Jika mahu mantapkan bahagian dalaman kita perlulah rajin amal minum jamu seperti yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
Dan salah satu minuman harba tersebut adalah sebagaimana yang dikongsikan oleh Nurul Diana ini. Mengamalkan minum air herba setiap kali selepas haid.
Nak tahu lanjut tentang manfaat minuman harba tersebut, jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
MINUMAN SELEPAS PERIOD
BAHAN-BAHAN :
Halia ( anggaran besar ibu jari )
Kunyit ( anggaran besar ibu jari )
Serai ( dua batang )
Daun pandan (2 helai )
Gula batu atau madu ( ikut tekak )
Air 3 cawan
tambahan jika perlu :
Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan
Ads
Manjakani ( 1biji ) utk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai untuk anak dara
Cara penyediaan:
1. Basuh bahan dan rebus semua bahan
2. Didihkan 3 cawan air hingga jadi 1 cawan air tak perlu di potong / di hiris ( kalau nak hiris pun terpulang )
3. Selepas air dah kering menjadi 1 cawan. Tutup api, minum ketika suam ( tak perlu di blend )
Ads
Kelebihan minuman ni
1. Membersihkan rahim selepas period
2. Mengeluarkan angin
3. Aanti kanser
4. Memecahkan lemak-lemak
5. Mengurangkan masalah bau badan
6. Kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni
Ekstra info :Minum sebulan sekali selepas period saja
Boleh diminum oleh anak dara, mak dara, ibu menyusu ( ikut kesesuaian bayi ) tidak sesuai utk IBU MENGANDUNG
SEDAP KE ?? rasa apa ?
Tak rasa apa-apa malah air ni wangi ( sebab sesuai untuk bau badan ) ada gula batu di jamin tak pahit tapi halia jangan lebih-lebih nanti rasa pedas lak.
Ads
Jika anda tambah manjakani SUMPAH PAHIT GILA kalau tak tambah ok je
Boleh amalkan if period tak teratur . Tapi SEBULAN SEKALI SAJA uolss jangan nak buat banyak kali ye dalam sbulan. minuman ni memang untuk sebulan sekali saja.. Sebab penggunaan manjakani, sireh , kunyit yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dalam erti kata lain cepat monopous. Umur 40an da monopous. Tak nak yeeee ,, petua ni elok utk badan..tapi kalau lebehan efek bdan lak.sama macam ubat
Pendapat peribadi dian
Dah 3bulan amal minum ni . memang badan rasa ringan , sendawa besar. Bau badan pun berkurang. Rasa sihat je.
Aku memang suka amal benda macam ni lebih percaya cara lama dari ubat-ubat kalau libatkan dalaman.
Teringat orang tua-tua dulu, selalu buat apam beras untuk dijadikan menu untuk dinikmati bersama keluarga. Biasanya mereka akan memasak apam di dalam loyang, kemudian barulah dipotong mengikut saiz yang kita inginkan. Lazimnya pula pilihan warna adalah putih atau pun menggunakan sirap ros.
Pun begitu, apam sebenarnya boleh dimasak di dalam acuan yang lebih menarik seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Aminah Rahman ini. Apam yang disediakan bukan sahaja cantik malah mempunyai pelbagai warna yang sangat lembut dan cantik dipandang.
Ujarnya, untuk mendapatkan warna-warna yang lembut seperti itu dia menggunakan pilihan pewarna makanan yang tertentu. Bahkan dia juga turut berkongsi tip untuk mendapatkan adunan apam yang lembut, gebu perlu dicampurkan dengan satu bahan utama iaitu, Eno.
Nak tahu lebih detail, ikuti perkongsiannya dan bolehlah dicuba membuatnya.
Resepi Apam Beras
Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk.
1 cawan gula (kalau tak suka manis guna 1/2 cawan)
1 paket mauripan
Air 3 cawan.
– Kisar semua ye. Blend anggaran 1 minit.
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
👆 masuk dalam bekas bertutup. Tuang nasi yang di blend tadi. Letak pewarna. Gaul sebati.Tutup dan biar 40-45 minit.
Cara Masak :
1.Sementara itu bolehlah panaskan pengukus, amik acuan korang, tak kira la bentuk rose ke, bentuk buah durian ke. Semua boleh.
