Jarang kita lihat artis lelaki yang ditemani ibu ke mana sahaja baik majlis keramaian ataupun ketika shooting.
Jika sebelum ini, Zul Ariffin antara artis yang dilihat sangat rapat dan sering membawa ibunya sebagai teman. Namun kini dia keseorangan selepas ibunya meninggal dunia.
Namun, pelakon dan juga pelawak Zizan Razak rupa-rupanya sangat rapat dan boleh dianggap anak mak. Baru-baru ini dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 31, Zizan dilihat bersama ibunya.
Bahkan, beliau yang menjulang trofi Pelakon Komedi Popular 2018 menerusi catatan di laman instagramnya menujukan kata-kata kepada ibunya, Anai Ibrahim.
“Sebaik baik doa datang dari ibu bapa kita. InshAllah. Alhamdulillah. Tulis Zizan di kapsyennya.
Susulan perkongsian tersebut, pengikut di laman sosialnya itu memuji sikapnya yang sangat rapat dengan ibunya itu. Malah, ada yang memuji ibunya nampak muda dengan penampilan tersebut.
Semua wanita punya masalah yang satu ni. Apa lagi kalau bukan melipat pakaian yang sudah siap dibasuh. Menggunung tingginya gara-gara mengumpul pakaian terlalu lama. Sudahnya bila stok pakaian dah mula habis barulah sibuk mencari
dan akhirnya melipat dengan berat hati.
Sebenarnya kalau kita rajin dan ada usaha yang tinggi tak susah manapun untuk melipat baju. Cuma perlukan cara dan teknik yang betul nak melipatnya.
Pun begitu, cara paling efisyen lagi tersusun kemas adalah dengan menggantungkan kesemua baju. Tak perlu nak lipat! Bagaimana?
Cuba ikut langkah wanita bernama Hani Mynis ini yang berkongsi caranya menguruskan kesemua pakaian hariannya di rumah. Super awesome!
Pengurusan Pakaian
Seperti dijanjikan, ini perkongsian Hani mengenai pengurusan pakaian. Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yang Hani paling malas nak buat ialah melipat baju.
Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani cakap kat Alif nak korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua untuk dijadikan “open wardrobe”.
Memandangkan sebelum ni pun memang dah sangkut dua penyangkut tu untuk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dalam bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut kat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ.
Untuk tips pengurusan pakaian Hani:
Kena buat spring cleaning baju yang banyak-banyak (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju-baju). i.e
❤ Baju yang dah tak muat boleh diberi orang.
❤ Baju yang koyak (yang kita rasa kita akan jahit tapi dah lebih sebulan tak jahit-jahit, bolehlah dibuang)
❤ Baju, tuala, cadar yang kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) bolehlah dibuang
❤ Baju free atau baju promosi yang kita tak akan pakai dah boleh diberi orang atau diguna semula.
Gunakan rule ni:
1. Satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jangan beli.
2. Gunakan penyangkut baju satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je supaya semua nampak kemas dan
seragam.
3. Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja.
4. Untuk tuala, khaskan dua helai tuala untuk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti.
5. Untuk cadar dan sarung bantal, masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu.
6. Mana-mana pakaian yang lebih-lebih yang rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dalam bekas tertutup untuk elakkan debu bertahun dan pastikan setiap bekas berlabel.
Lain-lain tips pengurusan pakaian pada caption gambar ya.
Open wardrobe bahagian ibu dan ayah Aqil, atas bahagian Hani, bawah bahagian suami.
Atas bahagian baju basah untuk jemur. Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan tu.
Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju.
Bila jemur baju, Hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok.
Tips kalau nak jemur baju dalam rumah:
1. Pakai pencuci baju yang sesuai untuk indoor drying (ada tulis anti-malodour).So baju tak akan berbau kepam dan hapak.
2. Jemur sebelah tingkap sedekat mungkin.
3. On kipas sentiasa supaya ada pengudaraan tambahan.
4. Jangan jemur baju banyak-banyak sekali gus dan jarak-jarakkan baju)
Open wardrobe bahagian Aqil.
Baju jalan dan baju raya Aqil.
Baju harian Aqil. Atas baju kering, bawah baju basah sebab Aqil selalu tolong ibu jemur baju dia sendiri. So rendah senang dia sangkut.
Baju kurung/baju raya/baju kerja -susun ikut warna ye.
Baju harian.
Tudung – sangkut ikut warna. Shawl – susun ikut warna, satu warna satu sahaja.
Kredit: Hani Mynis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemelut rumahtangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah belum menampakkan penghujungnya.
Terbaru, Sarah dan anak-anak kini sedang mengerjakan Umrah. Apa yang membuatkan ramai sebak dan terharu adalah apabila melihat ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail hadir ketika Sarah berangkat ke Tanah Suci bersama dua anaknya. Begitupun kelibat suaminya, Syamsul tidak kelihatan.
