Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak kan. Baik dari segi keperluan dan juga pendidikan. Begitu juga dengan bab pengasuh, mendengar dan melihat kes-kes yang membabitkan anak didera pengasuh dan sebagainya membuatkan ada ibu bapa bimbang dan memilih untuk menjaga sendiri.
Kerana itu, ada yang berkorban sanggup berhenti kerja demi anak-anak. Bukan hanya berlaku pada orang biasa, bahkan ada antara selebriti di negara ini yang memilih jalan yang sama.
Demikian juga dengan pendekatan yang cuba di ambil pelakon dan pelawak, Abam Bocey. Dia mengakui ada meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk meninggalkan kerjayanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 32, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh luar.
Ads
“Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami.
“Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya ‘beli’ gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan,” katanya ketika ditemui sewaktu sidang media teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Ads
Menurut Abam lagi, gaji yang diberikan itu untuk kegunaan peribadi isterinya tanpa termasuk keperluan nafkah lain.
“Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia.
“Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain,” katanya yang memberitahu isterinya merupakan seorang akauntan sebelum ini.
Ads
Kata Abam lagi, dia lebih suka jika anaknya dibesarkan dan mendapat didikan sepenuhnya oleh keluarga sendiri.
Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah, pada 8 Disember 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.
Resipi Ikan Talang Masin Masak Asam, Menu Pembuka Selera Bila Buntu Nak Masak
Ikan talang masin masak asam antara menu yang mampu membuatkan kita makan bertambah-tambah. Kalau buntu tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba masak sajian ini. Pasti makan berselera, nak-nak kalau anda sambal belacan dan juga ulam-ulaman.
Ada masa-masanya kita teringin nak makan sajian yang ada rasa masam-masam, barulah terbuka selera. Menu ikan talang masin masak asam ini cukup ringkas. Bahan pun tidak banyak selain tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.
RESIPI IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
Ikan talang masin untuk 4-5 orang makan
1 biji bawang holland
2 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
2 biji tomato
½ mangkuk air asam jawa
1 kiub bilis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1.Untuk mudahkan hendak campak bahan masuk kuali nanti, sediakan bahan berikut.
– bawang holland potong bulat.
– tomato dipotong enam.
– air perahan asam jawa.
– ikan talang dibersihkan dan dipotong.
– cili besar potong nipis dan cili padi di belah dua di pangkalnya.
2. Panaskan 2 senduk minyak, goreng ikan talang yang telah dibersihkan dan dipotong tadi sehingga masak.
3. Bila ikan talang dah masak, taburkan sedikit (½ sudu kecil) serbuk kunyit.
4. Kemudian tuangkan jus air asam jawa gaul sebati bersama minyak panas.
5. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Gaul lagi.
6. Kemudian campakkan kesemua cili yang telah dipotong tadi. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi cili padi.
7. Masukkan perasa kiub ikan bilis atau pun serbuk perasa.
8. Perasakan dengan sedikit gula. Lebih sedap jika kuah asam ini rasa sedikit masin, masam manis dan pedas. Tidak perlu masuk garam sebab ikan sudah cukup masin.
9. Akhir sekali bila semua sudah mesra masak elok terus masukkan tomato. Kacau sekejap sekilas dua dan tutup api.
10. Sudah siap ikan talang masin masak asam. Sedap makan dengan nasi panas, ulam-ulam dan sambal belacan.
Suami isteri hidup saling melengkapi untuk bahagia.
Jika suami susah, isteri bantu. Itulah yang dinamakan perkongsian sebuah rumahtangga.
Seperti kisah ini, duit pemberian suami setiap bulan disimpan secara rahsia. Walaupun sedikit, jika lama tentu membukit.
Namun, digunakan untuk kecemasan. Ikuti perkongsian inspirasi ini.
Semalam suami diam je..nampak runsing. Lepas saya paksa baru dia cakap ,nak guna duit sikit…
Tak cakap banyak terus godek beg duit yg x pakai (ini saja letak nk ambik gambo kenangan) ..terus bagi suami..terkejut dia kenapa duit berlipat rapi ni..dia cakap x payah sebab ni duit saya simpan..saya tetap bagi juga..senyum keluar air mata dia..tapi tula x jadi nangis sebab dia kena bayar double nnt
Memang duit saya simpan tp datang dr suami juga..setiap kali suami bg duit gaji , kadang upah dia g buat part time saya selit kan sekeping dalam beg diam2..balik kampung mak mertua selitkan dalam beg pun saya simpan..tak sangka dia saya boleh simpan banyak tu sbb saya ni “deras” juga kalau ada duit.. Tapi tu la setiap duit penat lelah suami,mak mertua,mak sendiri bagi ada “sentimental value” nya sendiri.
Pastu suami cakap betullah ustaz kata isteri ni pandai buat MAGIC
Moral para suami jangan kedekut dgn isteri nak bg duit belanja.. insyaallah ada isteri yg pandai buat magic nnt,jangan kedekut dengan isteri ,sempit rezeki nnt.. ustaz yg kata ye.
Tular satu hantaran di Tik Tok memaparkan sepasang pengantin yang baru sahaja selesai melangsungkan majlis pernikahan mereka meraikan rakan-rakan dan keluarga di restoran kesukaan ramai.
Tidak memilih nasi minyak seperti kebiasaan sebelum ini, pasangan ini memilih untuk ke restoran Jepun terkenal iaitu di Suki-Ya bersama-sama tetamu mereka.
“Wedding nikah simple & rare,” tulisnya di kapsyen.
Tidak seperti kebiasaan, pasangan pengantin yang dikenali sebagai Yasmin dan Ebraheem ini memilih untuk melakukan ‘intimate wedding’ dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Paling menarik pastinya kos anggaran harga sekitar RM1000 sahaja untuk menjamu 17 tetamu dewasa dan dua tetamu kanak-kanak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan hasrat mereka untuk berbuat perkara yang sama kerana lebih mudah dan lebih senang untuk meraikan kawan-kawan dan keluarga.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.