Trending mengenai minyak masak naik harga. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mengenai keperluan barang paling utama ini.
Setiap hari pasti minyak masak akan digunakan untuk memasak juadah keluarga. Cakna mengenai hal ini, Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim berkongsi pandangan solusi memasak tanpa menggunakan minyak yang banyak.
Ikuti lanjut mengenai coretan beliau dari aspek sains mengenai cara masakan yang lebih selamat menggunakan perkakasan masak modern.
Memandangkan harga minyak masak telah meningkat lebih daripada 43%, maka kita sudah patut mengurangkan penggunaan minyak masak dalam menggoreng. Antara alternatif yang praktikal adalah dengan menggunakan penggoreng elektronik aka air fryer. Sebelum anda berhajat untuk membeli satu, jom baca ulasan yang saya pernah kongsikan dulu.
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan. Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak. Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
Gambar sekadar hiasan
Bagaimana air fryer berfungsi?
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam. Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa). Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang, membakar (biskut dan kek) dan juga boleh mendapatkan hasil telur rebus tanpa menggunakan air! (boleh lihat di ruangan komen antara hasilnya).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
Antara kebaikkan air fryer adalah:
Ads
– Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
– Masa memasak dapat dipendekkan
– Pelbagai guna (mini oven)
– Mudah digunakan (digital vs analog)
– Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
– Kurang berbau masakan
– Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
– Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
– Kanak-kanak juga boleh menggunakannya dengan mudah apabila dilatih dengan betul
Ads
Adakah memasak dengan air fryer adalah lebih sihat jika dibandingan dengan kaedah memasak yang lain?
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
Tip Cara Masak Lebih Selamat
Benarkah memasak dengan air fryer boleh menghasilkan bahan kimia punca kanser?
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak.
Ads
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya.
Johan Qariah Antarabangsa Farhatul Fairuzah Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Raih CGPA 3.90. Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Johan Qariah Antarabangsa Farhatul Fairuzah Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah
Nor Farhatul menamatkan pengajian Sarjana Muda itu dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90. Memulakan pengajian di UKM pada 2020 selepas tamat tingkatan enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, Nor Farhatul sebelum ini pernah menjadi pengacara dalam program Gema Haflah terbitan TV AlHijrah.
Raih CGPA 3.90
Berikut perkongsian Nor Farhatul di laman Instagramnya;
Terima kasih ya Rabb.. Terima kasih mak dan keluarga, semua guru-guru, lecturer Farha yang sangat Farha sanjungi. Kawan-kawab yang sangat Farha sayangi. Banyak memberi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di Uni.. doakan Farha untuk masa mendatang.
Setiap perjalanan pasti ada cabarannya.. yang penting yakin pada Allahh kita mampu laluiNya.
Sebagaimana firman Allah SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286] Sungguh, ujian itu diberikan pada yang mampu.
Perkongsian Nor Farhatul mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya:
Dalam satu hantaran yang lain pula, Nor Farhatul turut memberi penghargaan kepada keluarga dan kawan-kawannya yang telah banyak memberi sokongan kepada dirinya.
My soul.Terima kasih keluarga dan kawan-kawan. Tulang belakang saya selama ini.
Tidak hanya cemerlang akademik, juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu baru-baru ini menerima tauliah mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun!
“Dia orang biasa-biasa sahaja. Dia pilihan ibu saya,”
Akhirnya pelakon dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad membuat pengakuan mengenai soal jodohnya.
Biarpun berat untuk memperkatakan soal jodoh, dia akhirnya mengakui dalam proses mengenali hati budi seorang wanita untuk dijadikan teman hidupnya.
Namun wanita yang sedang dikenalinya itu bukan atas pilihan diri sendiri malah, ia adalah pilihan ibunya sendiri.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi temu bual bersama Melodi semalam, Shuib enggan untuk mendedahkan secara terperinci mengenai wanita tersebut kerana soal jodoh dan perkahwinan adalah rahsia daripada tuhan.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah. Saya tak berani nak komen
bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan. Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.
“Kalau jodoh saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,”
SHUIB BERHAK BAHAGIA
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen, rata-rata peminatnya mendoakan kebahagiannya supaya mendapat jodoh yang baik. Tambahan pula anaknya masih kecil yang memerlukan perhatian seorang ibu. Antara komen seperti berikut.
“Jodoh ajal pertemuan semua ditangan Allah…andai ada jodoh buat shuib biarlh dy… kita doakn yg baik-baik buatnya.”
“he deserves to be happy. its not easy handle anak anak kecik. nak harapkan mak ayah diorg pun dah tua. bukannya dia ada org lain time arwah ada lg.”
“Demi anak2. Semoga dipermudahkan segala urusan Shuib.”
“Terima dengan ikhlas unguk anak-anak begitu jugak bakal ibu. Saya doakan yang baik-baik.
Pelakon, Liyana Jasmay berkongsi berita duka apabila ayahnya, Datuk Jasmay Md. Shah, 68, meninggal dunia selepas lebih setahun berjuang melawan kanser paru-paru.
Berita tersebut dimaklumkan pelakon filem Papadom itu menerusi Instagramnya yang dimuatnaik bersama dengan sekeping gambarnya bersama arwah bapanya.
Menurut Liyana, ayahnya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.30 pagi tadi di kediaman keluarga di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor.
“Semoga babah diampunkan segala dosa. Semoga babah ditempatkan bersama orang beriman. Semoga babah dijauhi azab kubur.
“You are the best daddy to our family, to your extended families, tp your friends. You bring light and joy to people. You are the giver.
“You gives me so much daddy and i thank you for raising me well. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang. Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti. I love you babah,” ujar nya menerusi kapsyennya.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut berkongsikan berita tersebut di insta stories.
“THANK YOU YA ALLAH SWT FOR ALLOWING ME TO BE WITH MY FATHER ON HIS LAST BREATH. TO BE ABLE TO HOLD HIM, LOOKING INTO HIS FACE. HE WAS CALM. I COUNT BE THANKFUL ENOUGH.
“THANKFUL BECAUSE HE PASSED ON A FRIDAY. I WAS WITH HIM. THANK YOU YA ALLAH SWT,” tulisnya lagi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak iaitu Juzaili Jasmay, Faradilla Jasmay, Adriana Jasmay dan Liyana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
GM Klang melangkah ke era baharu dengan pelanjutan waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya lebih daripada pusat borong – kini sebagai hab komuniti dan gaya hidup moden yang hidup siang dan malam di Klang.