Setelah beberapa hari kita semua melalui Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu, tentunya sebelum ini kita sudah pun merancang pembelian untuk stok makanan.

Pun begitu, tidak dinafikan ada antara stok makanan tyang dibeli semakin susut kuantitinya, maklumlah setiap hari kita memasak. Malaj dan ada juga kita terbeli   barang-barang  yang tidak perlu pun, akibat ketika itu terlalu panik.

Oleh itu, sekiranya ingin membuat pembelian untuk stok minggu kedua ini, ada baiknya merancang terlebih dahulu.

Mungkin anda boleh ikut tips ini, jom semak.


Saya share sedikit macam mana saya merancang pembelian barang keperluan asas (makanan) untuk simpan stok sementara waktu ini. TSMY pun dah buat pengumuman rasmi Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18-31 Mac ini:

IKLAN

1. Rancang untuk sediakan makanan berkhasiat. Macam yang kita biasa masak. Cuma tak perlu lah masak beria sangat dan complicated.

2. Tak semestinya kena makan makanan segera, makanan dalam tin atau processed food (kalau peti sejuk kecik, no choice).

Merancang Pembelian Barang Makanan Untuk Buat Stok, Ambil Kira Tips Ni!

IKLAN

3. Pilih yang tahan lama.
Ada barang yang kita simpan pada suhu bilik, ada yang masuk fridge, ada yang masuk freezer. Kena tengok kuantiti yang sesuai dengan kapasiti yang kita ada.

4. Sediakan makanan dengan nutrisi lengkap.

Nak beli apa ya? Panduan pilhan begini:

IKLAN

Protein: Ayam, ikan, udang, telur
Sayur: Kobis, karot, timun, kentang, terung, cili padi, brocoli, bawang besar, bawang putih
Karbo: Beras, tepung (buat cucur/ lempeng), oat, bihun, pasta
Kekacang (kacang kuda, kacang tanah)
Buah: Mangga, pisang, jagung paket
Air: Kopi/ teh, susu
Lain-lain: Sardin tin (sebagai standby), roti, minyak, rempah kari, kunyit, garam, gula, kicap, sos,

Peringatan:
+ Barang keperluan diri, baby, ubat-ubatan, makanan kucing jangan lupa ya
+ Jangan keterlaluan,kiasu, panik borong stok untuk berbulan-bulan. Be considerate, orang lain pun nak beli juga. Tujuan kita buat begini untuk kurangkan pergerakan keluar rumah. Memadai untuk stok seminggu dua.
+ Rak barang di pasaraya dah kosong? Jangan risau. Insyaallah nanti mereka top up lagi barang.
+ Anak-anak nak jajan? Boleh lah beli sikit, atau boleh consider buat sendiri popcorn, jejari ketam, kacang rugged dll. Kerepek pisang/ ubi pun okay juga.
+ Boleh juga pulun habiskan baki ganti puasa. Dapat puasa Isnin dan Khamis pun bagus juga kan.

Masa ini boleh guna sebahagian simpanan kecemasan. Ingat jangan boros dan berlebihan. Berjimat cermat. Sebenarnya jika tiada pilihan, janji ada beras, tepung, ikan bilis, bawang dah boleh rasa bahagia makan sedap cara kita. Yang penting bertenang-tenang. Kita doakan dalam masa yang singkat keadaan kembali pulih dari penularan virus Covid-19. Semoga Allah Ya Rahman Ya Rohim Ya Muhaimin pelihara rakyat Malaysia dari sebarang kemudaratan yang lebih sulit. Insyaallah ini hanya sementara.

sumber : Marhalis Hasan 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI