Minyak zaitun Safi boleh jadi pengganti ‘essential oil,’ ada bau serai dan halia, harga pun murah. Minyak zaitun adalah minyak yang diekstrak daripada buah zaitun, sejenis tanaman tradisional dari kawasan Mediterranean.
Minyak zaitun telah lama digunakan dalam masakan dan sebagai bahan kesihatan di seluruh dunia.
Minyak Zaitun Safi Boleh Jadi Pengganti ‘Essential Oil’ Sebab Ada Serai & Halia
Berikut beberapa kebaikan minyak zaitun:
1. Mengandungi Antioksidan Tinggi
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan polifenol yang membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Antioksidan ini berperanan penting dalam mencegah penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.
2. Menyokong Kesihatan Jantung
Minyak zaitun adalah sumber lemak tidak tepu tunggal yang baik, yang dapat membantu menurunkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam darah. Ini membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Selain itu, minyak zaitun juga dapat meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL), yang baik untuk kesihatan jantung.
Pengambilan minyak zaitun secara konsisten dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, kanser, dan Alzheimer. Polifenol dalam minyak zaitun telah terbukti mempunyai sifat anti-radang dan boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan.
4. Membantu dalam Pengurusan Berat Badan
Walaupun minyak zaitun mengandungi lemak, lemak yang terdapat di dalamnya adalah lemak sihat. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan lemak sihat seperti yang terdapat dalam minyak zaitun boleh membantu mengawal selera makan dan meningkatkan rasa kenyang, yang seterusnya dapat membantu dalam pengurusan berat badan.
5. Menggalakkan Kesihatan Kulit dan Rambut
Ads
Minyak zaitun telah digunakan secara tradisional sebagai pelembap semula jadi untuk kulit dan rambut. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melembapkan kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV. Minyak zaitun juga boleh digunakan sebagai rawatan rambut untuk menguatkan dan melembutkan rambut.
6. Meningkatkan Kesihatan Otak
Minyak zaitun mengandungi lemak sihat yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan minyak zaitun secara konsisten dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif dan mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer.
7. Mempunyai Sifat Anti-Radang
Minyak zaitun mengandungi sebatian seperti oleocanthal yang mempunyai kesan anti-radang. Ini boleh membantu dalam mengurangkan simptom-simptom penyakit yang berkaitan dengan keradangan seperti artritis.
Melalui perkongsian di akaun TikTok esyafernandez1, wanita ini berkongsi tentang kegunaan minyak Zaitun jenama Safi yang boleh dijadiakn sebagai essential oil.
Ads
Serius best function minyak Zaitun Safi yang baru ini. Boleh guna ganti sebagai essential oil sebab ada serai dan halia.
Minyak zaitun adalah bahan yang sangat bermanfaat yang boleh dimasukkan ke dalam diet harian. Selain daripada menyedapkan makanan, ia juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang dapat meningkatkan kualiti hidup.
Oleh itu, mengamalkan penggunaan minyak zaitun sebagai sebahagian daripada diet seimbang adalah langkah bijak untuk kesihatan jangka panjang.
Jika anda ingin mendapatkan manfaat terbaik daripada minyak zaitun, pastikan anda memilih minyak zaitun extra virgin yang mempunyai kandungan antioksidan dan nutrien yang paling tinggi.
Pelbagai idea kreatif muncul bila mana berlaku bencana. Semuanya demi untuk memberi kemudahan kepada yang memerlukan.
Itulah yang berlaku bila mana banjir besar melanda kawasan Shah Alam baru-baru ini. Seorang pengguna Facebook, Albert Chung, berkongsi idea lelaki berbangsa India yang membantu mangsa banjir yang tidak boleh mengecas telefon bimbit.
Lelaki ini berfikir di luar kotak dengan membawa generator untuk menyediakan perkhidmatan mengecas telefon bimbit secara percuma kepada mangsa banjir dan orang ramai yang berada di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam.
Lelaki itu membawa generator tersebut dengan menggunakan kenderaan 4×4.
Nak membantu orang, ada banyak cara, hebat brother ini sebelah khemah kami,” katanya.
Dalam keadaan yang gawat, bantuan seperti itu sememangnya sangat berguna dan boleh membantu melancarkan urusan orang ramai.
Memang terbaik idea yang dikongsikan ini. Bermanfaat untuk ramai yang memerlukan.
Pengorbanan dan usaha gigihnya dalam membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja dipuji masyuarakat, bahkan mendapat perhatian pihak berkuasa.
Terbaru dalam satu perkongsian, Pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36 menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020.
Ustaz EbitLew berkongsi kisah diberi penghargaan dalam satu majlis anugerah semalam. Dalam majlis tersebut, Ebit Lew menerima M10,000, piala dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Liew menerima anugerah tersebut susulan usaha keras beliau yang bergerak ke seluruh pelusuk tanah air menghulurkan bantuan semasa #COVID19.
Terharu dengan penghargaan tersebut, akui Ebit lew sumbangannya kepada golongan belia adalah kecil namun sangat menghargai anugerah yang diterima. “Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira dapat jumpa Perdana Menteri sendiri, sebelum ini asyik tengok di kaca televisyen sahaja. Saya sedar apa yang saya lakukan adalah sumbangan kecil.
“Saya sedar tidak layak kerana lebih ramai yang berkorban serta berjuang. Saya hanya usaha kecil dikalangan orang ramai tetapi saya sangat bersyukur dapat bersama dengan anak muda pada hari ini.
“Kita harus mewariskan anak muda dengan perkara baik, selalu bimbingan, mendoakan dan menggalakkan anak muda buat kebaikan puji mereka.
“Nasihat kepada golongan belia kena berjuang niat kerana Allah, dan tanamkan keikhlasan. Ia tidak akan berhenti bila diri dihargai, dipuji atau dikeji, disukai atau tidak kita akan terus buat baik sehingga kita bertemu dengan Allah supaya sentiasa mendapat keredaan,” katanya. Syukur Alhamdulillah terima kasih semua atas doa dan anugerah. Tiada apa saya lakukan berbanding ramai orang. Hari ini majlis bersama anak muda belia. Saya doakan semua anak muda terus menjadi pembimbing kepada Redha Allah. Bawa manusia kepada kasih sayang. Tiadalah yang lain hanya Redha Allah kita inginkan. Allah pemilik segalanya. Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yasin PM yang sangat baik hati. Tadi makan sekali. Segan lak saya. Saya ni biasa-biasa je. Terima kasih Menteri Belia dan sukan Dato Seri Rizal Merican yang memberi sokongan kepada usaha yang saya lakukan. Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat pemimpin negara Malaysia tercinta ini.
Melihatkan pokok-pokok di Thailand yang berbuah lebat, mungkin ada yang menyangka mereka menggunakan baja kimia.
Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di