Halia memang punya banyak khasiat untuk kaum wanita khususnya bagi yang sudah berkahwin. Antaranya membuang angin dalam badan, membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan banyak lagi. Jadi, buat anda yang belum mengamalkannya, bolehlah mulakan dari sekarang.
Buang Angin
Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh ( teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.
Redakan Tekanan
Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan.
Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.
Turunkan Berat Badan
Ads
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan.
Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong
Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Atasi Masalah Pencernaan
Ads
Perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia boleh mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.
Hilangkan Bau Badan
Ramai wanita yang alami masalah ini kan . Badan dah lawa , muka cantik tapi badan berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
Ads
Kuatkan Sistem Imun Tubuh
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.
Menghangatkan ranjang
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.
Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tak rugi jika kita amalkannya.
sumber: mrtengkuasmadi.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebelakangan ini kes serangan virus Influenza A kian menular di kalangan rakyat Malaysia. Rata-rata melahirkan rasa bimbang dengan kes yang kian meningkat terutama anak-anak kecil.
Mereka mudah terdedah dengan viris ini dibandingkan korang dewasa kerana imunisasi badan mereka masih lemah.
Dalam satu perkongsian di laman facebook, seorang bapa bernama Mohd Esmadi Ibrahim memuat naik kisah anak ketiganya yang meninggal dunia akibat demam mengejut.
Sebelum itu, arwah melakukan ujian memastikan sama ada dia turut mengalami Influenza A seperti mana abangnya, namun keputusan ujiannya negatif.
Semoga kisah ini menjadi pedoman buat kita semua dalam berhati-hati terutama memastikan kesihatan anak-anak sentiasa dalam pemerhatian kita.
Assalamualaikum semua saudara2 dan shbt2 saya di dlm ruangan ni.. Seminggu anak sy Muhammad Dayyan Hazim (ajim) yg berumur 1 tahun 8 bulan meninggalkan saya untuk kembali kepada Allah swt.. Hari ni sy diberi kekuatan olehNya utk menceritakan detik sebelum anak sy kembali ke rahmatullah dan menitipkan pesan buat semua. Sygnya kami sekeluarga pd ajim Allah sj yang maha mengetahui.
31/12/2019- anell abg kepada ajim demam pada paginya dan suhunya mendadak naik sehingga 39 degree pd sebelah petang dan malam. Demam x kebah2 walaupun diberi ubat. Saya bwk anell ke hospital temerloh untuk mendapatkan rawatan jam 12 tgh malam. Setelah darah diambil, doktor di hospital temerloh mengesahkan yang anak sy tiada jangkitan kuman dan disuruh balik..subhannallah..saya bgtau kepada doktor tersebut anak sy sering sakit perut dan demam beliau x kebah2 walaupun diberi ubat demam.. malahan ubat demam yang diberi di hospital juga tidak memberi kesan untuk menyembuhkan demam beliau.. doktor tetap arahkan sy untuk balik dan kerap membasahkan badan anak sy dengan air..
Allahuakbar..huhuhu…dengan sedikit kekecewaan sy bawak anak saya balik. Sampai rumah jam 6 pagi.. saya dan isteri sering basahkan badan anak tetapi seperti meletakkan air di atas cerek panas.. huhuhuhu…x mampu untuk menurunkan suhu. Jam 8 pagi skli lagi saya bawak anell ke primamedik temerloh dan menceritakan semuanya termasuk darah telah diambil di hospital temerloh. Doktor di primamedik kemudiannya mengambil sample hingus untuk dibuat ujian influenza. X syak lg bhwa anell dijangkiti influenza A. bayangkan begitu sedih sy dengan fasiliti hospital kerajaan yg sgt menyedihkan x mampu mengesahkan anak sy menghidap influenza A.
