Biasa apa yang kita dengar, seorang isteri akan sanggup bersusah payah menjaga dan mencari nafkah apabila keadaan suami tidak sihat, lumpuh atau terlantar sakit.

Pun begitu buat En Maaroof bilamana dirinya sedang diuji dengan kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya, namun bukan seorang isteri setia disisinya bahkan kedua-dua isterinya sentiasa menemaninya.

Noraini dan Effa Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih, malah dua wanita ini setia dan berkorban untuk menjaga suami yang sakit.  Meskipun  jalani kehidupan keluarga yang dihimpit kesusahan selepas suami mereka kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, kira-kira tiga bulan yang lalu.

“Mereka Berdualah Hidup Dan Mati Saya.”-Isteri Pertama & Kedua Berbahagi Tugas Jaga Suami, Raih Perhatian!

“Mereka berdualah hidup dan mati saya,” kata Maaroof Noordin, 58, mengenai isteri pertamanya, Noraini Ishak, 42, dan isteri kedua, Effa Rizam Abd Ghafar, 42.

“Hidup kami berubah selepas kaki kiri saya terpaksa dipotong Oktober lalu, sekali gus tak mampu lagi teruskan kerja sebagai tukang rumah. Kini isteri kedua terpaksa bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng, dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

 

 

IKLAN

“Isteri pertama pula menguruskan rumah, termasuk menjaga keperluan saya,” kata Maaroof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherating Lama.

“Mereka Berdualah Hidup Dan Mati Saya.”-Isteri Pertama & Kedua Berbahagi Tugas Jaga Suami, Raih Perhatian!

Turut difahamkan bahawa Maaroof telah berkahwin dengan Noraini pada 2007 dan sudah hampir lima tahun berpoligami selepas mengahwini Effa Rizam pada 2018, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

IKLAN

 

ARTIKEL MENARIK

“Dengan pendapatan sekarang memang tak cukup, sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak. Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan belanja ulang alik ke hospital sahaja sudah cecah RM600 sebulan,” katanya.

Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan.

Sumber : Berita Harian

IKLAN

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Mereka Berdualah Hidup Dan Mati Saya.”-Isteri Pertama & Kedua Berbahagi Tugas Jaga Suami, Raih Perhatian!