
Menyusukan anak memang tak mudah. Kurangnya ilmu dan pendedahan dengan teknik yang betul untuk menyusukan anak membuatkan ibu makin stress. Apatah lagi bila lihat hasil perahan susu tak sebanyak orang lain. Memang stress.
Jangan cepat mengalah dan putus asa. Usahakan untuk memperbanyakkan susu ibu dengan resipi ringkas, air rebusan ini. Air rebusan yang dikongsikan oleh Puan Nurasyikin Ali di facebooknya ini boleh mama cuba sebagai usaha untuk memperbanyakkan susu ibu.
Tak perlu bahan yang banyak pun, hanya dua bahan sahaja. Amalkan. Mana tahu serasi dengan tubuh mama. Jom cuba!
ORGANIC MILKBOOSTER
Susah hati jugak bila susu ibu selalu drop kan? Susu asyik tak cukup. Pam dapat sikit je. Ni Kak Ekin share resipi banyakkan susu badan yang korang boleh buat kat rumah. Hanya guna halba dan kurma.
Bahan-bahan:
1 sudu halba
7 biji kurma kering
Air masak 2 cawan
1. Masukkan air dalam periuk.
2. Masukkan halba dan kurma.
3. Rebus sampa warna kekuningan macam teh.
4. Boleh dihidang dan minum 2 kali sehari.
Moga membantu ibu-ibu yang berimpian menyusu hingga anak umur 2 tahun. Semoga bermanfaat.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cara Sediakan & Minum Jus Kunyit, Boleh Ikut Cara Yang Dikongsikan Saintis Ini

Isi Kandungan
ToggleKunyit sangat membantu menangani masalah kulit seperti jerawat, kering, ekzema atau psoriasis. Herba ini juga bertindak sebagai ubat semula jadi. Kunyit mengandungi vitamin, mineral dan bahan kimia untuk mengurangkan keradangan, mengurangkan pergerakan otot yang tidak normal, dan melegakan masalah pencernaan.
Cara Sediakan & Minum Jus Kunyit
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat meningkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara. Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah.
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan cara kisar dan disapu atas kulit.
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN ATAU MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
1.Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.
2.Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.
3.Untuk kurangkan risiko bentuk batu karang, sebaiknya minum susu selepas minum jus kunyit.
Boleh Ikut Cara Yang Dikongsikan Saintis Ini
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT
1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang dikisar dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat meningkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah diserap ke dalam darah.
3. Merebus kunyit dalam tempoh yang lama (lebih 15 minit) akan mengurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Teknik memanggang pula akan menurunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng atau menumis akan mengurangkan khasiatnya sehingga 98%.
4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh yang lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak atau direbus bersama sedikit asam jawa.
5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk meningkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6. Meminum jus kunyit bersama secubit serbuk lada hitam juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
Sumber kredit: Dr Suri Roowi
Buat Sendiri Aiskrim Lagi Mudah & Menjimatkan . Lelaki Ini Kongsikan Resipinya. Yang Penting Sihat Untuk Anak-Anak.