Dengan surat rujukan dari primamedik sy bawak anell terus ke kuantan medical centre (KMC). Bayangkan shbt2 semua, saya x dapat bagi tumpuan pd ajim sepanjang masa tu dan x pernah berjumpa dia dari 1 januari 2020.. Allahuakbar.. saya lebih memberi tumpuan kepada anell kerana dia demam teruk.. saya sgt3 sedih sehingga skrg bila terkenangkan semua ni.. saya berada di KMC bersama anell dan umi menjaga ajim dan along di rumah. 2/1/2020 – pd sebelah malam umi bgtau sy yang ajim demam.. saya hanya memikirkan yang ajim hanya demam biasa sbb beliau kebah slps tu. Pada sebelah pagi 3/1/2020 ajim demam balik dan saya bgtau umi supaya bwk ajim ke primamedik sbb dah tahu sgt dengan prosedur hospital kerajaan kalau baru demam mmg disuruh balik tnpa ambik darah untuk pemeriksaan detail. Saya bgtau umi untuk mintak doktor di primamedik buat influenza test.
Alhamdulillah negatif. Ajim sgt aktif sehingga sy n isteri mmg tdk dapat mengesan langsung sama ada ajim tgh sakit atau pun tidak. Tapi, umi bgtau ajim selalu sakit perut. Umi bwk ajim balik rumah berbekalkan ubat demam jenis cecair dan sub serta antibiotik. Selepas jumaat umi call saya bgtau demam ajim naik dengan mendadak…Allahuakbar…ajim dimandikan dengan air lemon tapi masih x kebah2. Umi bgtau yang dia nak masukkan sub dan sy pun setuju..😭😭😭😭😭😭😭😭😭…slps masukkan sublah ajim sawan yang tiada penhujungnya…huhuhuhu..Allahhh…dlm keadaan bercelaru umi ditemani oleh dua org staff sy bwk ajim ke emergency hospital jengka.. pada ms yang sama sy terus bergegas balik dari kmc bersama anel walaupun anel masih x sihat.
Berita yg sgt menyedihkan saya terima dalam perjalanan bhwa ajimm semakin kritikal dan terpaksa dihantar ke hospital temerloh. Bayangkan shbt2ku, ajim kritikal dengan hanya demam satu hari saja.. Allahuakbar…lemah seluruh tubuhku..Allah sj yang tahu..spnjg perjalanan air mata mengalir mengenangkan anak aku yg masih kecil.. aku smpi di hspital jengka dan x dibenarkan masuk tgk ajim sbb masih dirawat..Allahhh…hanya Engkau saja yang tahu perasaanku pd ketika itu.. dari jauh sy tgk ajim terbaring kaku dah x dapat melihat sy malah bergerak pun x boleh..mulut diikat sebab sawan..😭😭😭😭😭😭😭😭
Allahuakbar…anak saya terus dibawa ke hospital temerloh..di zon kritikal hospital temerloh doktor pakar memaklumkan kepada yang anak sy sgt kritikal terpaksa dipantau 24 jam…selepas city scan anak sy dimasukkan ke icu..huhu…saya dalam keadaan sgtttt sedih terpaksa bwk balik anell ke KMC…huhu…dan saya terpaksa mintak anell dipindahkan ke hospital temerloh..
sy pendekkan cerita dengan keadaan ajim yang sgt kritikal, ajim pergi meninggalkan kami pd 6/1/2020 jam 7.11 am.. walaupun saya n isteri sgtttttt sygkan ajim tapi kami redha yg Allah lebih sygkannya..huhu.. kami tahu bahawa Allah akan menempatkan ajim di tempat yang paling tinggi iaitu Syurga Allah. Ajim dikebumikan di tanah perkuburan Islam jengka 18 pada hari yang sama.
Saya titipkan kisah ini adalah sebagai kenangan buat saya dan isteri di alam maya ini dan sy ingin menyampaikan pesan buat semua yang membaca kisah sy ini… jgnlah abaikan anak kita walaupun demam sedikit..kita x tahu apa yang mereka tanggung masa tu…tlglahhhh bg tumpuan penuh pada anak2…
Alfatihah (dengan bacaan)
Abi, umi, along n anell syggggg ajim sgt2..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehilangan insan tersayang ibarat separuh nyawa di bawa pergi. Rindunya hanya Tuhan yang tahu. Berpisah hidup mungkin tidak terlalu sakit dibandingkan apabila dipisahkan dek kematian, amat sukar ditelan.
