Mirip Nenek Waktu Muda, Wajah Jemyma, Anak Fasha Sandha Raih Perhatian, Ramai Setuju.
Tatkala menatap sosok wanita ini pastinya akan terpegun dengan gayanya yang elegan. Anggun bergaya pada usia 70an, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, gemar berkongsi kehidupannya di media sosial.
Menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya, isteri kepada Tan Sri Ramli Ngah Talib yang merupakan bekas Menteri Besar Perak, berkongsi beberapa foto bersama cucu perempuannya, Putri Raysha Jemyma, 8.
Katanya, setelah ramai memberi komen mengatakan wajahnya mirip cucunya, beliau berkongsi beberapa foto mereka berdua.
Sementelah, ramai yang memuji kecomelan Jemyma yang manja di samping neneknya yang mesra di panggil, Tah. Malah ramai yang mengakui wajah Jemyma seiras wajah Puan Sri Raja Noora Ashikin.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Ramai sangat yang komen Cahaya/Putri Jemyma macam saya. Ada juga yang menghantar gambar kepada saya untuk menunjukkan persamaan.”
“Jadi saya meneliti foto dari 2017 dan gambar yang dihantar kepada saya. Ya, saya bersetuju bahawa kami memang menyerupai satu sama lain. Kata orang Perak roman muka atau pun our facial expression sama lembut.”
Unfuk rekod, Jemyma merupakan anak kedua menerusi perkahwinan pertama Fasha Sandha bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2012. Fasha dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Putra Rayfal Ramli, 9.
Sedihnya bila membaca laporan berita mengenai kes kematian bayi akibat Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS). Ianya sering berlaku pada bayi di mana bayi boleh meninggal dunia ketika tidur. Kematian mengejut pada bayi berumur bawah 1 tahun secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda tertentu seperti penyakit atau sebab yang jelas. Inilah yang disebut Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini terus berlaku, berikut merupakan beberapa perkara yang harus dielakkan oleh ibu bapa untuk mencegah perkara ini terjadi.
1. Elakkan tidur dalam posisi meniarap. Dalam posisi meniarap, kemungkinan untuk tertutup hidung dan mulut sangat tinggi. Bayi masih tidak kuat untuk menukar posisi andaikata lemas.
2. Elakkan tidur di atas tilam dan cadar lembut. Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya.
3. Elakkan letak mainan lembut (soft toys) berdekatan bayi tidur. Ini akan menyebabkan kemungkinan mainan lembut boleh menutup muka bayi ketika tidur.
4. Elakkan bayi dari perokok. Kajian menunjukkan bayi yang terdedah dengan asap rokok dan sisa rokok berisiko tinggi untuk mati mengejut.
5. Elakkan memakai pakaian berlapis-lapis ketika tidur. Ini menyebabkan suhu badan bayi menjadi tinggi. Keadaan bayi yang terlalu panas boleh menambah risiko SIDS.
6. Elakkan bayi tidur dengan kanak-kanak lain. Kemungkinan kanak-kanak lain menghempap bayi tanpa sedar ketika tidur.
7. Menyusu badan anak dapat mengurangkan risiko SIDS 50%.
8. Jika bayi mengalami masalah jangkitan salur pernafasan, segera dapatkan rawatan doktor.
9. Ibu bapa perlu beri lebih perhatian pada bayi yang pramatang kerana risiko SIDS sangat tinggi.
10. Kerap pantau bayi ketika tidur untuk memastikan bayi tak lemas dan masih bernafas.
Jika ada anak usia bawah setahun, mak ayah wajib tahu perkara ini. Jangan biarkan.
Sesungguhnya keluarga bahagia impian semua insan pasangan suami isteri. Namun, ada juga pasangan suami mahupun isteri yang sukar untuk mempercayai pasangannya, bahkan memiliki tahap kecurigaan terlalu tinggi dan sering sehingga mengganggu kebahagiaan rumahtangga.
justeru, suami Isteri yang mesti melakukan amalkan untuk kekal bahagia sampai bila-bila walaupun sudah lama hidup. Melalui perkongsian ini seorang ibu, Puan Aju Mohit di blognya yang memaparkan tip Ustazah Siti Nor Bahyah. Moga dijadikan panduan bersama untuk ‘kemanisan’ rumahtangga’.
Malam tadi saya sempat menonton Semanis Kurma di TV9 dengan topik ‘Sihir Cinta’. Ustazah Nor Bahyah ada kongsikan petua dan doa untuk eratkan kasih sayang suami isteri dan baik dijadikan amalan supaya hubungan sentiasa segar ;). Doa ini juga membantu memberi kesejahteraan dalam hubungan suami isteri dan memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.
Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Cara aplikasikannya : Setiap kali kita bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. Selain dari berdoa untuk memastikan hubungan sentiasa rapat dan baik, suami isteri juga mestilah bertolak ansur, hormat menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi. Memang banyak godaan dan cabaran yang harus ditempuhi, tapi Insha Allah jika masing-masing kenal dan memahami pasangan, kita mampu untuk mengharunginya.
Baru berkahwin Bagi pasangan yang baru berkahwin, dan masih belum mengenali pasangan anda sebaiknya, ambil masa dan peluang yang ada untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat. Waktu bercinta semuanya indah dari aspek luaran, tapi bila dah berkahwin, satu persatu perangai sebenar akan kita tahu. Allah temukan dengan jodoh kita dan itulah yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita ini yang akan memimpin kita untuk masuk ke syurga bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Banyak amalan doa yang dikongsikan untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan pastikan ianya perlu dibuat secara ikhlas dan istiqamah. Semoga niat suci murni ini akan diberkati dan menjadi amalan kita dan semoga ianya kekal hingga ke Jannah, ameen.
Setiap perkembangan anak-anak menjadi fokus utama ibu bapa. Itulah situasi yang dialami oleh Norhidayah Mohd Ali Atau Hidayah yang merupakan isteri kepada Allahyarham Abam Bocey.
Dalam satu perkongsian di laman instagram, Hidayah memuat naik satu video memaparkan gelagat si anaknya, Syed UIthman Hamzah Al-Juffrey yang semakin bijak.
Tatkala diminta ibunya supaya menyebut ABC, mengira 123 dan sebagainya, dengan pantas dia mengikut permintaan.
Dalam pada itu, ramai yang terhibur dengan gelagat anak arwah Abam Bocey ini. Malah, ramai mendoakan semoga Hamzah menjadi anak yang bijak.
zarawaniey Semoga menjadi ank yg soleh, bijak pandai , berjaya dunia akhirat ..
mariamrusla suka dgr dia sebut eight..terang dan ada slank inggeris😍
sya_dayah19Clever boy hamzah,semoga jadi anak yg soleh,bijak dan berjaya dunia akhirat👏❤️❤️
sharifahamyClever Hamzah👏👏👏. Semoga semakin bijak dan jadi anak soleh ibu ayah yer sayang😘
Wajah sama ayah
hasnahmshapie74Holah holahhh bulu mata awak… Good boy… Pandai nya Hamzah..
ummi_watiWajah comey Hamzah sama wajah Ayah dia kan. Semoga Hamzah dan Ibu selalu dlm lindungan Allah swt dan jadi anak yg soleh dan berjaya dlm hidup dunia akhirat. Aamiin🤲
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.