Para ibu di luar sana pasti dah susun senarai menu-menu yang nak dimasak sama ada untuk sahur atau berbuka di rumah. Lagi buntu kalau anak atau suami dah tanya menu setiap hari.
Ini dia resipi maggi goreng paling simple yang dikongsikan oleh chef viral Hamdan Mubarak yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sekarang, tak perlu pening dah nak fikir masak apa untuk sahur. Cuba sahaja resipi ini memang confirm tak cari lain.
Maggi Goreng
Ads
Bahan-bahan:
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
3 paket maggi kari
3 biji telur
Sos tiram
Sos cili
Kicap
Air
Sayur sawi
Cara Penyediaan:
– Tumbuk dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi bersama.
– Masukkan rempah maggi kari ke dalam tumisan dan masukkan 3 biji telur.
Ads
– Masukkan 3 paket maggi yang sudah direndam dalam air biasa selama 5 minit.
Bila sebut sahaja lamb chop yang dimakan bersama sos lada hitam yang pekat dan berasa lemak dan pedas berempah, sudah dapat dibayangkan keenakannya. Kesempurnaan rasa yang sukar untuk digambarkan apatah lagi andai dimasak dari air tangan sendiri.
Buat yang pertama kali ingin mencuba, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Afy AL Habibi ini.
Resepi Lamb Chop Viral
Jom cikgu kongsi sos black pepper sesedap rasa sampai terbeliak biji mata. Hii. Jangan lupa minum jus epal suam atau limau suam. Kolestrol tetap kena jaga juga.
Bahan perapan daging ( 3 keping )
– 3 sudu besar sos lada hitam
– 3 sudu besar serbuk cheese ( dalam plastik- boleh beli dekat kedai bakery)
– 1 sudu besar sos spageti cendawan
– 3/4 lada hitam kisar
– 1/2 sudu kecil parsley flakes
* tak perlu masukkan garam. Perapan dengan serbuk cheese sudah memadai.
cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar.
2. Lumurkan pada kepingan daging kambing setelah dicuci bersih tanpa darah beku.
3. Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik. * Untuk perap semalaman kena masukkan dalam peti suhu biasa. Afy masukkan dalam plastik besar.* bakar daging selepas sos dan semua bahan pelengkap siap.
4. Panaskan 3/4 sudu besar planta atas pan. Susun daging yang diperap dengan teliti.
5. Gunakan api yang agak besar. Yang penting kena selalu balik-balikkan. Anggaran masa 10-15 minit. Konsistensi daging bukan garing kering.
7. Sebelum daging diangkat, Afy suka layurkan sekejap-sekejap atas api gas. Untuk naikkan bau. Cara Afy tu agak bahaya sikit. Risiko dapur gas tersumbat atau bahaya lain. Hati-hati ye.
Resepi Sos Black Pepper Maveloss
1. Panaskan 3/4 sudu besar planta dalam api kecil sahaja. Kemudian masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. Kalau takda takpa. Kacau rata.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. * jangan guna kicap masin
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.
6. Tutup api setelah semua rasa sebati. Siap untuk sos black pepper maveloss!
Betul, tak tipu.
Tidak dinafikan resipi masakan berasaskan ayam memang menjadi hidangan wajib seisi keluarga. Boleh dikatakan hari-hari mesti ada menu berasaskan ayam.
Lazimnya menu, ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam masak cili api, sup ayam dan ayam masak kunyit adalah hidangan yang popular. Memang bertambah anak-anak makan.
Selain resipi yang biasa kita masak, apa kata cuba resipi ayam ala Thai ni. Malah resipi viral ini mendapat perhatian ramai apabila resipinya memang istimewa dan resipi asli dari ibunyang yang merupakan warga Thailand.
Ikuti resipi ibu Nur Asyikin yang menetap di Malaysia hampir 55 tahun. Sempena perkongsiannya, beliau juga mengharapkan warganet mendoakan moga ibunya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Ikuti perkongsian ini.
AYAM PADPHEK ( Masakan Thai Original ) resepi ibu warganegara Thailand yang menetap di Malaysia hampir 55 Tahun Doakan ibu saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Bahan-bahannya
Bahan blend Kunyit Hidup – 3 Bawang Merah – 4 Biji Bawang Putih – 4 Biji Serai – 2 Batang Daun Limau Purut – 4 Helai ( blend ) Daun Limau Purut – 3 Helai ( Potong ) Lada kering – 1 Biji Cili api – 5 Halia Belacan Asam keping – 1 ( Masa Tumis )
Bahan Perap Ayam Kunyit
Nota: Selain Ayam bahan-bahan diatas boleh diolah pelbagai lauk Ikan Keli,Sotong,Udang.
Cara – Cara 1.Goreng ayam sederhana masak angkat dan asingkan. 2.Panaskan minyak ( minyak lebih lagi sedap ) masukkan bahan2 blend tumis sampai wangi. 3.Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak kemudian masukkan Daun Limau Purut tumis sampai Daun Limau Purut layu dan sedia untuk dimakan ( Tunggu berbuka yer ) 4.Anak2 yang xmakan pedas blh asingkan lauk yang dah masak letakkan cili api ( tumbuk ) kemudian..
Sumber: Nur Asyikin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.