Hanya yang berada pada situasi tersebut bagaimana luluhnya hati untuk menerima hakikat kehilangan itu. Namun, hidup perlu diteruskan dan reda itu ikhlas.
Yang pergi tetap pergi, yang bertemu pasti akan berpisah. Hanya sekalung doa mampu dihulurkan buat insan tersayang semoga tenang di sana.
Dua tahun berlalu, kini tarikh 25 Julai mengulit kembali kenangan ShahNaz Azwa bersama arwah suaminya. Sementelah, itulah tarikh lahir insan tersayang yang beradu di hatinya dulu, kini dan selamanya.
Jika dulu, tarikh tersebut disambut dengan acara memotong kek, kini diubah ke arah yang lebih islamik.
Al-Fatihah buat arwah Md Shah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.
25 july dtg lagi…dan saya x penah lupa tarikh istimewa ni sbb insan yg lahir pd hari ni pun adalah insan yg sgt istimewa dlm hidup saya..
Setiap thn, biasanya kami akn celebrate sama2 dan yg paling excited tentulah ank2..sume pakat nk tiup lilin..dia?? Sengih dan bagi chance kat ank2 nya utk perasan yg kek tu diorang punya..
Tp skarang, saya dah mula belajar utk menerima ketiadaannya..acara potong kek dan nyanyi lagu besday dah diubah ke arah yang lebih islamic ?.. sebab saya nak dia still terima ‘hadiah’ dari kami…hubungan ❤ yg x akan putus smpai bila2 ..
Semoga sayang tenang dan berbahagia di ‘alam baru’.. kami di sini sentiasa merasai kehadiran sayang dalam keluarga..insyaAllah, saya akan cuba utk mendidik dan membesarkan ‘amanah’ sayang sebaiknya..
Pada saya, cinta tak perlu diucap setiap masa kerana ia akan terzahir dgn perbuatan secara tak sengaja..sebab apa?? Sebab dalamnya perasaan kita terhadanya..
Sedih tu masih ada tetapi keletah anak2 membuat saya tersengih dan tergelak sebab masing2 cuba jadi pelawak…? ..
Setiap kali melihat video yang dikongsikan oleh Nubhan bersama ibunya yang dikenali sebagai Mak Jenny, tentu ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati.
Bahkan tidak dinafikan perkongsian gelagat ibunya yang bersahaja dan kelakar digemari ramai dan ada antara video yang dikongsikan menjadi tranding di media sosial.
Umpamanya video baru-baru ini bilamana Nubhan membawa ibunya ke pusat membeli belah dan terlihat begitu bergaya dua beranak ini berjalan sambil berpimpin tangan.
“Reaction Mak Jenny bila tengok harga bag LV 🙊🙊🙊Tak pasal aku kena tempik! 😭”
Begitulah kapsyen posting video yang dikongsikan oleh Nubhan dan mendapat hingga share 12 000 kali.
Di dalam video yang dikongsikan itu Mak Jenny diberi peluang untuk memilih sendiri beg tangan yang disukainya di salah sebuah butik ternama.
Selepas memilih, dilihat ada beberapa buah beg bersaiz kecil yang menjadi pilihan Mak Jenny dan wanita tersebut membuat keputusan untuk memiliki semuanya apabila Nubhan berseloroh mengatakan harganya hanya beberapa puluh ringgit sahaja.
Apa yang buat menarik perhatian ramai malah ada yang tersenyum lebar adalah apabila melihat reaksi spontan ibunya setelah mengetahui harga sebenar beg tangan tersebut. Daripada wajah teruja berubah menjadi serius.
Gelagat dua beranak ini telah menerima pelbagai komen dan rata-ratanya memuji sikap keakraban dua beranak ini. Walau pun terlihat Nubhan sedikit nakal suka menyakat namun dapat dilihat ianya cukup menghiburkan hati Mak Jenny.