Cuti musim perayaan ini bukan masanya untuk kita membiarkan anak kita makan tanpa kawalan. Sedikit mungkin tidak mengapa, namun harus dihentikan sebaik anak menunjukkan tanda-tanda kurang sihat.
Masuk raya kedua dan seterusnya, anak mula batuk-batuk. Jadi apa nak buat? Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan ini.
Ramai yang share anak tak sihat sejak raya kedua. Sebab raya pertama kita cheat day sehari je, dah nampak kesan raya kedua.
Kahak, ini antara punca utama yang buat anak batuk, selsema dan demam. Makanan tambahan raya banyak beri kesan radang pada anak.
Ads
Kalau dah start nampak anak batuk selsema, elak dulu air manis pewarna bergas, candy sumi pun taknak bagi anak lagi. Raya, raya jugak. Tapi kalau sampai mudaratkan anak asyik batuk berkahak, baiknya kita elak dulu sampai anak sembuh.
Ads
Raya memang pesta makanan. Makanan tradisi, banyak yang okay. Ketupat, lemang, nasi impit, rendang, lontong. Cuma makanan tambahan biskut raya, kek, air gas, air kotak, air perisa, gula-gula, ini yang buat anak dah start tak sihat bermula raya kedua.
Banyakkan supplement semulajadi, minyak kelapa, minyak zaitun, madu, air kelapa dan baobab. Stop anak dari makanan manis dan gandum.
Susah jadinya bila anak terlampau memilih makanannya sendiri. Hanya mahu makan satu menu sahaja dan langsung tidak mahu mencuba makanan baru. Mak ayah jadi pening.
Bila anak semakin membesar, mak ayah semakin pening setiap kali hendak makan di luar.
Hal ini perlu di perbetulkan sejak bayi lagi. Pakar Kanak-Kanak, Dr Harith Ismail berkongsi tip untuk mak ayah.
Picky eater ini banyak puncanya tapi punca utamanya adalah kegagalan kita memberi solid food dikala anak usia enam bulan.
Kita hanya memberikan makanan yang sama saja. Kita pilih bagi nasi, tapi kita lupa nak bagi anak mi contohnya sedangkan itu pun baik untuk anak. Kita jadi takut nak cuba anak kita makan makanan lain.
Macam mana kita nak elakkan anak picker eater adalah perlu makan bersama-sama dengan anak-anak kita. Kalau ayah, ibu, kakak dan abang makan sama-sama, barulah anak dapat persekitaran waktu makan yang baik.
Jangan ikut kuantiti yang kita nak tapi sebaliknya bagi ikut kuantiti yang anak mahu. Contoh kalau anak nak makan 10 suap sahaja tak apa, kita ulang bagi anak makan lagi selepas dua hingga tiga jam.
Kalau kita asyik bagi sampai habis, dalam keadaan memaksa anak jadi mesti tak mahu. Anak boleh jadi fobia dengan makanan.
Kita guna daya kreatif untuk tarik perhatian anak makan. Belilah pinggan yang cantik ikut kesukaan anak misalnya. Ni perlu, biar anak seronok nak makan.
‘Masuk jawi’, bersunat atau berkhatan begitu sinonim dikaitkan bila tibanya musim cuti sekolah. Namun kali ini bersempena PKPB, ramai juga dikalangan ibu ayah mengambil peluang untuk melaksanakan kewajipan berkhatan untuk anak lelaki mereka.
Setidak-tidaknya ketika ini bolehlah ibu ayah memberi tumpuan menjaga anak yang bersunat, memandangkan masih lagi berkerja di rumah.
Oleh itu, sementara ibu ayah menjadi ‘jururawat’ di rumah, ada baiknya ketahui bagaimana cara penjagaan luka berkhatan daripada doktor ini. Semoga ianya memberi manfaat.
10 TIP PENJAGAAN LUKA BERKHATAN
Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tips penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.
Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
— Jangkitan/nanah
— Bengkak/bentan
— Jahitan terbuka
— Keruping melekat pada balutan
2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
— Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
— Cuci luka dengan normal saline
— Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
— Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda
3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
— Tahan sakit: diambil bila perlu
— Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
— Ubat cucian: lazimnya normal saline
— Elak sapu minyak/herba pada luka
4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
— Sakit/bengkak melampau
— Nanah yang banyak
— Demam tinggi
— Tak boleh kencing
10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
— Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
— Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
— Gam: tak perlu jumpa doktor semula
— Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.
OK, yang last tu bergurau je. Jangan kau minta tukang jahit jahitkan cara tulang belut, mata lalat apa semua.
Belajar sesuatu hari ni ? Kongsikan pada yang lain..
Tahukah anda, span yang kita gunakan seharian dirumah mahupun di premis makanan mungkin mengandungi bakteria yang berbahaya jika tidak dibersihkan dan diguna dalam masa yang lama.
Bersihkan span:
?Rebus di atas dapur dengan api yang besar dlm masa 5 minit. ?Jika ada microwave lagi bagus. Rendamkan span di dalam air dan guna kepanasan yang tinggi selama 2 minit. ?Cara yang paling mudah, beli je span baru yang mesra pinggan mangkuk. Dalam erti kata lain, span itu mudah digunakan untuk membersihkan celah-celah bekas makanan yang susah untuk dicapai. Span haruslah ditukar sekurang-kurangnya 3 minggu sekali ya.
sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.