2. Acuan tersebut disapu dengan minyak bagi rata. Pastikan kena di semua permukaan.
3. Ok setelah 40-45 minit, adunan pun dah naik. Ambil Eno Original yang pek biru tu. Tuang separuh. Gaul adunan bagi sebati. Jangan gaul laju-laju atau gaul lama-lama, adunan akan jadi cair. kalau over beat apam tak naik.
4. Sekarang tuang adunan dalam acuan. Bubuh jangan sampai penuh sangat. Kalau penuh, nanti dia membuak masa tengah masak.
5. Api dah gelegak ? Ok kalau dah gelegak, boleh letak adunan tadi di pengukus. Api sedang-sedang je tau. Kukus 10 minit. Chik minah punya pengukus besar saiz 44inci. Kalau pengukus kecik mybe kena tambah masa 2 3 minit lagi rasanya.
Ekstra tip : Tudung pengukus itu kalau malas, boleh balut kain. Kalau rajin, setiap 5 minit, buka dan lap air kat tudung tu.
Dah cukup masa mengukus. Ok try amek 1, keluarkan dari acuan. Kalau dia ringan dan nampak semua berongga-berongga halus. Means dah masak elok. Boleh angkat.
Ada kes, apam tak naik, tak jadi gebu. Kat sini, ada kesilapan sama ada over beat atau api terlalu kuat atau terlupa kat adunan kat dapoq ni dah lebih sangat masa sebab hang ralitttt tengok cita korea tu kan.. haaaipppppp ! Babab baru tau.
6. Kukus pulak kelapa parut 5-8 minit. Angkat gaul dengan garam. Garam ni ikut suka. Nak masin setara mana.
Siap
Ops lupa. Ada yang tanya, chik minah guna pewarna apa yang nampak pastel tu. Kaler ni korang boleh beli kat shopee ada, kat kedai bakery ada tapi tak semua bakery la. Rega dia Sebotol rm8.50
Sekian.. apam ni resepi mak mak kita buat dulu2 kan diorang bubuh dalam loyang patsegi je. Nak makan, potong2. Sekarang ni kite apgred la sikit letak dalam acuan rose. Nampak lagi cantik.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Baik buruk tinggal sebumbung dengan mentua hanya mereka yang melalui pengalaman itu sahaja yang memahami. Tentu sahaja tak akan sama, dan setiap seorang punya kisahnya yang tersendiri.
Meskipun begitu, di sini dikongsikan bagaimana pengalaman seorang wanita ini yang tinggal bersama mentua, bukan setahun dua tapi enam tahun lamanya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita memahami asam garam hidup sebumbung bersama keluarga mentua.
Hampir 6 tahun saya tinggal sekali dengan mentua. Memang banyak suka duka di dalamnya.
Kisahnya, adik-beradik suami saya semuanya lelaki. Part yang paling rasa tak selesa ialah aurat.
Dalam bilik pun pakai tudung. Apa taknya, anak-anak ni bukan faham bahasa. Keluar masuk bilik selamba saja kuak pintu seluasnya.
Daripada kau menggelabah cari tudung, lebih baik kau pakai saja sepenuh masa. Sampaikan suami saya tegur, “solehahnya isteri abang. Tidur pun pakai tudung.”
Part hubungan dengan mentua, saya memang takde masalah. Menjeruk rasa sekali-sekala, itu biasa.
Iyalah, dah namanya tumpang rumah mentua. So, you have to act like one. Buatlah bagaimana adabnya orang menumpang.
Time masak, kau joinlah sekaki. Menyibuk saja di situ walaupun hakikatnya kau sekadar potong-potong atau sekadar membawang.
Mula-mula kahwin dulu, saya tak pandai masak langsung. Mak mentua suruh siang ikan pun saya terkial-kial. Akhirnya dengan insang-insang itulah saya masak.
Inilah padahnya bodoh sombong. Ada mulut, tak nak tanya. Padan muka!
Lepastu, saya terus insaf. Semua benda saya tanya pada mak mentua. Memang persis menantu solehah yang taat dan mendengar kata.
Paling penting, jangan melawan! Kalau kau sentap atau terkecil hati, luah saja pada suami. Jangan gaduh mulut dengan mentua. Ingat, mentua tetap berada pada level ibu bapa.
Lagipun redha Allah terletak pada redha ibu bapa, remember?
