Mengalami batuk yang berterusan memang sangat memeritkan. Ditambah pula jika batuk berkahak yang pastinya menyebabkan ketidakselesaan di kerongkong dan tekak.
Jika kita orang dewasa yang menanggungnya mungkin boleh tahan lagi, tapi cuba bayangkan anak-anak kita yang asyik terbatuk-batuk. Kesihan pula dilihatnya.
Jika hendak disua ubat ke dalam mulut, ada sesetengahnya meraung sebagai tanda menolak untuk makan ubat. Jadi apa usaha yang boleh dilakukan untuk membantu merawat batuk mereka?
Di sini melalui perkongsian Ummu Umar Ali, dikatakan dengan menggunakan minyak bawang putih dapat membantu merawat masalah batuk. Bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga boleh mengamalkannya.
Jom fahami cara membuatnya agar dapat digunakan di masa akan datang dalam merawat batuk seisi keluarga.
Ads
“Ini saya kongsikan sedikit cara saya buat minyak bawang putih.. Insyaallah boleh cuba.. Cara buat pun tak susah..”-Ummu Umar Ali
Cara Buat :
1 – Mula-mula ambil selabu bawang putih dan dibakar dalam kuali dan tutup. Bakar agak-agak dah naik bau dia dan warna kulit bawang menjadi kekuningan.
Ads
2 – Ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit.
( boleh guna minyak yang anak anda biasa guna. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga. Saya guna minyak telon)
3 – Picit bawang ke dalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut. Sekarang dah boleh sapu kat tapak kaki anak, kat labu betis, belakang serta dada dia..
Ads
Insyaallah anak-anak anda akan selesa daripada batuk dan batuk akan sembuh dengan izin Allah. Cubalah mudahkan..
Cara Guna :
Sapu dua kali di tapak kaki, labu betis, belakang dan dada.
sumber : Ummu Umar Ali
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi juga boleh digunakan sebagai petua untuk kesihatan.
Bagi anda yang mempunyai masalah sakit kepala atau susah nak tidur malam, ikut petua yang dikongsikan ini mana tahu berkesan untuk anda.
Ramai Yang whatsap saya malam ini. Ustaz boleh share kan tak macam mana cara untuk masalah susah tidur malam dan sakit kepala
Sebelum ini post saya tentang rendam kaki dengan ais pernah viral. Di sebabkan ramai yang bertanya balik saya post lagi sekali bagaimana caranya..
Tahukah anda amalan rendam kaki dgn air yang di campur dgn sedikit ais dapat melegakan ketegangan otot dan dapat mengelakkan dari masalah Gangguan Jin..
Terapi rendam kaki dengan air yang dicampur sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam baik jika di amalkan.. Bagi masalah sakit kepala, bisa sakit badan, elok amalkan rendam kaki dengan Air yang dicampur ais ini..
Sekiranya anda ada gangguan jin yang kronik anda pasti sakit seperti menyucuk2 di kaki yang di rendam..Itu tanda yang tubuh kita ada gangguan makhluk halus.. Sekiranya di amalkan inshaa Allah izin Allah jin akan terhindar dari tubuh anda.. Lagi baik jika di campurkan dengan daun bidara limau dan garam bukit dalam air berais itu.. Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita. Cuba la ..
Saya setiap hari setiap pagi pasti akan rendam..Jika yang susah tidur elok buat selepas isyak …Amalkan sebelum rendam kaki baca
InshaaAllah Izin Allah Kaki badan akan rasa ringan. Mana yang mengalami kerap sakit kepala, migrain, susah tidur malam baik sangat di amalkan cara begini.
InshaaAllah izin Allah kepala anda kurang sakit nya dan tidur anda semakin nyenyak.
Kesan Gangguan makhluk halus.. =Kaki rasa pijau bila di rendam kaki dalam ais =Lenguh kebas pada kaki =Sakit mencucuk di kaki =menjadi sedawa angin semasa rendam Di sarankan letak ais janganlah terlalu banyak memadai air itu sejuk mengikut ketahanan masing2. Sekiranya anda ada kesan ini nasihat saya dapatkan rawatan islam berhampiran …
Harus di ingat ini adalah salah satu Alternatif dalam rawatan islam sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit..
