Apabila pasangan itu sentiasa tersenyum bahagia, riak wajah dan sinar mata menjelaskan bahawa pasangan itu sedang menikmati kebahagian rumahtangganya. Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk memastikan perkahwinan itu indah sehingga till jannah.
Namun, jika pasangan saling melengkapi, ia pastinya menjadi kunci rahsia bahagia rumahtangga itu. Bagi penyanyi dan usahawan,Mila Jirin setiap kebahagian itu ada caranya. Beliau turut berkongsi tips kebahagiaan dalam rumah tangga.
“Macam mana nak tambahkan KEBAHAGIAN dalam rumah tangga?”
“Bangun pagi WAJIB mulakan dengan SENYUMAN (walaupun malam tu marah kr merajuk ke) sebab SENYUMAN ni macam 1 penawar untuk neutral kan segala ion ion NEGATIVE yang ada dalam diri kita.”
“Kalau boleh hari2 every morning PELUK erat erat pasangan kita for few minute…feel the warm…feel the heart beat…dan ucapkan I LOVE U!”
Ads
SALING MEMAAFKAN
“Suami Isteri ni kena sama sama buang EGO dan sering MAAF dan MEMAAFKAN…Kena selalu fikir, APA TUJUAN PERKAHWINAN itu?? Setiap manusia ada kekurangannya jadi sama sama PERBAIKI demi mencari Redha ALLAH.”
“Buat suami tercinta @isz_mustapha , doakan isteri u yang cute ni jadi Isteri yang TAAT ya.”
Sungguh, hidup ini penuh cabaran! Semua ini bergantung kepada diri kita untuk menemui kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Begitu juga dengan kehidupan dengan pasangan. Ada pasangan yang bahagia dan ada juga sebaliknya.
Bahkan ada pasangan yanga tidak bahagia memilih untuk bersama pasangan demi anak-anak. Dia sanggup derita asalkan dirinya tidak berpisah dengan suami untuk memastikan anak-anak tetap dalam jagaannya dengan selamat dan cukup keperluan. Biarpun diri diperlakukan sebagai hamba, dia tidak kisah.
Namun awan tidak selamanya mendung. Kebahagian muncul buat dirinya apabila setelah suaminya meninggal dunia. Tiada lagi derita diri buat dirinya.
Begitulah kisah dicelah kehidupan masyarakat. Inilah kisah benar yang dikongsi oleh doktor setelah pesakitnya meluahkan rasa hatinya.
Nyata, struggle is real! Moga kita tabah dan berdoa supaya urusan ditemukan dengan pasangan yang baik penuh limpahan kasih sayang till jannah!
Semoga Allah memberikan syurga untuk ibu ini yang merana semasa hayat suaminya ada.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
”Di rumah orang dia ambikkan selipar makcik depan pintu bila nak balik, kalau di rumah makcik yang kena pakaikan selipar dia, lambat sikit sumpah seranah, lempang dan pukul tu biasa” ceritanya tenang saja.
“Saya yang terkejut mendengar kisah “suami terbaik” di mata orang apatah lagi kariah masjid.
“ Gigi di mulut pun makcik yang kena bersihkan” saya terpinga-pinga.
“Macamana tu makcik?” Saya mohon penjelasan terbayang saya dia memberuskan gigi suaminya.
“Gigi palsu dia doktor, bangun pagi makcik kena tadah tangan untuk tadah gigi palsu dia bila dia nak keluarkan kahak dan makcik nak kena basuh gigi palsunya” sambungnya.
Allahu… tak tertelan air liur saya mendengar kisah ibu tabah ini.
“Kalau dia nak makan, dia suruh makcik cari sampai jumpa, selagi tak jumpa jangan balik.
“Sampai ke Tumpat makcik memandu cari apa yang dia nak makan. Bila dah beli, bawa kepada dia lambat balik kena marah, makanan yang dibeli tu tak sedap dia kata makcik bodoh pulak” Allahuakbar . Tabahnya makcik ni.
“Bila dia meninggal, makcik rasa sangat lega.” tidak kelihatan rasa sedih dalam diri makcik ini. Sejak saya bertemu dengannya dia sentiasa tenang.
Bila berlaku perselisihan faham suaminya sentiasa mengeluarkan kata-kata “ Mintalah cerai” agar makcik ni minta cerai, namun makcik ini tetap sabar dan tidak pernah terfikir untuk bercerai kerana mereka ada anak.
“Nak buat apa saya minta minta, kalau dia tak nak saya dia yang ceraikan saya tapi bukan saya yang minta” begitu pendirian makcik ni. Walau setiap hari berlaku trauma emosi tapi dia tetap tidak pernah meminta cerai. .
Perlakuan suaminya ini diperhati anak mereka. Cepat anak ini belajar, ibu ini bimbang anaknya ada sedikit ciri seperti ayahnya.