Hormat dan sayang mentua kau macam mak ayah sendiri. Faham, sayang tu takkan sama. Tapi kau buat ajelah! Diorang layan kau baik atau tak, itu cerita nombor 10. Pokoknya diri kau tu. Buat baik sebab nak pahala. Bukannya harapkan mentua timang-timang dan sanjung kebaikan kau.
Gambar hiasan
Sekarang, hampir 3 tahun saya tinggal di rumah sendiri yang cuma 5 minit dari rumah mentua.
Walaupun rumahnya tak besar mana, tapi bila masuk saja dalam rumah, Allahuakbar gembiranya lahai.
Kalau penat, boleh biar saja pinggan penuh dalam sinki.
Kalau nak marah anak-anak, tak kisah pun menggunakan high pitch tanpa perlu cover-cover.
Kalau tak sihat, boleh saja berkurung dalam bilik dan biarkan anak-anak sepahkan mainan penuh satu ruang tamu.
Nak main lari-lari dengan suami pun tak segan.
Nampak tak?
Hidup ini, memang ada suka duka. Ada pasang surut. Tuhan takkan bagi kau susah sentiasa. Pasti Dia akan ganti dengan sesuatu yang istimewa.
Gambar hiasan
Setiap ujian, pasti akan berakhir sebelum datang pula ujian yang lain. Bersungut lama-lama, tak mengubah apa-apa.
Memang begitulah lumrah sebuah kehidupan. Diuji dan teruji. Maka, sabarlah! Dan teruskan berjalan.
Kebiasaannya tanaman nanas kita lihat diusahakan di kawasan perladangan. Paling tidak pun kita lihat mak-mak kita akan tanam sepokok dua di atas tanah lapang di halaman rumah.
Pun begitu, tiada salahnya jika pokok nanas ini di tanam di dalam pasu atau bekas seperti tayar lama. Hasil tuaiannya juga cukup hebat, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Azyan Abdullah. Jom semak bagaimana dia lakukannya.
“Tips Tanam Nanas MD2 Dalam Tayar & Berbuah Saiz XXL”
Petang Selasa minggu lepas, saya ada petik dua biji nanas MD2 yang ditanam dalam tayar terpakai.
Bila ditimbang, masing–masing berat 3.05 kg dan 2.8 kg. 2-2 buah ini dikira obesiti sebab standard buah nanas MD2 adalah antara 1.5 – 2.5 kg / biji.
Saya tanam nanas ni pada bulan Mac 2018 di dalam tayar terpakai. Media tanaman saya guna tanah campuran buatan sendiri. Awal Januari 2019 saya buat aruhan @ hormon. Masa tu pokok ada daun yang berfungsi lebih kurang 42 helai. Pada 21 Mei lepas, saya dah petik buahnya, kira-kira 14 bulan selepas tanam.
Susah ke tanam nanas MD2 dalam tayar terpakai ni?
Jawapannya. Sangat mudah bila kita tahu caranya.
Okey. Ini cara-cara saya tanam nanas MD2 dalam tayar.
*Penanaman*
1. Guna tayar terpakai sebagai bekas tanaman. Pastikan potong bahagian dalam @ “telinga” yang ada di kedua-dua belah tayar. Saya guna pisau cap “kiwi” yang harganya RM2 je. Tujuannya adalah supaya tidak bertakung air (bahagian bawah) dan tidak menjadi tempat serangga menyorok (bahagian atas).
2. Isikan tayar tersebut dengan tanah campuran hingga hampir penuh. Cara buat tanah campuran ni senang je. Ini cara yang paling simple. Ambil 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian kompos @ bahan organic, gaulkan hingga sekata. Letak EM sikit jika ada. Tak ada EM, cuka kayu pun boleh. Bila campuran dah sebati, masukkan ke dalam tayar dan biarkan sekurang-kurangnya 3 hari.
3. Selepas 3 hari, gali lubang lebih kurang 8 -10 inci ditengah-tengah tayar tersebut. Letak 10 gram baja lapik dan tutup semula lubang tadi. Saya guna baja NPK 15:15:15 sebagai baja lapik. Biarkan 3 hari lagi.
4. Pilih benih yang sihat dan besar. Lagi besar benih lagi cepat pokok kita berbua nanti. Tanam benih tersebut dengan cara menekannya di dalam media tanaman sehingga ianya tertanam lebih kurang 1/3 daripada ketinggian benih. Jika terlalu dalam, ianya boleh menganggu tumbesaran pokok. Pastikan bahagian akar pokok tak bersentuh dengan baja lapik ya. Jika bersentuh pokok akan mati.