InshaaAllah izin Allah Sakit anda akan sembuh.
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila terasa gatal di bahagian kulit, mulalah tangan tu asyik sangat menggaru. Sedar-sedar terasa pedih terluka.
Lazimnya bukan kanak-kanak sahaja yang terdedah dengan kegatalan namun orang dewasa juga tidak terkecuali.
Malah menurut Dr. Kamarul Ariffin, jika ada tanda-tanda lepuhan dibahagian bibir berhampiran hidung serta muka, lazimnya berpunca daripada jangkitan yang turut hadir bersama ulser di mulut dan gusi.
Memahami lagi tentang kudis jenis tersebut, ini perkongsian penuhnya.
“Anak saya ni naik kudis dekat tepi bibir, dengan hidung. Kenapa boleh jadi kudis ni eh, doktor?”
Kalau kudis jenis lepuhan di bibir, berhampiran mulut, hidung serta muka, lazimnya berpunca daripada jangkitan Herpes Simplex Virus type-1 (HSV1). Ia juga boleh hadir bersama ulser di mulut dan gusi.
Oleh itu ia juga digelar oral herpes.
Gejala-gejala lain yang mungkin berlaku termasuklah gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah, bengkak kelenjar leher, demam dan sakit-sakit otot.
HSV1 ini boleh menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.
Jangkitan HSV1 berlaku melalui cecair dari kudis. Jadi, jika anda atau anak-anak ada kudis ini, elakkan mencium sesiapa. Elakkan juga dari kerap menyentuh kudis, dan kemudian menyentuh orang lain.
Tiada ubat khusus yang boleh menyembuhkan jangkitan virus HSV1 ini, namun doktor akan beri ubat untuk mengurangkan gejala yang ada. Contohnya: salap antiviral, dan paracetamol.
Apa maksud tidak boleh disembuhkan?
Maksudnya jika anda sudah dijangkiti HSV1, dan dirawat sehingga gejalanya hilang, tak bermakna anda sudah bebas dari HSV1. Gejalanya boleh berulang di masa akan datang.
Antara penyebab ia berulang adalah:
Stress
Demam / Tidak sihat
Perubahan hormon(haid/hamil)
Jalani pembedahan
Imuniti terjejas (HIV, kimoterapi, leukemia)
dan lain-lain
Walaupun jangkitan HSV1 ini tidak boleh disembuhkan, ia tidak akan membahayakan nyawa individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik. Maka jagalah kesihatan!
Info tambahan: HSV2 adalah jangkitan virus herpes pada alat kelamin. Ia boleh merebak melalui persetubuhan dan seks oral. Ia juga dipanggil herpes genitalia (kemaluan).
Apabila seseorang itu berjaya menurunkan berat badan tentu ada amalan dan teknik yang dilakukannya.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh seorang bapa ini yang mana suatu ketika pernah mengalami obesiti namun kini memiliki berat badan ideal.
Malah dengan berjaya membuktikan penurunan hingga 65kg, menjadikan dirinya mahu berkongsi ilmu, pandanganp dan cara kepada umum melalui akaun fb miliknya.
Dan ini antara perkongsian yang boleh dijadikan ikutan buat sesiapa yang sedang usaha turunkan berat badan. Jom semak.
10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.
Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan SEKARANG penting untuk APA YANG KITA MAHUKAN ESOK.
Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya laluinya.
Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak untuk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini.
Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad untuk kembali sihat dan turun berat badan.
1. Bangun Awal Pagi (5.30pg)
– Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal.
– Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting bagi mengurangkan berat badan.
2. Kemas tempat tidur
– Benda kecil tapi impaknya besar, kita terus ajar diri supaya ringan tangan dan tidak bertangguh. Kalau tempat tidur pun tak boleh kemas, benda ringan dan tak berpeluh pun. Apa lagi nak lawan kemalasan diri untuk Workout.
