petang. Memang masa akan banyak habis seharian di dapur.
Pun begitu, apa kata kali ini anda sediakan menu istimewa yang sesuai dimakan untuk menu tengah hari sampai ke malam, iaitu Set Nasi Tomato. Sekali masak menepati selera anak beranak.
Ini sebagaimana yanh dilakukan oleh Puan Zadariah Zakaria ini, berkongsi menu yang disediakan untuk keluarganya.
“Masak sekali harong, tengah hari dan malam. Nasi tomato,ayam masak merah. Nasi saya suka kukus, tak keras tak lembik elok ja. Lambat basi cara kukus,” Tulisnya sambil berkongsi resipi untuk menyediakan menu tersebut di group Masak Apa Hari Ni dan siapa sangka resipinya ini mendapat perhatian warganet yang teruja ingin mencuba hingga 19K perkongsian di facebook.
Jadi buat anda yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba sediakan menu yang istimewa ini.
NASI TOMATO KUKUS
Bahan-bahan:
Sediakan pengukus.
3 cawan beras biasa-basuh dan tos
@ beras basmathi-rendam 30 min,basuh dan tos.
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
-tumbuk
2 sdm minyak sapi@ marjerin
Rempah 4 sekawan tak perlu banyak
½ tin tomato pure( saya guna duChef tin 220gm)
2 sdm gula(@ikut citarasa sendiri)
1 sdt garam(@ikut citarasa sendiri)
Secubit aji(option)
⅓ tin susu cair
2½ cawan air
Daun pandan
Cara-cara:
-Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, 4 sekawan naik bau.
-Masukkan semua bahan-bahan lain..tunggu mendidih dan masukkan bersama beras dalam pengukus.
-kukus selama 15 min, buka pnutup dan gembur nasi..sambung kukus hingga masak.
AYAM MASAK MERAH
bahan-bahan:
1 ekor ayam @ bahagian yang suka-bersihkan,garam kunyit dan goreng tak perlu terlalu garing,angkat dan ketepikan
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ruas lengkuas
1 ruas halia
2 batang serai
-Kisar halus
Rempah 4 sekawan
1 senduk kecil cili kisar
½ tin tomato pure(balance yang tadi)
1 batang carrot(yang di kisar halus bersama air)
2 sdm sos tomato
1 sdm sos cili
4 sdm gula perang(citarasa sendiri)
1 sdt garam(citarasa sendiri)
½ sdt cukup rasa
⅓ tin susu cair
Minyak mnumis
Daun pandan
2 labu bawang besar potong bulat
Daun bawang jika suka
Cara-caranya:
-tumis bahan kisar serta 4 sekawan dan daun pandan hingga naik bau.
-masukkan cili kisar, tomato pure,sos tomato,sos cili,msk sampai pecah minyak.
-kemudian,masukkan carrot kisar dan ayam..tambah 1 cawan air jika terlalu kering..renihkan sebentar, masukkan susu cair dan perasa-perasa lain..masak sampai pecah minyak,,kuah boleh ejas nak pekat takat mana..
-masukkan bawang potong dan daun bawang..uttup api..
JELATAH TIMUN
Bahan-bahan:
1 batang timun
1 batang carrot
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
-potong ikut citarasa.
1 sdm gula
2 cubit garam
1 sdm sos cili
1 sdm cuka
Cara-cara
-campur smua dan gaul sebati
*Boleh tambah cili padi jika suka pedas
*nenas jika suka..
-selamat mencuba
Menu makanan arab sangat sesuai untuk hidangan seisi keluarga dan majlis keraian. Makanan Arab memang unik dan enak dengan rasa yang tersendiri. Ia bukan sahaja memiliki hidangan pembuka selera yang enak.
Salah satu hidangan, yang enak adalah roti arab. Nak buat pun mudah. Ikuti perkongsian ini jika mahu mencuba buat sendiri roti arab.
Satukan semua bahan dah uli sehingga elastik. Biarkan adunan sehinggan kembang 2 kali ganda. Tumbuk2 adunan untuk buang angin dlm tepung dan bentukkan bulat2 ikut besar mana kita nak.
Sy bahagikan kepada 10 bahagian Canai dan rehatkan atas dulang pembakar selama 10 minit. (Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat, dulang tu sapu sikit butter atau minyak). Bakar 150c selama 20 minit Siap.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.