5. Tanam ditengah – tengah bekas tanaman @ tayar. 1 pokok satu tayar ye.
*Pembajaan*
1. Tiga hari sebelum tanam, letakkan 10 gram baja NPK 15.15.15 di point yang kita nak tanam sebagai baja lapik. Biasanya kita letak di tengah-tengah tayar. Caranya gali lubang 8 – 10 inci dan masukkan baja tersebut, lepas tu timbus balik lubang tadi.
2. 30 hari lepas tanam, buat lubang @ poket di kiri dan kanan pokok lebih kurang 2-3 inci dari pangkal pokok. Letakkan 5 gram baja NPK 15:15:15 pada setiap lubang dan tutup kembali. Ini dinamakan pembajaan secara kaedah poket.
3. 60 hari lepas tanam, ulang langkah nombor 2. Cuma kuantiti baja ditambah sedikit iaitu 10 gram pada setiap lubang.
*Siraman Air Baja*
1. Tanam nanas MD2 ni kita tak perlu siram air kosong sebenarnya. Memadai dengan air hujan dan air embun sahaja.
2. Umur 30 – 60 hari, siram pokok dengan air baja strong @ NPK Larut Air 12:12: 36 + Mikro seminggu sekali pada kadar 500 ml sepokok. Kadar pencairannya adalah 1 gram baja strong dilarutkan dalam 1 liter air.
3. Umur 61 hari dan keatas, siram dengan air baja strong @ NPK Larut Air 12:12:36 + Mikro seminggu sekali pada kadar 1000 ml sepokok. Kadar pencairannya adalah 1.5 gram baja strong dilarutkan dalam 1 liter air.
4. Langkah nombor 4 perlu dihentikan bila pokok kita dah sedia untuk dibuat aruhan @ hormon . Berhenti siram baja 2 minggu sebelum buat aruhan.
*Aruhan @ Hormon*
1. Biasanya kita dah boleh hormon bila mana pokok kita mencapai 35 helai daun dan lebih. Lebih banyak daun, biasanya buah lebih besar sebab pokok pun besar. Macam yang saya punya, hormone semasa pokok ada 42 helai daun, hasilnya dua – dua buah dapat yang obesity (3.05 kg dan 2.8 kg).
2. Tujuan hormone adalah untuk menggalakkan pokok berbuah dengan cepat dan sekata. Jika tak hormone, boleh jadi umur 2 tahun pun pokok nanas kita tak berbuah lagi. Hihi.
3. Saya guna ethrel sebagai hormone. Kadarnya adalah 1.7 ml ethrel + 1 liter air + 10 gram urea. Kacau campuran bahan ini hingga sebati sepenuhnya. Lepas tu sembur atau siram di tengah – tengah pucuk nanas MD2 pada kadar lebih kurang 50 ml bagi setiap pokok. Seeloknya proses ini dibuat pada waktu petang dan jangkaannya tidak akan berlaku hujan pada hari tersebut.
4. Bila dah hormon, semua aktiviti pembajaan dan siraman baja dihentikan. Kita biarkan sahaja dan tunggu untuk ambil buah je nanti.
5. Biasanya buah dapat dipetik bermula 120 – 150 hari selepas hormon. Tahap kematangan @ masak mungkin sedikit berbeza disebabkan oleh kualiti anak benih semasa tanam dan cuaca pada masa tersebut.
Ada beberapa faktor yang perlu kita ambil berat untuk dapatkan buah yang obesiti macam ini. Antaranya jarak tanaman, jenis media tanaman, keperluan air yang bersesuaian, nutrien yang cukup & lengkap serta kedapatan cahaya matahari yang sempurna. Alhamdulillah dengan kaedah tanam dalam tayar seperti diatas, saya dah berjaya penuhi semua factor tersebut dan hasilnya memang ohsem, buah saiz XXL.
Kaedah ini bukan sahaja terhad untuk tanam dalam tayar sahaja. Ianya juga boleh di tanam dalam tong cat dan pasu dengan “copy paste” 100% kaedah di atas. Hasilnya telah terbukti bila mana 2 minggu sebelum ini, saya telah petik 2 biji nanas MD2 yang di tanam dalam pasu. Sebiji dapat 2.6 kg dan satu lagi dapat 2.4 kg.