Ketika ditemui, Sarah mengakui tak sabar untuk mengejar Lailatul Qadar di tanah suci, Sarah juga mahu memohon agar segala urusannya dipermudahkan.
“Walaupun banyak dugaan saya rasa tak sabar untuk kejar Lailatul Qadar dekat sana, saya mohon urusan saya dan anak-anak dipermudahkan.
“Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut.
“Moga ada jalan keluar dan penyelesaian, apa pun yang terjadi bukan perkara buruk kerana saya anggap itu kehidupan baharu,” ujarnya seperti mana dilaporkan mStar.
Sebelum ini selepas puas mengelak, Sarah telah mendedahkan punca gosip rumahtangganya diketahui umum.tu
Dakwanya di dalam instagram story miliknya, sejak tahun 2019, wanita bernama Ira Kazar ini mengganggunya dengan fake akaun dan komen-komen menyakitkan hati.
Siapa yang tidak kenal Jep, kucing kacak yang selalu mencuit hati kita dengan gelagatnya saban waktu. Walaupun semakin jarang muncul di facebook kebelakangan ini, namun kelibat Jep sentiasa dinantikan peminatnya.
Jumlah pengikut yang seramai 486 ribu di facebook ini menjadikan kucing berbaka American Shorthair ini cukup digilai dan disayangi pengikutnya hingga kini.
“ Saya akui selepas arwah ibu saya meninggal pada tahun lepas, saya mula memperlahankan aktiviti di media social. Bukan tidak ada tetapi saya kurangkan. Ditambah pula dengan kamera saya jatuh dan pecah teruk. Semua itu buat saya patah semangat dan aktiviti saya semakin perlahan,” kata Azwana yang lebih dikenali sebagai Ummi.
Mengimbau detik mula memiliki Jep, Azwana mengakui dia dan suaminya sudah lama mengimpikan kucing berbulu pendek. Lebih-lebih lagi kucing jenis ini sering muncul pada bungkusan makanan kucing jenama terkenal. Hal ini menambahkan lagi keinginan Azwana untuk memilikinya.
“ Saya dan suami memang selalu mengunjungi sebuah kedai haiwan peliharaan di Temerloh dan ketika itulah kami bertemu empat mata dengan Jep. Awal-awal lagi hati saya sudah berkenan dengannya. Dua tiga kali juga kami pergi dan ternyata rezeki kami memiliki Jep cukup kuat. Bila ada duit lebih sikit saya terus sahaja mengajak suami dan akhirnya kami membelinya dengan harga RM900 ketika itu.
Sejak itu Jep jadi peneman dan kesayangan kami serta tiga anak saya, Ahmad Mujahid, 7 tahun, Ahmad Mukmin 6 tahun dan Rumaisaa, 1 tahun 8 bulan. Tidak lama selepas memelihara Jep, kami terfikir untuk mencari pasangannya. Dan akhirnya kini kami memiliki Kaktop, Mia, Jimmy dan juga Zyra,” kata ibu muda ini lagi.
Jep Rapat Dengan Anak
Kini selepas hampir 5 tahun memeliha Jep, hubungan Jep dengan anak-anak Azwana yang lebih senang dikenali sebagai Ummi Jep ini cukup akrab.
“Alhamdulillah keadaan Jep kini sihat, cuma bulunya tidaklah segebu seperti dahulu kerana saya sering lepaskannya bermain di luar. Lima tahun bersama buat kami lebih mengenali. Perangai Jep hari demi hari makin sweet kerana dia cukup rapat dengan anak ketiga
saya.
“Lepas sahaja waktu subuh pasti Jep akan muncul di sebelah katilnya untuk bermain sama-sama. Malah Jep tersangatlah alert. Kalau panggil m esti dia cepat-cepat datang. Lagi-lagi kalau anak saya yang perempuan menangis, Jep lah paling awal sampai untuk memujuk.
Kehidupan kami dengan Jep dan adik beradiknya yang lain sememangnya cukup indah. Bermula dengan sambutan luar biasa peminat kucing pada Jep ditambah dengan tawaran demi tawaran daripada majlis-majlis sehinggalah menghasilkan buku sendiri ‘Kucing Pun Kacak’, kulit depan majalah dan tak kurang juga Jep sebagai wajah muka depan pembungkus makanan kucing Powercat.
Selepas buku, ada beberapa tawaran rancangan tv, tapi memandangkan kami jauh dari KL dan anak-anak pun sudah bersekolah, agak sukar untuk kami penuhi permintaan. Jadi terpaksalah kami tolak. Apapun semua ini adalah memori cukup indah buat kami,” katanya lagi.
Sumber: Keluarga September 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.