3. Mandi dengan air yang sejuk
– Setelah bangun dan kemas katil, mandi terus. Jangan lengahkan dengan ambil phone untuk cek fb atau whatsapp(saya hanya akan cek phone setelah hantar anak anak ke sekolah) Mandi dengan air yang sejuk pada pagi hari amat bagus untuk kesihatan dan penurunan berat badan. Pembakaran kalori lebih banyak jika air lebih sejuk.
4. Sediakan sarapan dan bekal untuk anak anak
– Ini adalah cara saya sentuh kasih sayang kepada anak anak dan isteri. Ya, saya memasak makanan yang sihat untuk mereka sarapan dan bawa kesekolah. Disamping kita tetapkan jadual bagi diri kita, kita juga mampu mengawal pengambilan makanan anak anak dari makanan yang tak berkhasiat. Bukan kita sorang nak sihatkan?
5. Bersyukur
– Ini amat perlu kita tanamkan sedalam dalamnya, hidup siapa tak ada masalahkan. Dari segala sudut pasti akan ada serba sedikit kekurangan. Jadi bersyukur dapat memberi impak positif utk diri kita. Bukankah dengan bersyukur ALLAH tambahkan lagi rezeki kita.
6. Aktifkan diri
– Kita ada masa kita sendiri, jika mampu workout setiap hari, contoh saya, berjalan dan berjogging selang sehari setiap pagi. Tapi kalau kalian tiada masa aktifkan diri dengan banyakan berjalan, naik tangga, kemas rumah atau pejabat, berkebun apa saja aktiviti yang memerlukan pergerakan.
7. Jaga portion pemakanan
– Selalu ingatkan diri, makan bukan sampai puas. Ambil makanan dengan kadar yang sedikit. Proses ini kalian perlu buat secara beransur ansur. Saya pun mulakan dengan makan tidak bertambah. Sampai akhirnya sehingga kini saya makan mengikut kalori intake sepatutnya sahaja.
8. Belajar dan membaca :
– Masuk kelas, beli buku dan membaca, apapun jenis buku. Ia akan memberi impak kepada otak dan emosi kita. Banyak kajian dengan membaca mampu memberi impak hebat. Baca juga berkaitan kisah kisah inspirasi dan ilmu berkaitan diet. Ini menambahkan lagi ilmu dan dengan ilmu segala proses akan jadi lebih mudah.
9. Pilih kawan yang positif
– Kawan adalah pengaruh besar bagi seseorang. Jadi tak salah untuk kita yang ada matlamat untuk memilih dengan siapa kita berkawan. Bukanlah maksudnya kita tinggal atau pulau mereka yang tak positif, cuma kurangkan dan lebihkan masa kita berkawan dengan golongan yang positif.
– Kawan yang dapat mendorong kita akan mempercepatkan proses kita untuk turunkan berat badan.
10. Beri ruang kepada kesilapan dan terus betulkan
– Kita manusia biasa, adakala kita terbabas dengan disiplin yang kita tetapkan. Saya pernah bangun lewat, makan banyak, dan tidak workout dalam masa masa tertentu. Adakala berlarutan sehingga seminggu.
– Jika hal ini berlaku jangan malu mengakui kesilapan dan kesalahan. Terima kekurangan diri dan terus perbaiki. Hal begini paling banyak berlaku dan paling ramai gagal untuk handle. Akhirnya mereka hanyut jauh sekali lagi.
10 perkara yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya lakukan selama setahun saya turunkan berat badan sebanyak 65kg.
Tapi Hakikatnya ada masa saya juga kelaut dalam(istilah ni orang diet kenal benar). Saya juga hampir lemas. Cuma jika berlaku begitu segara bangkit dan perbetulkan keadaan.
Jika kalian nak ubah hidup anda dengan keputusan yang besar, maka ambil kawalan kepada benda benda remeh dahulu. Jika benda benda kecil seperti contoh nak kemas tempat tidur pun tak mampu, apatah lagi nak buang lemak hampir berpuluh kilogram tu.
Dalam sebuah temubual eksklusif bersama Majalah Keluarga, Ezwan Mohamad Zain atau dikenali juga sebagai MR E, pengasas Kueh Cafe, membuka lembaran baru tentang persahabatannya...