“Faktor baka memang ada, tetapi cara didikan juga ada kesan yang besar. Maka sangat penting untuk kita mendidik anak agar faham mana yang betul dan mana yang salah.
Apa saja yang dilihat oleh anak akan dicerap dan disimpan sebagai memori dalam otak anak. Rasa marah terhadap ayah sangat tebal kepada si anak dan sukar untuk dia memaafkan ayahnya
Kenapa saya kongsikan cerita ini? Sebab itulah fakta kehidupan kita. Setiap orang mempunyai cerita sendiri, maka jangan bandingkan cerita kita dengan orang lain, elakkan menasihat orang lain ikut cara kita. Lebih baik tanya mereka dulu apa yang mereka perlukan sebelum menjadikan hidup kita sebagai contoh untuk mereka ikut.
Konteks kita tak serupa, di luar nampak bahagia dan menjadikan isteri seorang ratu, tapi di rumah menjadikan isteri hamba. Semoga Allah berikan keluarga kita mawaddah warahmah dan bahagia hingga ke syurga.
Baru-baru ini, kisah seorang pemuda yang terserempak dengan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sedang berjalan kaki seorang diri pada waktu malam telah tular di aplikasi TikTok.
Kanak-kanak lelaki itu dipercayai telah melarikan diri dari asrama dan sanggup berjalan kaki lebih dari 10 km untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Rawang, Selangor.
Menerusi hantaran yang dikongsikan @aboyhakimi, kanak-kanak berkenaan dijumpai di tepi highway Sri Gombak pada jam 10 malam dalam keadaan sugul.
Difahamkan kanak-kanak berkenaan bersekolah di Taman Melawati dan melarikan diri dari asrama tanpa pengetahuan gurunya.
“Aku jumpa budak ni jalan kaki kat atas highway. Haih, jalan besar dia jalan kaki,”ujar aboyhakimi.
Apabila ditanya, kanak-kanak berkenaan memberitahu punca dia melarikan diri dari asrama adalah kerana tiada seorang pun yang menyukai dirinya.
“Semua orang tak suka,” jawab kanak-kanak berkenaan.
Apa yang mengejutkan, apabila ditanya di mana rumahnya? Kanak-kanak ini mengatakan yang rumahnya terletak di Rawang dan dia sudah pun berjalan lebih 10 km untuk pulang ke sana.
“Rumah kat Rawang, jauh dik kalau nak jalan kaki. Kalau kena langgar nanti macam mana? Nasib baik abang jumpa,”ujarnya.
Akhirnya lelaki berkenaan bertindak untuk membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis. Tindakan ini adalah sewajarnya kerana bimbang keselamatan kanak-kanak tersebut akan membuat sesuatu yang tidak wajar akibat depresi.
“Last sekali aku bawa pergi ke balai Gombak sebab tak tahu rumah kat mana.
“Kita takut jadi lain, jadi bawa ke balai,”tulisnya.
Lelaki berkenaan berharap agar selepas ini para guru lebih berhati-hati dalam mengawasi anak-anak murid terutama yang berada di asrama supaya perkara seperti ini tidak berulang.
Dalam keadaan pesakit Covid-19 semakin meningkat jumlahnya, tidak dinafikan akan menyebabkan orang disekelilingnya yang menjadi kontak rapat ingin pastikan diri sama ada bebas Covid-19 atau telah pun dijangkiti dengan kadar segera.
Namun timbul tanda tanya bilakah waktu yang betul-betul sesuai untuk anda lakukan ujian kendiri Covid-19 dengan menggunakan ujian antigen (RTK-AG) agar keputusan yang dibuat adalah tepat.
Mungkinkah sebaik sahaja anda tahu diri anda close contact atau bila diri menunjukkan gejala atau perlu tunggu beberapa hari?
Dr Izzar Anwari yang juga merupakan suami kepada pelakon, Ummi Nazeera menjelaskan berkenaan itu.
Info yang dikongsikan dapatlah untuk kita lebih faham dan disarankan juga agar setiap isi rumah penting mempunyai thermometer dan oximeter sebagai langkah berjaga-jaga bila mana jika anda perlu melakukan kuarantin di rumah sendiri.
Baiklah ini perkongsian detail daripada Dr Izzar, sila fahamkan sebaiknya.
Cara Betul Buat Ujian kendiri covid-19
HARITU BUAT UJIAN KENDIRI NEGATIF. TAPI HARI NI POSITIF PULAK. TIPU AH!
Mula-mula kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu HARI UJIAN DIBUAT dan VIRAL LOAD
Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi. Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI. Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.
Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi?
Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif. Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.
Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak?
Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu.
Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.
Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba-tiba bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Dalam kes mula-mula buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi. PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri n 15 minit dah dapat keputusan.
Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) :
– Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu.
– Buat ujian apabila bergejala
– Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.
Jom saksikan video Challenge Pengumpul Marsmallow Teragung!
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.