Kalau sebut aiskrim, pasti anak-anak yang paling teruja. Tak kira apa jua perisa kalau dapat memang tersenyum lebar masing-masing.
Namun, ibu-ibu kena juga ambil berat bab bahan yang digunakan dalam aiskrim. Antara kandungan paling banyak adalah gula.
Lebih mudah, buat je sendiri. Lagi bagus kerana terjamin kebersihannya serta menjimatkan. Paling penting ia menyihatkan.
Jom admin kongsikan resipi aiskrim homemade yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafir.
Cuaca panas sekarang, jadi saya nak kongsi satu lagi resepi #BuatSendiriAiskrimRingkas saya. Yang penting aiskrim ini MENYIHATKAN!!!!
Bahan-bahan mudah:
a) Limau (nipis/kasturi/lemon)
b) Madu
c) Air masak
d) Buah-buahan
Langkah 1: Dalam jag berisi air kosong, masukkan madu dan perahan limau secukup rasa. Kacau biar madu larut dalam air. Saya guna campuran limau nipis dan limau kasturi, secukup rasa, supaya air/aiskrim nanti rasa masam manis yang best.
Jadikan #AktivitiBersamaAnakAnak: Anak-anak tolong kacaukan air.
Jika termasukkan biji limau, buang/tapis ye.
Langkah 2: Masukkan buah kesukaan kita ke dalam bekas aiskrim. Tak perlu susun pun, masukkan saja. Campurlah buah apa pun tak apa. Saya guna kiwi dan strawberi saja (buah ini saja ada dalam peti sejuk rumah, saya buat malam selepas balik kerja).
Kalau tak nak guna icecream mould, boleh guna plastik aiskrim pun menarik juga. Jadi aiskrim Malaysia kan…
Jadikan aktiviti bersama anak-anak: Ibu ayah potong buah, anak-anak tolong susun/letak buah.
Langkah 3: Masukkan air madu limau ke dalam bekas aiskrim kita. Sejuk bekukan semalaman.
Siang (esoknya), lepas anak-anak balik sekolah, boleh makan! Besttttttttt…..
Anak-anak makan banyak pun kita sebagai ibu bapa tak risau sangat, sebab aiskrim yang menyihatkan. Bukan macam aiskrim yang dijual di kedai.
Resepi aiskrim susu yang lepas: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10156043904130736&id=714725735
Cubalah 🙂
Buah tu boleh tukar kepada mangga, anggur, betik, pergggghhhh mesti best!
Jom #SHARE post ini.
#DiariPapaSyahr #KeluargaDrSyahr #DapurDrSyahr #SuamiMasak #ParentingDrSyahr #AiskrimHomemade 04/04/2019
Sumber: DR Syahr Musafir
“Bertahun Amal Makan Bawang Putih Bakar”-Wanita Ni Kongsi Petua Berkesan, Tiap Kali Batuk Berkahak!

Siapa yang pernah alami peritnya batuk yang tidak reda-reda tahulah bagaimana rasa tidak selesanya. Sampai ada yang sesak dada dibuatnya kerana batuk tak henti-henti, bahkan ditambah pula rasa gatal dan berkahak, menjadikan hendak buat kerja apa pun terasa tidak selesa.
Hal ini tentunya membuatkan sesiapa sahaja akan cuba ikhitar dengan pelbagai cara selain makan ubat yang sedia ada untuk memastikan tekak yang sakit terasa lega dan sekali gus kembali pulih seperti biasa.
Pasti sahaja kita tidak mahu terus menerus menanggung sakit batuk dalam tempuh yang lama. Andai ubat sedia ada tidak serasi dimakan, ada baiknya cuba petua yang diamalkan oleh Puan Rozza Roha sekian lamanya setiap kali ingin merawat batuk berkahak.
Nak share ilmu ni kat kawan-kawan semua.. Ubat paling mujarab jika kawan-kawan batuk-batuk yang tak pulih-pulih walaupun sudah 2 , 3 hari makan ubat batuk tu kan.
Batuk yang kering tak pecah-pecah kahak , gatal-gatal dalam tekak, batuk-batuk teruk sampai terkencing-terkencing tu boleh la cuba cara ni. Ini petua saya dapat dari sahabat FB saya, Cikgu RinaAyza…sudah beberapa tahun ni saya amalkan, sangat-sangat berkesan cara ni.
Bahan-bahannya:
1 labu bawang putih
Cara Penyediaan:
Langkah 1 :
Bakar atas api kecil, balik-balikkan sampai semua terbakar macam tu.
Langkah 2 :
Apabila sudah sejuk, kupas dan buang bahagian yang hangus.
Langkah 3:
Makan dalam 2 hingga ke 3 ulas sekali makan. Buat la sehari 2 ke 3 kali.
Saya sudah batuk-batuk 2 hari tak hilang-hilang, baru tengahari semalam saya bakar, sudah habis 1 labu bawang saya makan macam tu je.
Batuk-batuk dah pecah, berkahak pagi tadi, sudah buang. Tengahari ni bakar lagi 1 labu bawang putih dah makan 4 ulas tadi..pukul 4 ni batuk-batuk saya sudah beransur lega.
Cuma lepas makan nanti akan mula batuk-batuk macam teruk gak la tapi tak pe, biar je batuk dan dapat buang kahak-kahak tu, buang la..pagi tadi bangun memang teruk batuk saya dan dapat keluar kan kahak-kahak semua.
Sekarang sudah berkurangan batuk saya tapi saya akan habiskan juga bawang-bawang putih ni sampai mlm nanti.
Rasa memang tak berapa sedap tapi boleh la ulam dengan nasi kalau tak sanggup makan macam tu. Saya makan macam tu terus sebab niat kerana nak jadikan ubat dan cepat pulih.
Cuba la ye. In Shaa Allah.
ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI