Seronok juga rasanya bila kita mula-mula menyemai tanaman dan nampak semua anak semaian bercambah dan mengeluarkan tunas.

Terlihat segar menghijau dan besar harapan kita agar pokok yang disemai itu dapat hidup dan bolehlah hasilnya nanti dituai.

Sebelum itu, untuk memastikan anak semaian dari biji benih dapat bercambah seragam dan sekata, ada cara dan tip yang perlu anda lakukan. Cara ini dikongsikan oleh Azuan Abdullah dan semoga ianya bermanfaat.


Ada sahabat tanya, macam mana saya semai terung naik seragam dan sekata? Nak guna media apa yang terbaik?

Berdasarkan pengalaman kami, media yang terbaik untuk semai biji benih adalah peatmoss.

Ini tak bermaksud media lain seperti cocopeat, sekam padi bakar dan tanah campuran tak boleh digunakan untuk semaian. Ianya boleh juga digunakan, tidak ada masalah.

Bila guna peatmoss ni, sahabat yang baru nak berkebun pun boleh tumbuh bila semai benih. Dengan syarat ikut sop dengan betul la ya.

Baik. Ini cara saya semai benih terung.

Bahan-bahan.

1. Tray semaian
2. Peatmoss
3. Spray semaian
4. Plastik
5. Besen @ bekas untuk siraman secara rendam

Jom kita tengok step by step cara menyemai pula ya.

Menyemai Biji Benih Terung Nak Naik Sekata, Ada Caranya Boleh Buat!

1. Peatmoss dimasukkan ke dalam lubang tray semaian hingga penuh limpah. Jangan tekan peatmoss. Hentakkan tray ke lantai secara perlahan 2 kali. Ratakan peatmoss tadi.

Menyemai Biji Benih Terung Nak Naik Sekata, Ada Caranya Boleh Buat!

IKLAN

2. Letak biji benih ditengah tengah lubang tray. 1 biji benih untuk setiap lubang. Pilih benih yang berkualiti.

Menyemai Biji Benih Terung Nak Naik Sekata, Ada Caranya Boleh Buat!

Saya guna benih terung antaboga. Saya ada jual. Boleh dapatkan di sini http://agromallasia.ordersini.com/

Menyemai Biji Benih Terung Nak Naik Sekata, Ada Caranya Boleh Buat!

3. Tekan biji benih tadi dengan hujung jari. Kedalamannya lebih kurang 0.5 cm. Jika terlalu dalam, benih akan lambat cambah.

Menyemai Biji Benih Terung Nak Naik Sekata, Ada Caranya Boleh Buat!

4. Tutup kesan lubang yang ditekan tadi dengan peatmoss. Tabur je atas lubang tu dan jangan tekan.

Ratakan semula peatmoss tersebut dengan hati-hati supaya kedudukan benih tidak terusik dan bergerak.

5. Spray media dalam tray dengan air kosong. Saya guna spray tangan je. Setting nozzel tu supaya keluar semburan kabus. Spray cukup cukup basah sahaja.

IKLAN

Menyemai Biji Benih Terung Nak Naik Sekata, Ada Caranya Boleh Buat!

6. Bungkus bekas semaian dengan plastic supaya ia kedap udara. Biarkan selama 5 hari 5 malam dan simpan di tempat teduh. Proses ini dinamakan “heating”.

Menyemai Biji Benih Terung Nak Naik Sekata, Ada Caranya Boleh Buat!

7. Buka bungkusan dengan hati hati pada hari ke 2 lepas semai. Jika media kering, spray dengan air kosong. Letakkan tray ditempat asal (redup).

8. Rendam tray semaian dalam takungan beberapa minit pada hari ke 6 lepas semai. Bila media dah basah sepenuhnya, keluarkan tray dan letak tray tersebut dikawasan yang kena cahaya matahari secara terus.

9. Siraman dibuat pada hari ke 7 lepas semai. Ianya dibuat 2-3 hari sekali bergantung pada kelembapan media semaian.

Caranya adalah dengan rendam tray semaian dalam takungan beberapa minit. Bila media dah basah sepenuhnya, keluarkan tray dan letak tray tersebut ditempat asal (tempat yang kena cahaya matahari).

Siraman ni kita tak galakkan spray atau siram dipermukaan daun sebab jika kelembapan terlalu tinggi, anak pokok mudah diserang penyakit yang disebabkan kulat.

IKLAN

10. Kawalan perosak dan penyakit dibuat bersama dengan semburan foliar pada hari ke 8 lepas semai. Ianya dibuat 1-2 kali seminggu bergantung pada tahap perosak dan penyakit.

Kombinasi bahan yang digunakan adalah racun organic serangga + racun organic kulat + cuka kayu + larutan baja NPK 18.18.18 + mikro (EC 1.5)

11. Pembajaan anak benih biasanya saya tak buat sebab peatmoss dah ada cukup nutrient untuk tumbesaran pokok. Jika pokok kita nampak terlalu kuning, boleh la buat pembajaan secara rendaman dalam besen.

Guna baja NPK larut air 18:18:18 + mikro atau baja AB. Kepekatan air baja buat 2.0 mS.

12. Paling awal anak benih boleh ditanam bila usianya 30 hari lepas semai (HLS). Saya biasa tanam pada usia 35 HLS.

 

Anak pokok ni boleh bertahan hingga 45 HLS. Jika kita tanam lebih pada usia tu, tumbesarannya akan jadi terbantut.

Sahabat,

Anak pokok terung macam ni boleh kita jual dengan 2-3 ringgit satu pokok. Ramai yang nak beli, cuma saya tak sempat nak buat. Sahabat boleh la cuba ya.

Sahabat boleh ikut sop ni, insyaAllah anak terung yang sahabat semai akan tumbuh seragam dan sekata. Bila dah pandai, boleh jual anak pokok terung yang dah siap semai pula.

Menyemai Biji Benih Terung Nak Naik Sekata, Ada Caranya Boleh Buat!

Ini pula usia pokok 19 selepas tanam.

Sumber : Azuan Abdullah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI