Tidak dinafikan resipi masakan berasaskan ayam memang menjadi hidangan wajib seisi keluarga. Boleh dikatakan hari-hari mesti ada menu berasaskan ayam.

Lazimnya menu, ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam masak cili api, sup ayam dan ayam masak kunyit adalah hidangan yang popular. Memang bertambah anak-anak makan.

Selain resipi yang biasa kita masak, apa kata cuba resipi ayam ala Thai ni. Malah resipi viral ini mendapat perhatian ramai apabila resipinya memang istimewa dan resipi asli dari ibunyang yang merupakan warga Thailand.

Ikuti resipi ibu Nur Asyikin yang menetap di Malaysia hampir 55 tahun. Sempena perkongsiannya, beliau juga mengharapkan warganet mendoakan moga ibunya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Ikuti perkongsian ini.

IKLAN

AYAM PADPHEK ( Masakan Thai Original ) resepi ibu warganegara Thailand yang menetap di Malaysia hampir 55 Tahun Doakan ibu saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Wanita Ini Kongsi Resipi Ibu Warga Thailand, Cara Masak Ayam Padphek, Masakan Thai Asli. Sedap Terangkat, Patutlah Viral!

IKLAN

Bahan-bahannya

Bahan blend
Kunyit Hidup – 3
Bawang Merah – 4 Biji
Bawang Putih – 4 Biji
Serai – 2 Batang
Daun Limau Purut – 4 Helai ( blend )
Daun Limau Purut – 3 Helai ( Potong )
Lada kering – 1 Biji
Cili api – 5
Halia
Belacan
Asam keping – 1 ( Masa Tumis )

IKLAN

Bahan Perap
Ayam
Kunyit

Nota: Selain Ayam bahan-bahan diatas boleh diolah pelbagai lauk Ikan Keli,Sotong,Udang.

Cara – Cara
1.Goreng ayam sederhana masak angkat dan asingkan.
2.Panaskan minyak ( minyak lebih lagi sedap ) masukkan bahan2 blend tumis sampai wangi.
3.Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak kemudian masukkan Daun Limau Purut tumis sampai Daun Limau Purut layu dan sedia untuk dimakan ( Tunggu berbuka yer )
4.Anak2 yang xmakan pedas blh asingkan lauk yang dah masak letakkan cili api ( tumbuk ) kemudian..

Sumber: Nur Asyikin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI